MEMAHAMI KONSEP REZEKI YANG BERKAT
Terdapat satu kisah mengenai rezeki:
Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi agak terganggu sedikit kerana setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezekinya. Setiap hari rezeki yang dia perolehi adalah sebuku roti sahaja.
Pada suatu hari, Nabi Musa lalu tempat orang tua tersebut. Orang tua itu pun terfikir peluang yang terbaik untuk minta Nabi Musa tanyakan kepada Allah SWT tentang rezekinya.
Dia pun beri salam Nabi Musa A.S, dan dengan teragak-agak dia bertanya.
Nanti Tuan tolong tanyakan Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu?
Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
Nabi Musa pun setuju, kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ini memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya.
Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua itu apa yang dia diberitahu.
Orang tua itu berasa sungguh gembira, terpancar kegembiraan
Nabi Musa terkejut dengan tindak balas orang tua itu lalu Nabi Musa A.S. bertanya tentang kegemaran lantas Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dia kembali untuk solat dan ibadahnya.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.
Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadah dia kepada Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula menimbun sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala lalu di kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua itu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
Sebagai tanda berterima kasih kepada orang tua itu, pengembala itu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan.
Masa berlalu bertahun-tahun dan apabila Nabi Musa A.S. lalu lagi kawasan orang tua tu.
Dengan kagum beliau mendapati tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang
tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
Rupanya:
Satu buku roti adalah ezeki yang telah ditulis untuk orang tua tu.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH sebab penerimaan terhadap apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia dengan penuh redha dan syukur serta keberkatan sedekah yang dilakukannya.
Semua itu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Dan juga hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki.
Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Melimpah nya barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan sifat pemurah nya dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki memang ditakdirkan...
Tetapi ..
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
Apa yg kita terima, itu lah rezeki yg tertulis utk kita. Kadang kita rasa kita berhak mendapat lebih dari apa yang kita terima, membuatkan kita bersungut, marah , rasa dianiaya dan sebagai nya. Sedikit mana pun kita terima, kalau kita bersyukur dan yakin pada Allah, insyaAllah rezeki kita akan bertambah. Rezeki yang sedikit itu lah yang perlu kita syukuri dan berbahagi sesama kita. Kalau kita rasa rezeki susah mahu datang kepada kita, cuba kita muhasabah diri kita. Di mana silap kita.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang taat, redha, pemurah dan bersyukur, AMEEN
________________
Anak-anaku, ketahuilah bahawa jika kamu mensyukuri setiap rezeki yg kamu terima, kamu akan dapat menikmati kehidupan ini dgn penuh bahagia. Bahagia bole jadi milik kita kalau kita memilih untuk bahagia drpd berdendam dan sakit hati. Hayati juga post sebelum ini Bahagia means happy.
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Tuesday, 1 August 2017
Monday, 17 July 2017
Makan di rumah halal, bawa balik haram
Teringat ada satu artikel yang di buat oleh seorang ustaz / ustazah mengenai adab makan di rumah orang semasa menziarah pada Hari Raya Aidilfitri. Artikel itu ada menyebut bahawa, jika kita menziarahi orang semasa hari raya, setiap makanan yang kita makan di rumah tersebut adalah halal, sebab tuan rumah sudah izinkan kita dengan menghidangkan makanan tersebut untuk tetamu nya. Tetapi makanan yang di hidang itu menjadi haram jika kita tidak memaklumkan tuan rumah dengan membawa balik ke rumah kita. Seperti gula-gula atau biskut raya yang kita masukkan dalam poket atau beg untuk kita makan di rumah kita. Jika betul kita hendakkan makanan tersebut, sebaiknya maklumkan lah kepada tuan rumah, saya nak bawa balik biskut ni, boleh kah? Jika tuan rumah izinkan, maka boleh lah di bawa, tetapi kalau tuan rumah seperti berat hati , seperti, tinggal sikit ja biskut tu, tinggal itu ja lah tu. Sebaiknya, jangan lah kita memandai-mandai bawa ya. Ingatkan anak-anak mengenai adab ini semasa menziarah. Hormati perasaan tuan rumah.
Adab ini sebenarnya bukan semasa Hari raya sahaja, tetapi setiap kali kita menziarah atau menduduki rumah orang walaupun ianya rumah ibubapa, adik beradik dan saudara kita sendiri. Selalunya aku kalau di rumah mak bapa (semasa kenduri atau ada acara makan-makan), sebelum orang lain atau aku sendiri mengambil lauk balik rumah ku, aku mesti pastikan mak bapa ada di simpan lauk mereka. Setiap jenis lauk tu, di simpan samada di peti sejuk atau di kontena. Selepas tu baru kami akan bagi tahu mak, mak, ada lagi lauk lebih ni, kami minta bawa balik ya.... Selalunya mak pasti akan setuju, jika kami maklumkan kami sudah simpan lauk untuk mak dan bapa. Hati mak mesti dijaga jika kita mo bawa balik makanan.
