Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

Bengkel Pindaan Enakmen

Ini pertama kali mengurus bengkel mengenai pindaan Enakmen. It is a worth experience. Selepas ini akan ada series of discussion lagi mengenai pindaan ini. Ianya belum selesai setakat di bengkel ini sahaja. Sebenarnya, ini adalah permulaan untuk perbincangan demi perbincangan dengan pejabat peguam. Beberapa koleksi yang dapat dirakam adalah seperti di bawah ni.

antara peserta yang bertahan sehingga akhir bengkel


Fasilitator pada bengkel tersebut, Puan Hajjah Zaleha
Aktiviti makan bersama kawan baik....

Thursday, 5 May 2016

Budaya Integriti bermula di rumah

Pada 26 - 27 April 2016 saya telah mengikuti Kursus Peningkatan Integriti secara in-house. Untuk post saya kali ini saya kongsikan beberapa pengajaran yang saya perolehi semasa menghadiri kursus tersebut termasuk beberapa catatan nota saya semasa kursus berkenaan ditambah dengan contoh2 atau pengalaman sendiri serta kisah2 dari penceramah. Kemungkinan ada beberapa tajuk mengenai integriti yang saya akan cuba kongsikan bersama (part 1, 2,3 .... ) 

Apakah intgeriti yang dimaksudkan?
Integriti secara amnya tidak dapat dilaksanakan dalam sekelip mata sahaja. Ia adalah amalan yang biasa kita lakukan setiap hari. Selalunya ia sudah menjadi budaya kita atau sebati dengan kita. Sebab itulah tajuk dari penceramah mengatakan bahawa integriti ini bermula dari rumah. Sejak kecil apakah nilai-nilai murni yang diterapkan kepada si anak. Ini lah juga yang akan menjadi amalan bila anak tersebut meningkat dewasa seterusnya memasuki alam persekolahan dan pekerjaan. Oleh itu, integriti ini sebenarnya berpunca bagaimana ibu bapa kita / penjaga kita mendidik kita dari kita lahir. Jika baik, maka baiklah sikap atau attitude budak tersebut, tetapi jika sebaliknya, itu yang menjadi masalah utama negara kita pada masa ini. INTEGRITI.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa amalan integriti yang seharusnya diterapkan dan ada pada diri kita yang disenaraikan oleh penceramah. Mungkin ada banyak lagi selain yang ada ni: 

1. Kejujuran
    Kejujuran tidak nampak tapi kita dapat rasa. Jika kita tahu benda tu bukan hak kita, janganlah di ambil. Kita hendaklah bersikap jujur kepada diri kita sendiri. Orang yang bersikap jujur ini bila apa yang diucapnya seiring dengan segala perbuatannya. Keindahan sifat jujur itu apabila dia bersikap jujur kepada dirinya, kepada orang yang berurusan dengannya (berjual beli atau yang berkaitan dengan pekerjaannya), jujur dalam memimpin samada di dalam institusi kekeluargaan atau pekerjaan. Jujur merupakan salah satu sifat yang mulia dan orang yang mempunyai sifat jujur biasanya mendapat kepercayaan dari orang lain.
Contoh sikap jujur yang dilakukan di rumah : Ibu bapa hendaklah sentiasa mengajar anak untuk berani bercakap benar. Walaupun anak tersebut melakukan kesalahan. Jangan mengajar anak untuk berbohong.

Teringat orang dulu-dulu cakap kan...."mula-mula berbohong, lama-lama mencuri". 

2. Ketelusan
    Ketelusan juga tidak nampak tetapi boleh di rasa. Ia adalah mengenai transparency. Ketelusan ini adalah sikap berterus terang, jujur dan ikhlas. Ada orang yang tidak telus, yang mempunyai sikap yang berbeza. Seperti talam dua muka. Di hadapan ketua dia menjadi pekerja yang amat baik, sebaliknya jika di belakang ketua, dia mempunyai sikap yang berbeza.
Begitu juga contoh di rumah: ada anak-anak yang bersikap baik di hadapan ibu bapa mereka, tetapi apabila bersama kawan-kawannya, dia mudah terpengaruh dengan perangai kawan-kawan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui sikap anak-anaknya agar mempunyai ketelusan hati. 

3. Komited
Komited adalah dari perkataan Inggeris comitted.  Orang yang komited dalam tugas akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugas yang diberi. Kesungguhan untuk menyelesaikan tugas dan kesanggupan untuk berkorban masa.

" I don't stop when I'm tired, I stop when I'm done".

Didik anak untuk komited dengan kerja-kerja sekolah. Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sekolah seperti persatuan, larian, kerja-kerja amal dan sebagainya. Pastikan mereka siap homework mereka. 

