Thursday 7 April 2016

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat

Sesiapa yang belum pernah pergi Simpang Mengayau, Kudat? Ndak ingat bila kami pigi sini ni. Ada beberapa kali sudah kami pigi sini ni. Dari mula ia di buka lagi. Masa tu jalan raya masih gravel. Sekarang jalan ke sini ok sudah. Sudah bertar. Ada sekali kami ke sini ikut jalan dari Pantai Bak-Bak. Ye lah suami orang Kudat. Ada masa kami singgah di sini. Kalau dari KK, simpang masuk ke jalan Simpang Mengayau ni, sebelum sampai Kudat lagi, sebelah kiri. Kena tengok-tengok lah simpangnya tu. Lebih kurang 3 jam untuk sampai sini dari KK. Kalau tiada singgah-singgah mungkin boleh sampai cepat sikit. Dulu tiada penginapan di sini, tapi sekarang ada sudah. Tempat minum / Cafe pun ada sudah sebelum naik tu. Tiada aktiviti khusus yang boleh dilakukan di sini, melainkan menginap bermalam di sini lah.

















Banana Cake

Untuk resepi banana cake ni saya ikut resepi ini Chocolate Chip banana muffin resepi

Yang dalam gambar tu saya kehabisan coklat chip. jadi, apa yang saya buat saya ambil coklat bar potong kecik-kecik.... hahah Untuk nampak banyak, boleh tambah bahan-bahan untuk 2 adunan. Jadi, memang sesuai dibakar dalam loyang pembakar yang besar sikit. Nampak banyak lah... tadaaa




Bingka Ubi Kayu

Dulu di halaman rumah kami ada tanam ubi kayu. Jadi, kalau sudah dapat hasilnya, banyak ubi tu di rumah. Rebus sudah, di bubur sudah. Ni satu resepi bingka ubi kayu. Boleh cuba ya...

1kg ubi kayu (dikupas kulit dan diparut - selalunya saya tidak sukat berapa banyak. Yang penting boleh muat satu adunan tin kek tu
1 biji kelapa (di buang kulit arinya dan diparut)
2 biji telur
250 g gula (jangan manis sangat, boleh kurang kan jika mahu kurang manis)
45g mentega dicairkan
1/2 camca teh esen vanilla
30gm tepung dan 1 camca teh serbuk penaik - di ayak (ada juga orang tidak letak tepung tapi saya letak ja sikit. Saya letak tepung supaya keras sikit bila sejuk. Tidak terlalu lembut.
1/2 camt garam

Cara-cara membuatnya : 

  1. Ketepikan separuh kelapa yang telah diparut. Perah baki kelapa itu untuk mendapatkan santan.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang dan pekat. 
  3. Masukkan ubi kayu yang telah diparut, kelapa yang diketepikan tadi, mentega, esen vanilla, dan pati santan. kacau hingga rata.
  4. Masukkan tepung dan garan dan gaul sehingga sebati. 
  5. Masukkan ke dalam acuan pembakar kek. Jangan lupa sapukan mentega atau minyak supaya tidak melekat. 
  6. Bakar dengan suhu 400 F selama setengah jam. Kena tengok juga ya. Saya suka masak di suhu yang rendah, perlahan-lahan masak dan selalu tengok kalau sudah masak ke tidak. Macam masak kek tu, guna lidi untuk tengok melekat ke tidak jika mo tahu sudah masak ke belum. 
Mak dan suami suka bingka ubi ni... Sebab tu rajin juga buat kalau ada ubi kayu di rumah. Sorry tiada gambar. Kalau buat lagi nanti saya ambil gambar wokey...

Selamat mencuba!


Wednesday 6 April 2016

Aku terima nikahnya


 


Buku bertajuk "Aku terima nikahnya" ni telah dua kali saya baca. Mengisahkan bagaimana Ustaz Hasrizal seorang penceramah dan imam bersama isterinya seorang doktor pakar perubatan kecemasan, berumahtangga dan cabaran-cabaran yang harus mereka hadapi dalam menempuh alam berumahtangga. Pengajaran yang dapat saya perolehi adalah berikut: 