Begitu juga kalau di rumah mentua, masa balik cuti raya. Kalau balik kk, saya bawa balik mana yang mak mentua cakap ja. hahaha Kalau mak mentua cakap, bawa lah kuih makmur tu, dan lauk tu, untuk suami, maka itu sahaja saya akan bawa. Takut mo bawa balik lebih-lebih sebab drg juga bukan keluarga senang, jadi, untuk jaga hati, saya akan bawa sekadar untuk anaknya makan sahaja.
Tapi yang sedihnya, ada anak tiri yang tinggal dengan saya, bila balik rumah mak dorang, bawa balik macam-macam. Kalau setakat makanan, saya tidak kisah, sebab kadang memang tidak habis kalau kami berdua sahaja. Saya sendiri pun akan berikan kalau terlalu banyak. Walaupun saya lebih suka kalau dimaklumkan kepada saya dulu. Tetapi kengkadang sampai barang-barang seperti mug, bag , telekung dan sebagai nya. Memang nilainya bukan lah mahal sangat pun, dan tidak luak juga harta yang Allah telah berikan kepada ku. Tetapi yang sedihnya dipakai dan diambil sahaja tanpa sedikit pun mahu maklumkan. Tahu-tahu nampak barang-barang tu di pakai atau di tempat-tempat yang bukan sepatutnya. Ya aku halalkan tapi dengan terpaksa, dan tanpa kerelaan hati ku yang sebenar-benarnya. Sebab tidak sanggup pula membiarkan mereka menggunakan barangan yang haram. Semoga Allah berikan aku kesabaran dan keikhlasan. Kesabaran dan keikhlasan yang betul-betul akan diterima oleh Allah.

Tuesday, 21 February 2017
Bahagia means HAPPY
Terjemahan dari sebuah cerita :
Di sebuah restoran, seekor lipas tiba-tiba terbang dan hinggap di atas seorang perempuan. Perempuan tersebut menjerit panik dan ketakutan. Dengan panik , muka ketat dan suara menggeletar, perempuan tersebut terlompat-lompat dengan kedua-dua tangan cuba untuk menepis lipas berkenaan. Tindakbalasnya seperti berjangkit dengan kelompok di kumpulan mereka, di mana mereka semua berasa panik. Perempuan tadi berjaya menepis lipas tersebut, tetapi ia hinggap pada seorang lagi perempuan di kumpulan yang sama. Sekarang giliran perempuan itu pulak dengan drama yang hampir sama.
Kemudian, seorang pelayan perempuan di restoran tersebut datang menolong. Dengan berhati-hati pelayan tersebut mengamati tingkah laku lipas berkenaan. Bila lipas tersebut tidak bergerak, perlahan-lahan dia mengambil lipas itu dan membuangnya di luar restoran.
Moral :
Adakah tindakan yang luar biasa perempuan tersebut disebabkan oleh lipas itu? Jika puncanya dari lipas itu kenapa pelayan tersebut dapat mengawal dirinya dan membuang lipas tersebut tanpa sebarang drama? Sebenarnya, 2 orang perempuan itu tidak dapat mengawal diri mereka dengan kehadiran lipas tersebut. Cara kita mengawal emosi dan tindak balas kita terhadap sesuatu situasi amat berkesan kepada diri kita.
Begitu juga kita, jika kita dimarah oleh mak atau bos kita. Sebenarnya, bukan kemarahan mak atau bos kita yang mengganggu kita tapi kita yang tidak dapat menahan tindakbalas kita terhadap kemarahan tersebut. Kita mudah mempersalahkan orang yang memarahi kita tanpa berfikir adakah tindakbalas kita terhadap situasi tersebut betul-betul munasabah.
Jika kita di jalanraya pula, bukan trafik jem yang menggangu kita tapi kegagalan kita mengawal kemarahan kita terhadap trafik jem tersebut. Ada ketika kita akan mudah mempersalahkan orang lain atas kesalahan-kesalahan yang kecil semasa memandu. Sepatutnya kita hendaklah sentiasa bertolak ansur dan tenang semasa memandu dan jangan mudah naik angin.
Begitu juga dengan masalah kita, reaksi atau tindakbalas kita terhadap masalah yang menyebabkan huru hara dalam kehidupan kita. Perasaan dendam, marah, menyampah meluat, benci akan membuatkan hidup kita jadi tidak tentu arah.
Oleh itu, orang yang Happy bukan lah sebab semua baik atau betul dalam kehidupan nya tetapi dia bahagia dan HAPPY sebab attitude atau sikap dia terhadap semua orang dan semua benda dalam khidupan dia adalah betul dan baik sahaja. Fikir yang baik-baik sahaja, semua pun akan jadi baik. Sebenarnya, untuk mendapat kebahagiaan itu senang dan boleh diperolehi dari diri kita sendiri. Orang yang bahagia tu adalah orang yang membuatkan diri dia happy dan selalu berfikiran positif.
Saturday, 24 May 2014
Cerita tentang sebiji kurma
Cerita ni, telah diceritakan oleh seorang sahabat agar kita semua mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya. Kalau ada kekurangan, tolong tambah-tambah ya. Cerita ini ditujukan terutama kepada anak-anak di luar sana yang suka mengambil hak orang lain tanpa memberitahu tuannya terlebih dahulu.
