Showing posts with label tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik. Show all posts

Thursday, 18 August 2016

Pantai Teluk Likas

Pantai Teluk Likas ni sudah semakin famos. Hujung minggu ada sahaja aktiviti yang diadakan di sini. Yang terbaru adalah family ride, iaitu penggalakan menaiki basikal di kawasan ini semasa hari Ahad bersama keluarga. Yang ndak bestnya bila terlalu banyak aktiviti kawasan ini semakin ramai orang. mahu berpiknik pun macam ndak best hahaha Tapi kalau ambil peluang untuk beriadah di kawasan ini memang sesuai sangat, bersama keluarga dan anak-anak.


duduk di tembok pun boleh juga. Orang berjual-jual pun banyak juga di sepnjang tempat tu


banyak pokok-pokok ru yang boleh dijadikan tempat untuk berpiknik





Di Sabah atau Malaysia kita jarang sekali mendengar bahawa terdapat kejadian kena gigit oleh ikan yu atau shark / jaws. Kalau di negara asing memang selalu juga kita dengar kan. Mungkin juga ikan-ikan yu di sini tidak sempat membesar, sudah di makan oleh orang kita terutama suku kaum yang tinggal di pesisir laut seperti suku kaum Bajau/Sama. Makanan tradisi suku kaum Sama ini adalah sagol. Ianya makanan kegemaran suami ni. hmmm Sebab tu lah, ikan yu yang berada di perairan Sabah ni, takut dengan orang kita... Ini juga salah satu sebab dibuat trademark yu di kawasan ni.... Memohon agar yu di kawasan ni dilindungi dan jangan di makan. Sayangi yu 




 Masa ni kami pegi sini, tidak ramai orang sangat walaupun masa cuti sekolah. Bapa budak pun sempat mandi laut lagi... bersama cucunya.

boleh nampak wisma innoprise dari hujung trek jogging ni

juga bangunan JKM yang belum siap lagi

ni lah laluan trek jogging nya. Boleh berbasikal dan berjogging juga di sepanjang teluk likas ni

 Masalah sampah sarap di pantai-pantai ni sudah menjadi satu masalah yang sangat menyakitkan mata yang melihat. Selepas air pasang, beginilah keadaan pantai ni penuh dengan sampah sarap. ampah yang di buang di laut akan tersadai di pantai ni. Lain lagi sampah yang memang di buang di pantai. Memang banyak tong-tong sampah yang disediakan. Tetapi, ntahlah kenapa sikap orang-orang kita ni masih lagi tidak berubah. Mahu cakap lebih-lebih pun, orang kita juga.... hmmm

Ni masa saya dan kawan baik berjogging di sini pada waktu petang selepas kerja. Jarang-jarang dapat peluang begini ni



 Ni lagi salah satu aktiviti di sini setiap pagi di teluk ni. Ramai yang memukat dan memancing di kawasan ni. Kalau dulu, boleh lagi dorang jual hasil tangkapan di kawasan ni. Tetapi sekarang sudah tidak boleh. Ikannya walau pun kecik tapi fresh. Bubuk pun selalu di jual di sini ni (kalau musim lah kan)



Tuesday, 9 August 2016

Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru telah banyak mengalami perubahan berbanding dahulu. Kurang pasti apa yang hendak dibangunkan di sini. Dulu kami tinggal di Tanjung Aru juga. Sekolah tadika di Stella Marris dan sekolah rendah di SK Tanjung Aru. Masa tu belum lagi ada SK Tanjung Aru 1 dan 2. Yang ada cuma SK Tanjung Aru sahaja. Memang banyak kenangan dan jauh berbeza Tanjung Aru dahulu dan sekarang. Apa pun kita harap semuanya untuk kebaikan kita dan anak-anak cucu kita nanti.

Pantai Tanjung Aru memang terkenal cantiknya. Jalan-jalan atau sekadar duduk-duduk di sekitar kawasan sudah cukup mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi menyapa di pipi. Pasir yang terbentang memanjang. Ombak yang tidak henti beralun memukul pasir dan membawa sampah-sampah ke pesisir pantai yang entah dari mana datangnya. Sungguh mencemarkan mata yang memandang.



dulu-dulu selalu main buah ni.... main masak-masak haha


Kalau siapa yang tidak kenal ni Pokok Ru. Nama saintifik atau spesis casuarina . Macam seram tengok pokok ru ni kan. Kalau malam masa angin kuat, bersiul-siul pokok ni. Memang seram bunyinya... hahaha
Daunnya pokok ru juga selalu buat mainan kami dulu-dulu ni. Cari di mana yang dipatahkan. Selepas dipatahkan daunnya tu, seorang lain akan cuba meneka di mana ianya dipatahkan.

cantikkan corak yang di buat oleh anak-anak ketam. Bila kita menghampiri, berlarian semua anak-anak ketam tu masuk dalam lubang.



Ini satu-satunya cucu. Macam best ja bila dapat main pasir begini.
 Pada hari minggu yang baru lepas ni kami makan-makan di sini. Piknik lah konon. Awal pagi masak mee goreng untuk di bawa makan di sini. Saja ja bawa budak-budak makan di luar sambil ambil-ambil angin. Memang sedap kalau makan-makan di luar rumah. Sampai tambah dua tiga kali hahaha Selalunya kami duduk saja di atas rumput berpiknik. Tetapi hari tu kami tidak bawa tikar atau alas jadi, kami cari tempat duduk lah di pondok-pondok.



Tengok sampah sarap di pesisir pantai tu. Bikin malu ja kan... sedih ... sedih






Si Hirzi baring-baring sudah di pantai tu... Siok betul dia mandi walaupun ndak berapa sihat