Wednesday 22 May 2013

Matematik

Betul ka matapelajaran matematik tu susah? Kenapa ramai pelajar yang gagal dalam matapelajaran matematik? Adakah kerana guru yang tidak pandai untuk mengajar atau pelajar-pelajar yang memang bengap dan susah untuk menerima matapelajaran tersebut?

Teringat semasa tingkatan 4 dan 5 masa belajar Add Maths yang di ajar oleh Mr. Lim. (Selamat Hari Guru cikgu) Kalau ada permasalahan atau soalan yang perlu diselesaikan di papan hitam, akulah yang akan jadi mangsanya. Nasib betul jalan penyelesaiannya dan jawapannya. Mungkin sebab tu lah Mr. Lim selalu menyuruhku? Hahaha tengah perasan lah ni, masuk bakul angkat sendiri. :-)

Walaupun tidak dapat A1 dalam SPM untuk Add Maths ku, tapi aku tetap ambil Matematik sebagai subjek Major ku semasa di Universiti. Bukan sebab pandai, tetapi malas sebenarnya. haha Kalau ambil subjek lain, rata-rata semua kena banyak membaca. Tetapi kalau matematik, bagi saya, cukup jika faham, ndak perlu susah-susah. Yang penting tahu logiknya, kenapa dan bagaimana untuk mendapatkan jawapan yang betul. Kalau kita sudah tahu jawapan tu betul, kita kena faham lah bagaimana untuk mendapatkan jawapan tersebut. Jangan pandai meniru ja. Memang tak akan faham-faham kalau kita asyik meniru ja. Kira macam jalan reverse lah ni, tahu jawapan dulu, baru lah cari jalan nya. Begitulah tips dia kalau belajar Matematik ni.

Semasa kami belajar dulu, belum ada lagi kelas tution. Kalau rasa lemah dalam sesuatu mata pelajaran, pandai-pandailah tanya cikgu ka atau tanya kawan-kawan. Kalau tak tanya, sesat jalan lah nampaknya. Di sekolah kami, setiap malam ada prep. Masa ni lah kami akan membuat ulangkaji bagi mata pelajaran yang lemah atau buat kerja rumah.

Malangnya, segala ilmu yang diperolehi ni, susah betul mau kasi turun ke anak-anak. Pernah cuba untuk ajar anak-anak mata pelajaran ni, memandangkan mereka susah hendak lulus matapelajaran matematik di sekolah.  Tetapi, cepat naik darah bila ajar anak-anak hehe. Suruh cikgu saja lah yang ajar.

Matematik ni sebenarnya tiada kerjaya yang khusus, kecuali kalau mahu jadi cikgu atau pensyarah. Tetapi dalam kehidupan kita semua ada unsur-unsur matematik. Masak nasi kena  tahu matematik, membeli barang kena tahu matematik, driving kena tahu matematik, tidur kena tahu matematik, segala-galanya lah. Tetapi matematik dalam kehidupan kita ni, cuma perkara asas sahaja. Bukanlah seperti yang kita pelajari dalam add maths kan. Apa pun, dari situ, kita belajar juga logik. Dalam kehidupan kita ni, logik lah yang menentukan segalanya. Jadi, penting juga kan matematik ni.

OK, satu petua yang saya amalkan semasa saya belajar. Setiap hari, cuba selesaikan sekurang-kurangnya 3 soalan matematik. Dengan syarat mesti faham dan tahu cara-cara untuk selesaikan masalah tersebut. Insya Allah, kalau diamalkan memang boleh lulus matematik. Tetapi, petua ni tak boleh diamalkan kalau sudah dekat mau exam. Jadi, mesti belajar dari awal lah. Tiada short cut untuk belajar matematik. haha.... Walau benci macamana pun, mesti kasi suka juga. OK, selamat berjaya dalam matematik.

 



4 comments:

  1. Saya suka subjek math..ingat lagi masa belajar dulu...menyelesaikan soalan math ni seperti menjawab soalan teka teki dan kengkadang tidak dpt tidur lena sbb tidak dpt menyelesaikan soalan math....rasa cam jadi seorang penyiasat pulak..hehehee..saya pun risau jugak anak2 skarang ndak minat math...ntahla..mungkin perlu buat sesuatu dengan sistem P&P....skang ni bila dah bekerja...sudah kurang apply skill dan rasanya jiwa saya dah jatuh cinta pada kesusasteraan la pulak....hehehe..

    ReplyDelete
  2. ya, kalau sudah oldies ni memang sesuai dengan kesusasteraan. Tengok lah, start suda menulis kan. Itu salah satu tanda-tanda juga tu... Dulu-dulu boleh lah. Sekarang ni asah maths dengan sudoku ja haha.

    ReplyDelete
  3. Kalau amik stpm tapi amik subjek geografi,pengajian am,ekonomi dan bahasa melayu...boleh ke...nak amik major matematik kat universiti nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popcorn, kalau maths cun masa stpm rasanya, boleh tu.

      Delete