Tersebut kisah, ada seorang alim ulama yang sangat warak. Disebabkan kewarakannya tu, setiap apa yang didoanya pasti akan termakbul. Pada suatu hari dia telah pergi membeli kurma dari seorang tua. Semasa orang tua tu menimbang kurma yang di beli oleh alim ulama ni, terdapat sebiji kurma yang hampir jatuh. Lalu diambil oleh alim ulama tu lalu dimakannya terus tanpa memberitahu kepada penjual kurma. Sebiji kurma tersebut tidak termasuk dalam timbangan kurma yang ditimbang oleh orang tua penjual kurma itu. Alim ulama tu pun membayar kurma yang dibelinya lalu pergi.
Selang beberapa lama selepas itu, alim ulama tu berasa hairan, kenapa doanya tidak lagi makbul sebelum ini. Orang lain juga sering mengatakannya tidak lagi seperti dulu, doanya sering sahaja makbul. Alim ulama tu pun teringat mengenai sebiji buah kurma yang telah dimakannya yang dia tidak memberi tahu kepada penjual kurma tersebut.
Dia pun berusaha mencari balik penjual kurma tersebut. Alangkah sedihnya dia apabila ke tempat penjual kurma tu, bukan lagi orang yang dahulu. Penjual kurma tersebut seorang yang muda. Dia pun meneka mungkin pemuda ini adalah anak penjual kurma sebelum ini. Dia pun bertanya kepada penjual kurma tersebut, "Nak, di mana penjual kurma sebelum ini? Sebenarnya saya ada membeli kurma dari beliau, tetapi ada sebiji kurma yang saya makan tanpa membayar kurma tersebut dan tanpa saya memberitahunya." ucap alim ulama tersebut.
Pemuda itu kemudian memberitahu penjual kurma sebelum ini adalah bapanya. Dan bapanya telah meninggal dunia. Dia kemudian memberitahu saya tidak apa Tuan. Saya halalkan kurma tersebut. Tetapi bapa saya mempunyai 11 orang anak kesemuanya. Saya tidak tahu samada mereka yang lain akan menghalalkan kurma tersebut atau tidak.
Alim ulama itu pun berusaha mencari semua anak penjual kurma tu, untuk menghalalkan sebiji kurma yang telah di makan beliau. Memang agak lama juga barulah dia berjumpa dengan ke semua anak-anak penjual kurma tersebut. Selepas itu, baru lah alim ulama tu berasa senang hati. Dan doanya kembali termakbul.
Begitulah cerita mengenai sebiji buah kurma. Pengajarannya: kita tidak boleh mengambil hak orang lain, tanpa memberitahu tuannya, walaupun ianya hanya sebiji buah kurma sahaja. Untuk alim ulama tu, mungkin doanya tidak termakbul. Tetapi untuk diri kita ni, mungkin banyak lagi musibah yang mungkin boleh terjadi jika kita mengambil hak orang lain, seperti, kita akan merasa tidak pernah cukup duit gaji kita, atau duit yang baru kita dapat dicuri orang atau kita perlu bayar karan yang tetiba melambung tinggi, dan bermacam-macam lagi musibah yang bakal menimpa jika kita selalu mengambil hak orang lain tanpa memberitahu tuannya.

Wednesday, 6 November 2013
Pingat
Hari ni 4 November 2013, suami mendapat pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dari Jabatan Penjara Malaysia Sabah. Beliau mula bertugas di Jabatan Penjara Sabah pada 14 Januari 1991. Sudah lebih kurang 22 tahun bertugas di organisasi berkenaan.
Kebiasaannya, penerima pingat PPS adalah penjawat awam yang bertaraf tetap yang telah bertugas lebih 20 tahun setelah dinilai berdasarkan mutu perkhidmatan yang cemerlang serta memuaskan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan. Penerima juga mestilah tiada rekod tindakan tatatertib dan bebas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Alhamdulillah, setelah lebih 20 tahun berkhidmat, dapat juga pengiktirafan dan nampak juga hasil penat lelah bertugas. Faham-faham ja lah, tugas di jabatan berkenaan bukannya tugas di dalam bilik penghawa dingin (seperti saya sekarang ni...hehe). Tugasnya agak berat, sebab menjaga orang-orang yang bermasaalah. Beliau pernah menyatakan bahawa senang lagi menjaga binatang ternakan di kandang jika dibandingkan dengan tugas menjaga orang-orang salah ni. Apapun ianya tetap satu amanah yang perlu dilaksanakan.
Setelah lebih 20 tahun bertugas sebagai seorang penjawat awam beruniform, sebagai seorang isteri (dalam 9 tahun pemerhatian saya), saya dapat lihat kepuasan hati setelah diberikan pengiktirafan ini. Lumrah kita manusia, mungkin bukan pujian yang kita pinta, tetapi hanya pengiktirafan bahawa penat lelah kita selama ini masih lagi diberi perhatian dan dilihat oleh majikan kita. Bagi saya, itu lah sebenarnya kenapa pingat perkhidmatan setia ini diberikan kepada penerimanya.
