Monday 27 May 2013

Makanan pelik tapi sedap

Apakah makanan pelik-pelik yang pernah kamu makan? Keluarga saya sederhana sahaja. Kami jarang makan makanan yang pelik-pelik, kami selalu makan ikan goreng dan sayur sahaja. Yang penting mesti ada sambal kicap. Tetapi sejak saya berkahwin, banyak makanan yang saya tidak pernah makan, saya telah cuba makan. Suami saya berbangsa Bajau Samah. Ok, mari saya senaraikan makanan-makanan yang jarang-jarang saya makan sebelum ni, tetapi menjadi makanan ruji pulak selepas berkahwin.... haha 

1. Sagol

Sagol ni makanan kegemaran suami saya. Ia adalah ikan yu yang di masak tumis dengan bawang, air asam jawa, halia dan yang paling penting kunyit hidup. Sebelum di masak, ikan yu ni di celur dulu dengan air panas, buangkan pasir-pasir dari permukaan kulitnya. Sudah licin dan bersih, baru lah tumis bawang, halia, kunyit yang telag ditumbuk lumat. Lepas tu masukkan lah ikan tadi dan air asam jawa, leraikan lah isinya dan akan jadi seperti di bawah ni. Kalau dah kering, masak lah tu. Jangan lupa letak garam dan serbuk perisa pulak.



Bau dia hanyir sikit. Kalau ndak biasa makan, memang ndak pandai makan lah.Pernah semasa saya dan suami masih lagi tinggal bersama keluargaku, suamiku teringin makan sagol. Selepas masak dan makan, kami pun simpan sagol di atas meja makan. Malangnya, bila mak dan bapaku jumpa makanan tersebut, dibuangnya untuk dimakan oleh kucing oleh kerana makku ingat ianya telah berbau dan tidak boleh dimakan lagi. Sebenarnya, memang begitulah tu baunya.

2. Hati ikan yu 

Hati ikan yu ni, memang saya tidak pandai makan. Isi ikan yu ok lagi, tapi hati dia lagi hanyir sikit lah. Kalau nak juga makan, kena campur dengan nasi. Khasiat hati yu ni memang banyak, begitulah mentuaku selalu cakap. Kemungkinan kapsul minyak ikan yang dihasilkan  ada yang dari ikan yu tak? Selalunya hati ikan yu ni akan di masak dari wap nasi atau wap semasa masak sagol di atas. Letakkan di mangkuk dan masukkan di atas sagol atau nasi, dan masak.

hati ikan yu yang distim


3. Kima 

Kima adalah sejenis hidupan laut. Kalau bernasib baik, memang ada mutiara di dalam cengkerang kima ni. Tetapi saya tidak pernah pulak jumpa mutiara di dalam kima ni. Adik ipar ku yang sebelum ni berniaga kima memang selalu jumpa mutiara.


Cara untuk masak kima ni, selalunya saya akan masak kicap sahaja. Tetapi ada juga yang cakap, kalau masak kari sedap juga. Saya tidak pernah pulak cuba. Yang pastinya kima ni pun hanyir juga. Kalau ndak tahan baunya, memang tidak berselera untuk makan.  Isi kima yang berwarna putih juga sedap. Kadang kala ianya dijual berasingan.


4. Rumpai  laut

Ni makanan yang saya sangat suka. Saya panggil rumpai laut anggur. Macam buah anggur kan. Suami panggil, lato. Senang ja cara makan benda ni. Petik ja dari tangkai besar (serumpun), lepas tu cuci bersih-bersih, kena 2 atau 3 kali cuci sebab berpasir. Sudah cuci, perah limau, letak garam dan serbuk perasa secukup rasa, makan lah. Boleh letak mangga mentah. Jangan lupa letakkan lada padi. Sedap nya. hehe


OK, setakat ni, itu sahaja dulu yang dapat saya ceritakan mengenai makanan yang menjadi kegemaran keluarga sebelah mentua saya. Lama-lama saya pun jadi suka juga makanan tersebut. Pada mulanya memanglah pelik. Tetapi makanan tersebut walaupun pelik bagi saya tapi sedap juga.




2 comments:

  1. Selain pelik..makanan yg ko tuliskan tu mmg sudah disenaraikan sebagai protected species ging..walaupun masih di peringkat deraf tapi...spesis yu memang dah hampir terancam di tempat kita skang ni..mungkin juga disebabkan banyak peminat sagol disini..bapa saya memanggil kerabu yu ni "Sager" lebih kurang sama la ni..hehe..tapi isi yu tu tambah kerisik kelapa...fuhyooo...memang sedap seehhh..pastu kima (giant clam) memang dah masuk jadual pun..tapi saya pun suka juga..kering..basah..semuanya boleh...kari pun sodap..hehe...peminat makanan laut ni..

    ReplyDelete
  2. itulah tu mau beli yu pun kena hati2 haha silap2 kena tangkap. Iya ba, ramai betul peminat sagol kan. Tapi yang ditambah kerisik tu aku belum pernah rasa lagi. Ntah lah, mentu ku ndak pernah pulak masak letak kerisik. Sekarang ni, sejak tinggi kolestrol aku, kena kasi kurang suda makan makanan laut ni. :-) Bah, cuba ba kau masak kasi bawa kau... hehe

    ReplyDelete