  1. Mendidik anak-anak bukan dengan cara kekerasan. Ia mestilah dengan cara perbuatan kita. Anak-anak mungkin tidak mendengar apa yang kita suruh mereka lakukan tetapi mereka akan cepat mengikut apa yang kita lakukan. Aku sedar kadang-kala aku juga sering marah-marahkan anak-anak untuk mengikut cakap ku. Tetapi jika kita menyemai kasih sayang dalam hati mereka, maka anak-anak akan senang mengikut apa yang kita suruh. Setelah membaca buku ini, aku mulai sedar. Ya aku akan cuba untuk mendidik anak-anak tiri ku secara halus. Namun, ia tidak semudah yang diperkatakan. 
  2. Hanya ibu bapa kandung yang dapat memberi cinta tanpa syarat kepada anak-anak. Anak-anak sendiri tidak dapat memberi cinta tanpa syarat kepada kedua ibu bapa mereka. Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang kedua ibu bapa tersebut terhadap anak-anak tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Sebab itu lah terdapat ramai anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa mereka.
  3. Cara kita melayan atau menghukum anak kecil janganlah disamakan dengan anak-anak yang telah dewasa. Kadangkala kita layan anak kecil seperti dewasa dan anak yang dewasa seperti anak kecil. Misalnya, jika anak yang mempunyai adik kecil, kita selalu menyuruh agar si kakak atau abang mengalah untuk si adik. Ini akan membentuk personaliti yang negatif, si kakak akan membesar memberontak, kerana selalu perlu mengalah dengan si adik. Si adik pula akan membesar berfikiran bahawa dia mesti menang dari si kakak dan dia ada hak.  
  4. Perkahwinan dan kekeluargaan adalah medan untuk memberi. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Kita tidak perlu kaya untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Cukup jika kita kaya dengan kasih sayang maka, kasih sayang itu kita berikan kepada suami, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kita. 
  5. Banyak masalah-masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita adalah disebabkan kurangnya kasih sayang yang diterima oleh seseorang tersebut. Masalah dadah, ponteng sekolah, mencuri, merompak, merogol semuanya berpunca dari institusi kekeluargaan yang tidak sihat.
Banyak lagi, pengajaran yang saya perolehi dengan membaca buku ini. Ada masa saya akan update lagi. Oleh itu saya mencadangkan sesiapa yang ada keinginan untuk mendirikan rumahtangga, serta sesiapa yang telah berumahtangga untuk membaca buku ini. Ada satu lagi buku yang di cadangkan oleh Ustaz Hasrizal dalam buku tersebut untuk di baca pada pasangan yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai alam berumahtangga iaitu buku "Men are from Mars and Women from Venus" yang ditulis oleh John Gray. Saya belum berpeluang mencari buku ini lagi. Insya Allah suatu hari saya akan cuba cari.

Tuesday 5 April 2016

Kuih Lada

Ada yang berminat untuk beli kuih lada? Kuih lada ni tidak pedas tetapi manis rasanya. Sesiapa mo order boleh lah tinggalkan pesanan ya. Ni adik ipar yang buat, bukan saya yang buat. Jadi, resepi dia saya kurang pasti pulak haha  RM10 satu balang untuk sesiapa berminat.


kuih lada

Ni tolong buat promosi ni, sebab dia mahu buat rawatan. Ada lagi kuih-kuih lain dia buat tapi tiada gambar. Mana tahu ada yang mahu beli sambil sedekah pada orang yang dalam kesusahan kan.

Kita doakan dia akan sihat sejahtera hendaknya dan berjaya menjalani rawatannya dalam bulan November tahun ini. Insya Allah. 

Monday 4 April 2016

Memukat di pantai Putatan

Putatan ada pantai ka? Rasanya tiada bah kan. Bukan juga di pantai, tapi di tepi perairan Putatan lah. Hobi suami ialah memukat. Sejak ada bot ni, 2 minggu sekali, mesti ada aktiviti memukat. Anak dan menantu akan jadi teman memukat beliau.

Lama bot ni tersadai depan rumah
Ini lah bot yang dibelinya di jalan ke Papar. Bot yang sudah siap bukan tempah. Bot yang mula-mula dibelinya ditempah di Weston, sudah dijualnya.

kalau di darat dia mabuk, tapi di laut tidak. Itu kata-katanya
Kadang-kadang ok juga, sebab sekarang harga ikan pun sudah naik. Kalau dulu di jeti Putatan tu, ada juga ikan di jual dalam RM3 atau RM5 setompok. Sekarang tiada sudah harga begitu. Paling murah pun dalam RM7 setompok atau sekilo. Memang lah ikan baru semuanya.