Saya, lama lagi mahu mencapai 20 tahun perkhidmatan ni. Mungkin kalau panjang umur, dalam 5 tahun lagi. Apa pun, tahniah kepada semua yang menerima pingat sempena sambutan hari Penjara Sabah yang lepas ok. Kerja rajin-rajin ya, jangan ponteng-ponteng pulak selepas dapat pingat.
Mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Maal Hijrah, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan dan saudara-mara yang membaca blog ini. Apa azam baru anda semua?
Monday, 28 October 2013
Nombor bertuah
Hari ni pegi ambil ubat. Nombor bertuah untuk hari ini adalah:
cuba teka kenapa nombor tu nombor bertuah? Ha... 20.02.2002 cantik tak? hehe Sudah tentu lah cantik sebab nombor tarikh lahir kan... haaaaa
cuba teka kenapa nombor tu nombor bertuah? Ha... 20.02.2002 cantik tak? hehe Sudah tentu lah cantik sebab nombor tarikh lahir kan... haaaaa
Monday, 7 October 2013
Saman
Pernah kena saman? Samada saman trafik ka atau saman JPJ ka atau saman DBKK. Hehehe saya semua sudah pernah rasa. Saman polis trafik ka, JPJ ka atau pun DBKK.
Saya selalu balik kampung suami di Kudat, sudah beberapa kali kena saman. Selalunya kalau jalan jauh ni, samannya ialah kerana tiada lampu brek atau tiada lesen memandu. Jangan heran, selalunya orang yang campin bawa kereta ni, tiada lesen memandu. Entah lah kenapa. Tapi kengkadang begitulah. Kalau setakat polis trafik di kawasan Kota marudu atau Kudat, boleh lagi runding-runding kalau kena saman. Sebab, selalunya suami kenal diaorang tu. Tetapi kalau JPJ yang saman, hehe tiada ampun.
Kalau di kawasan KK ni, kalau ndak pakai tali pinggang keleder, boleh kena saman juga. Pernah aku terlupa mahu pakai tali pinggang keledar. Suamiku pulak di sebelah penumpang, memang pakai tali pinggang. Tetiba, datang polis trafik dari sebelah kanan suruh berhenti kereta. Panik jap. Rupa-rupanya aku terlupa pakai tali pinggang. Melayang lah duit pada hari tu bikin bayar saman.
Kalau di dalam kawasan bandaraya KK pulak, jaga-jaga dengan DBKK. Jangan parking sembarangan. Pernah aku parking di tepi-tepi pembahagi jalan (memang bukan tempat parking lah). Aku parking mungkin tidak sampai dalam 10 minit sebab aku naik sekejap ke bangunan great eastern yang berhampiran. Apabila balik ja ke tempat tu, kereta sudah kena rantai. Terpaksa bayar RM20 on the spot untuk membuka rantai dan bayar saman lagi. hehe
Pernah sekali lagi, kami hantar kereta untuk servis di Lok Kawi. Sementara tunggu kereta siap di baiki, kami mau balik ke rumah naik motosikal. Di tengah jalan, kena tahan JPJ. Sudahlah tiada lesen memandu, lesen motor pun tiada... kantoi betul. Terpaksalah terus bayar di JPJ supaya dapat diskaun sikit. Kalau ndak hmmm abis lah. Kalau kita kena saman, dan terus bayar pada hari tersebut juga, boleh dapat diskaun.
Begitulah kan kalau sudah di saman. Kalau betul kesalahan kita, janganlah kita mempertikaikan atau melawan pulak kalau sudah kena saman tu. Sebenarnya, ada satu kisah mengenai saman menyaman ni yang berlaku semasa kami ke tamu Putatan hari Sabtu yang lepas. Kereta yang kena saman tu, kereta Mercedes. (jenis lama lah, tapi faham-faham lah kalau kereta Mercedes kan). Sudah tentu orang yang membawa kereta tersebut berpelajaran, berpendidikan atau kalau tidak pun, faham lah mengenai peraturan jalan raya kan. Kesalahan dia, menghalang lalu lintas. Parking di tepi jalan raya. Kalau di kawasan tamu Putatan, janganlah parking di tepi-tepi jalan raya. Selalunya polis trafik rajin tu menyaman, walaupun hari Ahad. Jadi, disebabkan kena saman oleh polis trafik, pemandu kereta Mercedes tadi, tidak puas hati. Pemandu tersebut, marah-marah pulak dengan 3 orang polis trafik yang pada masa tersebut sedang berjalan di hadapan kereta kami menuju ke kereta mereka. Sudah salah sendiri, kenapa pulak mahu marah kan.... Bayar ja lah saman tu. Itu sebahagian dari zakat juga tu... hehe Polis trafik tu hanya menjalankan tugas mereka, janganlah marah-marah.
Kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hati membawa kenderaan dan sentiasalah mematuhi peraturan jalan raya kalau tidak mahu kena saman.
Saturday, 7 September 2013
Kejadian suatu petang
Suatu petang apabila dalam perjalanan balik dari pejabat ke rumah, hujan turun dengan lebatnya.Sesampai di rumah aku pun bersiap-siap untuk menyediakan makanan untuk makan malam. Sedang mengupas dan memotong bawang, dari ekor mata, aku dapat melihat ada sesuatu di pintu masuk dapur rumah ku. Jarak aku berdiri dari pintu berkenaan hanya dalam 2 - 3 meter sahaja. Tanpa menoleh ke pintu, dalam hatiku berkata bahawa kucing hitam tu dah datang. Sekejap lagi mesti mengiau-ngiau dan menggesel-gesel di kaki minta makan. Tapi, beberapa minit berlalu, "kucing" berkenaan tidak mengiau, hanya diam berada di pintu dapur berkenaan. Aku masih memotong bawang tanpa menoleh.
Seketika kemudian, terniat untuk memanggil "kucing" berkenaan dan memberinya makan. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat di muka pintu dapur berkenaan, bukannya kucing tetapi biawak. "Maaaakkkkkk" mama juga di panggil. hehe walaupun tiada mamaku di rumahku pada masa tu. "Abaaaanggggg" aku panggil suami ku pulak.
Suamiku cuba untuk menghalau biawak tersebut. Namun, biawak tu bukannya keluar ke pintu dapur, tetapi masuk terus ke dapur dan aku yang berdiri di dapur tu terpaksa melompat-lompat kerana ianya menuju ke arah ku. Walaupun hujan masih turun dengan agak lebat di luar, aku rasa sungguh panas, berpeluh-peluh. Perasaan aku pada masa tu, takut, geli, terkejut dan bermacam-macam lagi. Biawak tersebut terus bergerak ke ruang tamu. Anak-anak semua menjerit dan masuk ke dalam bilik masing-masing.
Setelah, dia tidak dapat lari ke mana-mana, suamiku terus menangkap ekornya dan di angkat ke atas. Ia kemudiannya kami lepaskan di parit depan rumah. Mungkin juga ia kelaparan kan, semasa hujan turun dengan agak lebat. Namun nasib juga dia tidak mencederakan sesiapa dan ayam kami di belakang rumah juga tidak di makannya.
"Moral nya: kalau semasa hujan turun, jangan lupa tutup pintu dapur, terutama pada sebelah malam."

Monday, 26 August 2013
hantu
Percaya adanya hantu? Takut hantu? Pernah nampak hantu?
Haa, saya ni, alhamdulillah, tidak pernah dan tidak mahu nampak hantu atau sesuatu yang serupa dengannya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Kadang-kadang, makhluk ini suka untuk mengganggu manusia. Walaupun tidak pernah nampak, saya percaya wujudnya makhluk ini di muka bumi kita.
Beberapa orang telah melihat sesuatu di belakang rumah yang saya diami sekarang. Seperti yang pernah saya ceritakan, anak buah saya pernah nampak sesuatu di pokok pisang belakang rumah kami. Selepas itu, kami tebang semua pokok pisang di belakang rumah. Anak saya juga pernah nampak seperti seseorang melalui tingkap dapur.
Sementara itu, suami saya juga telah beberapa kali bermimpi. Kali pertama dia mimpi, wajah perempuan berambut panjang baring di atas siling memandang ke arah suami saya yang sedang tidur. Rambutnya yang panjang tu mengurai jatuh hampir menyentuh muka, dengan mata yang merah menyala. Sambil itu satu lagi keluar masuk bilik tidur kami melalui dinding pintu yang tertutup. Suamiku kejut kan aku menyuruhku menutup dan mungunci pintu bilik kami. Aku memberitahunya, pintu bilik tu sudah di tutup dan dikunci. Dia kemudian menyatakan 'hantu' tu dapat masuk ke dalam bilik kami. Tak puas hati dengan pernyataan ku, dia sendiri memeriksa pintu tersebut. memang ternyata, pintu tersebut telah dikunci. tetapi dia masih tidak puas hati kerana katanya "hantu" tu masih ada di dalam bilik. Masalahnya, saya tidak nampak hantu tersebut, hanya suami yang nampak. Dia seperti susah hati. Lama-kelamaan, aku menyuruhnya membaca surah apa-apa sahaja dari al-Quran agar "hantu" tersebut hilang.
Baru-baru ini, suami ku bermimpi lagi. Ni kali dia bermimpi pintu pagar rumah kami digoncang. Seperti orang yang tidak dapat masuk ke rumah. Suami ku mengejutkan ku, ada orang di luar rumah katanya. Aku kebingungan, sebab tiada dengar pun apa-apa. Kami kemudian, menjenguk ke luar rumah dari pintu kaca rumah kami. Pada mulanya, hanya menyelak tabir. Tidak puas hati, kami buka pintu rumah. Apa bila pintu rumah di buka, terdengar bunyi anjing yang seperti nampak hantu...auuuuuu anjing tu berbunyi. Seram juga ku rasa. Aku kemudian, masuk ke bilik. Kami tidak nampak sesiapa pun di pintu pagar rumah kami.
Itu baru sebahagian cerita mengenai hantu yang dapat diceritakan di sini....
Saturday, 10 August 2013
Satu hari di bulan Ramadhan
Ramadhan masuk hari ke 18 dah (pada hari yang ingin aku ceritakan ni). Suasana hari Raya juga semakin terasa. Di sana sini kelihatan orang ramai membeli baju-baju raya serta pelbagai persiapan untuk hari raya. Lebih-lebih lagi bila sudah musim gaji. Berduyun-duyunlah orang ke shopping complex. Tidak terkecuali juga kami sekeluarga.