hasil tangkapan


Ada beberapa jenis ikan yang selalu mereka dapat semasa memukat di sini. Mari kita tengok beberapa jenis ikan yang sempat saya ambil. Ada yang saya tidak tahu namanya hihi Kalau ada yang silap atau tersalah nama ikan bagi tahu lah ya. Saya pun bukannya kenal sangat jenis-jenis dan nama ikan ni. Saya tukang masak ja haha


Ikan lami-lami
 Ikan lami-lami (ikan yang besar tu). Isinya lembut sangat. Masak sup atau goreng sahaja. Hari tu pernah saya tanya harganya di pasar ikan Putatan. Harganya dalam RM12 sekilo. Terkejut sekejap. Ingatkan murah ja ikan ni. Rupanya mahal juga.

Ikan belanak
Ikan belanak ni kadang kala boleh dapat yang besar juga. Kalau musim, boleh dapat banyak. Saya suka makan ikan belanak ni kalau di sup. Harganya pun mahal juga ni kalau yang besar. Boleh dalam RM15 sekilo juga. 

Ikan kapas-kapas



ikan kekek
Ini lah pulak ikan yang dalam lagu "ikan kekek mak iloi-iloi". Ada cerita mengenai ikan kekek ni. Pernah mereka pergi memukat di kawasan pantai lok kawi. Semasa sekali buang, dapat banyak ikan rumahan dan ikan kekek ni. Oleh kerana terlalu gembira sebab dapat banyak, suami pun tak nak pulang. Dalam hatinya, banyak ni ikan rumahan. Kalau di buang sekali lagi, tentu dapat banyak. Oleh itu, mereka pun membuang sekali lagi pukat. Alangkah terkejut mereka, bukan ikan rumahan yang mereka dapat tapi ikan kekek ni yang banyak sangat tersangkut di pukat. Memang dapat banyaklah, tetapi bukan ikan rumahan, tapi ikan kekek. Untuk membuka satu persatu ikan tersebut dari pukat memang memakan masa yang agak lama. Ikan-ikan tersebut pulak, seakan-akan mentertawakan mereka dengan bunyi "kekekekek".  Setelah itu mereka pun balik ke rumah, Mereka membuka satu persatu ikan tersebut dari pukat di halaman rumah sahaja. Setelah habis di buka, boleh dapat 4/5 bakul beras 10 kg tu . Begitulah banyaknya ikan tersebut... Itu juga menjadi pengajaran kepada suamiku agar jangan temahak. Kalau sudah dapat tu, balik lah ke rumah....

ikan belais


orang ckp ikan jenjulung. suami cakap ikan tambilawang. muncung tajam macam todak.
ikan kerapu
Ikan kerapu ni sedap kalau di masak stim atau kukus. 

 




suami cakap ikan tito. Macam Ikan sembilang. Ikan sembilang laut mungkin





Ikan Tito ni sedap di masak ampap. Balik sahaja dari memukat terus suami minta masakkan ikan ampap. mmmm kalau ampap pedas sedap ni.








ikan jenahak ka ni? aku panggil ikan merah ja walaupun ndak merah pun haha

Itu adalah antara ikan-ikan yang mereka dapat. Memang ada antara nya saya tidak tahu nama. Siapa yang tahu bagi tahu ok. Nanti saya ambil lagi gambar-gambar ikan yang lain.

Friday 1 April 2016

Pantai Lok Kawi

Di pantai Lok Kawi ni tempat suami memukat bila ada masa kelapangan. Ni pertama kali kami ikut sebab anak lelaki dan menantu yang selalu ikut dia memukat tiada. Jadi kami lah menolong suami memukat ni.  Suami selalu ke pantai Lok Kawi ni sebab kawasannya agak bersih, tidak banyak rumah-rumah. Kalau ada pun agak jauh juga. Agak jauh sikit dari kawasan perumahan kami juga. Tetapi ada ketikanya diaorang akan berenang balik ke kawasan jeti Putatan yang jauhnya lebih kurang 3 km. hahaha betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal.

 

Saya suka pemandangan di sini. Cantik dan tiada orang. Antara ikan yang sering dapat di kawasan ini ialah ikan belanak dan rumahan, serta ikan kekek, juga ketam.

Ikan belanak
Antara ikan yang didapat

 Sekarang ni suami sudah beli bot. Jadi jarang sudah ke sini. Diaorang akan memukat menggunakan bot sahaja.