Anak-anak dah bersiap sedia mencari baju kesukaan masing-masing. Selalunya begitulah, 2 orang anak perempuan ni kami belikan baju yang dah siap ja. Anak yang lelaki pun begitu juga, beli baju yang dah siap ja. Yang 3 orang lagi yang sudah besar panjang, sudah hantar lebih awal lagi kain mereka untuk tempahan jahit baju raya. Bila beli baju yang dah siap, ha, bersiap sedia lah dengan ongkos yang mencukupi. Sebab, selalunya, mereka ni "high taste" juga. hehe Harga baju aku sendiri pun tak pernah semahal pilihan mereka ni. Tetapi, kalau memang ada duit lebih tu, kira sedekah lah pada mereka, untuk menggembirakan hati mereka kan. Bukan kah begitu? Bukan juga duit tu di bawa mati kan, lebih baik di sedekahkan. Jadi, tak apa lah jika baju pilihan mereka tu, rasa-rasanya mahal juga lah, kita niat ja sedekahkan kepada anak-anak supaya mereka rasa gembira di hari yang mulia ni kan.
Mengenai hal anak-anak ni, tak lah juga kita pening memikirkannya. Asalkan mereka dapat baju dan kasut pilihan hati mereka, mereka suda cukup happy. Kita pun, tak lah perlu risau sangat. Yang pening sikit memikirkan ialah si bapa anak-anak ni. Di kala anak-anak mencari baju mereka, dia pun nak mencari peralatan kerjanya. Walaupun peralatan pekerjaannya, memang disediakan oleh majikan, tetapi, sejak dipindahkan ke bahagian baru ni, ada perlatan yang tidak mencukupi. Terpaksalah beli sendiri dulu, kemudian, claim.
Kami pun mencarilah kedai menjual peralatan tersebut. Kawannya menyebut di Asia City. Asia City mana pulak? Bukan kah sana tempat bazaar Ramadhan? macamana nak cari kedai tu? Beberapa kali kami pusing asia city tak juga jumpa kedai tersebut. Tak puas hati kami pun turun dari kereta, dan mencari pulak dengan berjalan kaki. Bila tak jumpa, kami pun give up lah. Kami cari di kedai lain pulak, di karamunsing. Bila di karamunsing, jumpa kedai yang menjual peralatan tersebut, peralatan tu pulak tiada. Marahlah si bapa ni. hatinya pun tak senang. Bad mood ja. Memandang, anak-anak nak membeli baju-baju mereka, didahulukan lah anak-anak dulu. Terpaksalah si bapa, menahan hati yang gundah gulana, untuk mencari peralatannya. Akur dengan kehendak anak-anak.
Namun, dalam rela keterpaksaan, perasaan begitu sensitif. Semasa berbuka puasa, 4 ketul ayam KFC boleh habis!! Kalau hati tidak tenteram begitulah kan. Di rumah pun, dia diam ja. Begitulah sepanjang malam, tiada sepatah pun perkataan yang keluar. Aku pulak terlalu banyak lagi perkara yang perlu di fikirkan. Malam tu kena juga buat kek tempahan orang untuk di hantar esok pagi. Masak untuk sahur lagi supaya tak kelam kabut awal-awal keesokan pagi nya. Walaupun badan terasa sangat penat kerana telah seharian berjalan, ku gagahkan juga membuat kek yang telah awal ditempah. Setelah siap memasak base untuk kek batik, sementara menunggu sejuk, tidur lah dulu sekejap, dan akan bangun balik jam 3 untuk bersahur. Bila hendak tidur, ku lihat si bapa belum lagi tidur, membaca. Memandangkan aku terlalu penat, ku biar kan ja. Dia pun mengatakan yang hendak menonton TV dan keluar.
Jam 2 pagi, bila terjaga, ku dapati si bapa belum juga tidur lagi. Sambil baring di hadapan TV, tidur-tidur ayam. Aku terus panaskan lauk untuk bersahur. Kemudian, ku tanya si bapa kenapa tidur depan TV? Dia hanya katakan " di mana kedai tu ahh"? Aku terus tersentak dan terkejut. Dia tak dapat tidur kerana corta tu? Sedangkan aku, sudah terlupa perkara tu dek sibuk dengan hal anak-anak dan kek. Baru lah ku sedar, aku tidak prihatin pulak dengan kehendaknya. "Esok pagi kita cari lah k, cari sampai dapat." Ku cuba memujuk nya. Semasa sahur, dia katakan lagi, dia mesti dapatkan corta tu, sebab anak-anak buahnya semua dah ada. hmmm dalam hati, esok kena mesti tolong dapatkan juga. Kalau tak, esok malam pun tak dapat tidur ni... Lebih teruk ni, dari anak yang tak dapat baju raya. Begitulah, esoknya, ku pastikan, dia dapat apa yang diingininya. Kami mencari semula di asia city, tetapi, masih tidak jumpa kedai tersebut. Nasib baik, jumpa juga di Wisma Merdeka.

Saturday, 13 July 2013
Langsir oh langsir
Ini isu yang berat ni untuk suri rumah - suri rumah... haha Untuk suri rumah sahaja ya... Bila masa mau dekat raya, isu ini lah yang sering timbul. Tahun ini tukar langsir baru? hehe kepada suri rumah, pernah kena tanya soalan tu? hmmm tadi dah kena tanya soalan tu. Selepas menjawab yang tahun ini tak nak tukar langsir baru.... dalam hati, masih ok kah langsir tu ahh? patutkah tukar? hmmm fikir 2 - 3 kali pulak, samada patut kah tidak mahu tukar langsir.
Memang langsir tu lah yang dipakai selama setahun. Kalau tak tukar, kena lah cuci biar nampak cantik macam baru ye tak? Tadi di rumah mak, mak mengeluh, langsir tak di cuci lagi. Dia pulak lenguh-lenguh kaki dan tak dapat berdiri lama. Mak ingat nak buat langsir baru, tapi, sempatkah kalau sudah puasa ni nak buat langsir baru? Kalau sebelum puasa mungkin sempat lagi nak tempah. Mahu tidak mahu terpaksalah cuci ja langsir kan. Bapa yang ada di situ ketika itu hanya menyatakan, tak perlulah cuci, biar ja. Raya, orang datang bukan tengok pun langsir tu.... hehe begitulah kan lelaki tidak ambil berat mengenai perkara-perkara ni.
Tetapi, sebagai perempuan, kita rasa malu juga kalau orang datang rumah, langsir kita berabuk-abuk tak bercuci, sudahlah tidak bertukar. Sebab tu lah saya katakan di atas tadi, isu langsir ni, isu besar ni. hehe Nak menyuci langsir, satu hal pulak. Kalau langsir jenis kain cotton, ok lah, ringan ja, senang cuci, Tetapi kalau jenis kain yang berat, aduh mak, lenguh jugak pinggang walaupun mesin yang mencuci.
Bagi yang belum ada rumah dan tangga tu senang lah. Tak perlu nak fikir pasal langsir ni. Langsir oh langsir, patutkah aku tukar kau dengan yang baru? hehehe ada dermawan yang mahu sponsor?
Friday, 12 July 2013
Kesesakan lalulintas
Kesesakan lalulintas atau lebih dikenali dengan "jem" semakin menjadi-jadi di Kota Kinabalu ni. Mungkin kenderaan semakin banyak di jalan raya. Jalan raya pulak lambat untuk di perbesarkan dan diperbaiki ataupun dinaik taraf. Akibatnya, haaa jem lah. Bikin sakit kepala kalau jem kan. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni.
Semasa bulan puasa ni, staf wanita yang bekerja di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dapatlah berpeluang balik awal. Seawal jam 3 petang. ehm ehm....Tapi ada juga tu yang balik lebih awal... haha kedapatan. Jika staf wanita balik awal sedikit, sepatutnya, kuranglah sikit jem bah kan. Ini, tidak. Beberapa hari ni, sejak balik awal, saya perhatikan, dalam jam 4 kereta semakin banyak yang masuk ke bandar. Yang balik pun ramai juga. Bikin bingung kepala, kenapa banyak betul kereta bah...
Tadi, anak saya seorang balik jam 4 dan seorang lagi jam 4.30 petang. Bayangkan dari KK jam 4:40 petang sampai rumah di Putatan dalam jam 6 petang sudah! Berapa jam di jalan raya saja. hmmm memang masih sakit kepala saya disebabkan oleh kesesakan jalan raya ni. Bikin panat pun iya.
ok lah itu saja update untuk hari ni. Pasal ini jem. Nasib lah saya bukan engineer. Kalau ndak, mahu buat plan lagi macamana mahu kasi supaya tidak jem... Cuba dulu, kasi cadangan sesapa yang ada idea tu... kasi tolong dulu kita punya pakar-pakar engineer di Sabah ni kenapa macam ini.
Nasib ja puasa. OK, esok jangan lupa sahur dan puasa ok.
Wednesday, 10 July 2013
Puasa di bulan Ramadhan
Syukur Alhamdulillah, kerana Tuhan masih menemukan aku dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini. Amacam semua kawan-kawan, puasa tak hari ni? Semoga kita akan dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dengan penuh keimanan. Walaupun dari kemarin, selsema dan seperti hendak demam, ku gagahkan juga untuk menunaikan sembahyang terawih dan seterusnya berpuasa untuk hari yang pertama hari ini. Semoga dipermudahkan.
Teringat semasa puasa di asrama. Selalunya puasa di asrama ni pack sudah aktiviti. Sebelum Subuh, kena turun makan sahur. kawan-kawan lain ada yang malas mau bersahur. Tapi, aku cuba sedaya upaya untuk bangun sahur. kalau tak, seharian rasa penat ja, sebab banyak aktiviti kalau di sekolah asrama ni, walaupun bulan puasa. Kalau sebelah petang selepas sekolah dan selepas asar akan ada tadarus Al-Quran. Baca bergilir-gilir ikut masa yang ditentukan dan ada partner lagi tu. Jadi, salah silap kita baca, partner kita akan betulkan. Kalau berbuka puasa, semua kasi set dulu di atas meja. Makanan memang sudah siap di masak. Masing-masing ambil makanan siap-siap sebelum sama-sama berbuka. Selepas berbuka, semua gi sembahyang terawih di dewan besar. Di sinilah aku belajar bagaimana untuk sembahyang terawih.
Semasa di perantauan pulak, suasana berpuasanya agak berbeza. ye lah kan, orang omputih mana ada berpuasa. Ke kelas, kami perlu berjalan lebih kurang 15 - 20 minit. Kelas pulak ada yang di atas bukit. Kalau kelas sampai ke petang, stay ja lah di kawasan Uni. Tapi kalau kelas cuma ada satu atau dua ja....ha, dapat lah balik rumah. Di rumah kami bergilir-gilir masak. Tapi kalau bulan puasa, kalau masa terluang, kami semua join masak. berbuka puasa dengan semua seisi rumah, walaupun makanannya sederhana, tetapi cukup bermakna. Selepas berbuka, kami akan sembahyang terawih bersama. Di sinilah aku belajar sembahyang terawih secara sendirian. Kadang-kadang, kalau ada kenderaan, kami akan ke islamic centre, masjid kami di sana.
Begitulah, suasana berpuasa bersama rakan-rakan berbeza dengan keluarga. Bersama rakan-rakan, semuanya sederhana. Kalau bersama keluarga, berbagai jenis juadah ada. Masing-masing membeli makanan sendiri. Mak pulak akan masak juga. Kadang-kadang dengan bubur kacang. Bukan juga hendak membazir tetapi, begitulah, mungkin rezeki bulan puasa. Cakap saja mahu makan apa, esok, mak akan masak... haa best kan. Kalau ndak masak pun, sekarang ni dah kahwin, cari ja di bazaar ramadhan. Mesti ada tu.
Apa pun, semasa bulan ramadhan ni, walau banyak manapun makanan, jangan lupa beribadat ok. Itu yang penting. Sembahyang terawih jangan lupa. dan berusahalah untuk khatam al-Quraan dalam bulan Ramadhan ini. Serta, banyakkan lah bersedekah, terutama kepada yang tidak mampu. insya Allah.
Saturday, 6 July 2013
Mati itu pasti
Kita sedia maklum, mati itu adalah pasti bagi semua makhluk di dunia ini. Dalam surah al-A'raaf ayat 34 "Tiap-tiap yang mempunyai jiwa pasti akan merasakan kematian".
Mulanya aku dikejutkan dengan kematian pangkat mak cik ku. Tidak tahu pun dia ada sakit sebelum ni. Tetiba ja, adikku memberitahu bahawa dia telah pergi untuk selama-lamanya. Apabila di tanya sakit apa, mak ku hanya cakap, sakit darah tinggi. Ada darah beku di otaknya. Begitulah, sakit itu hanya penyebab kematian.
Kemudian aku dikejutkan lagi dengan pemergian salah seorang ketua di pejabat utama kami. Pemergiannya disebabkan oleh sakit kanser payu dara. Sudah lebih kurang 3 tahun lebih dia melawan penyakitnya itu. Tetapi Allah lebih sayangkan dia.
Belum lagi kami putus menceritakan mengenai ketua kami, aku dikejutkan lagi dengan pemergian seorang lagi kenalan yang banyak menyumbang kepada ilmu astronomi di Sabah. Seorang yang begitu rendah diri dan tidak sombong, yang banyak menghabiskan masa mendidik belia-belia dan pelajar-pelajar mengenai bintang dan planet di langit. Sabah kehilangan satu bintang yang sedang berkilau.
Begitulah kan, mereka semua telah selamat pergi ke alam akhirat. Kita yang masih di sini, entah bila pulak masa kita. Semoga kita semua telah bersiap sedia dengan bekalan kita untuk ke alam tersebut. Jika belum, maka, bersiaplah.

Monday, 1 July 2013
Bila kucing tiada tikus berkeliaran
Haaa.... betul ka perumpaan di atas tu. Bila sang kucing tiada, tikus pun berkeliaran. Maksud peribahasa tu, bila boss tiada, apa lagi, bermaharaja lela lah sang tikus.... oppsss jangan lah pulak ada yang terasa. Bukan mahu perli atau apa-apa, cuma, sudah menjadi kenyataan. Lumrah kehidupan kita kan. Bukan kah begitu?
Kalau diri saya sendiri, tak perlu tunggu kucing tiada. Kalau betul nak jadi bermaharaja, buat ja... haha tu baru lah lawan tokeh nama nya kan.... Bukan apa, kalau setakat 2 atau 3 kali buat tu ndak apa bah. Jangan saja setiap hari buat sehingga satu apa pun tidak buat kan.
Sendiri buat, sendiri tanggung lah.
Ok lah, tiada apa yang hendak di update ni. Kepada yang tengah berkursus tu, selamat berkursus. Jangan ponteng-ponteng ke shopping kompleks pulak.
Oh ya, jangan lupa ole-olenya ya....hahah
Subscribe to:
Posts (Atom)