4. Amanah
Amanah adalah suatu yang sangat berat untuk dilakukan. Seorang yang mempunyai sifat amanah adalah seorang yang berperibadi baik dan tinggi akhlaknya. Teringat semasa menghadiri kursus bina negara lebih kurang 26 tahun dulu sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara. Kami diberikan sesampul surat yang diamanahkan untuk diberikan kepada orang apabila sampai ke garisan penamat. Namun, kami telah berikan surat berkenaan kepada orang lain yang meminta surat berkenaan. Ini lah pengajaran mengenai amanah yang saya ingat sehingga hari ini. Jangan mudah untuk memberikan kepada orang lain apa yang telah diamanahkan kepada diri mu. Amanah harus dijaga dan dipelihara sehingga sampai kepada yang berhak memilikinya.

Ia sama seperti janji kita. Apa yang kita janjikan mesti dikota. Terutama janji kita kepada anak-anak.



5. Tidak salah guna kuasa
Maksud salah guna kuasa ini adalah menggunakan jawatan yang dipegang dalam sesuatu organisasi untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan kaum kerabat.
  • kita hendaklah jaga nilai harta tu seperti harta kita sendiri. Maksudnya jika kita diamanahkan menjaga harta maka kita hendaklah menjaganya dengan baik. Tetapi kita tidak boleh buat sesuka hati kita seperti harta kita sendiri...
  • Dalam institusi kekeluargaan selalunya abang atau kakak yang tua yang lebih berkuasa. Mereka akan mudah menyuruh adik-adik untuk melakukan tugas untuk mereka. Jika ini berlaku, cuba nasihatkan anak-anak untuk tidak berlebih-lebih dengan kuasa mereka sebagai kakak atau abang yang lebih tua. Jika dari kecil, ini diterapkan, kemngkinan bila sudah bekerja, tingkah laku yang serupa akan dilakukan kepada rakan setugas.     

6. Bijak membuat keputusan
  • Jangan membuat keputusan jika kita sedang marah 
  • Jangan membuat keputusan semasa kita sedang bersukaria/ atau mabuk / aramaiti
  • Jika keputusan telah di buat dan tidak menghasilkan perkara yang baik, maka jangan salahkan diri sendiri. Sebaliknya mohon ampun dan bertaubatlah.
  • Didiklah anak untuk membuat keputusan. Misalnya, kenapa dia perlu beli kasut sekolah, buku sekolah atau baju dan sebagainya. Latih mereka untuk berkomunikasi.   
Sifat-sifat lain yang mesti ada ..... keperihatinan, keikhlasan, bekerjasama, bersangka baik.
Apa-apa pun, yang penting hati kita mesti baik.

Jika kita seorang yang malas di rumah , maka di tempat kerja pun kita akan menjadi pekerja yang malas. Pemantauan ke atas anak-anak perlu dilakukan selalu atau setiap masa. Begitu juga di tempat kerja, walaupun tugas tersebut kita telah berikan kepada orang yang bertanggungjawab melaksanakannya, pemantauan terhadap tugas tersebut mesti dilakukan.  Kurang pemantauan yang sering mengakibatkan berlakunya perkara-perkara negatif dalam institusi kekeluargaan dan pekerjaan.

"Kalau di marah bukan semestinya kita salah, dan kalau dipuji bukan semestinya kita betul". Ini kata-kata penceramah. Oleh itu, teguran demi teguran perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada. Jangan mudah melata jika di marah dan jangan terlalu inginkan pujian dalam melakukan tugas yang diberi.

Monday, 7 March 2016

Kursus Personal Branding

Pada 1 - 2 Mac 2016 saya telah mengikuti kursus Personal Branding for Government Executive yang dianjurkan oleh INSAN dengan kerjasama oleh Bayu Success Training & Events.Penceramah kami ialah Puan Wendy Liew dan Puan Nini Chong.

 

Pada hari pertama, kami disuruh senaraikan apakah 3 perkatan yang paling dekat menggambarkan diri kita. Mungkin, orang lain tidak kenal kita kan. Jadi, 3 perkataan yang hampir-hampir menggambarkan diriku ialah, positive thinking, cool/calm dan confident. Inilah 3 perkataan yang saya rasa hampir-hampir menggambarkan diri saya. Saya seorang yang berfikiran positif, sentiasa cool dan suka buat sesuatu tu sorang-sorang, bukan juga confident tapi lone ranger lah.

Personal Brand ialah identiti kita. It is what other people say about you. Not what you say about your self. Begitu juga warna baju yang kita pakai. Selalunya, kita selalu pakai warna baju yang kita suka kan. Tetapi sebenarnya orang yang akan melihat kita yang akan menilai kita. Bukan kita yang menilai diri kita sendiri. Jadi, bila kita pakai warna-warna tertentu, ini yang orang akan nilai kita:

Hijau : hope, renewal (good color for first meeting)
Biru : produktiviti , honest (macam rajin)
Merah : appetite booster, confident, powerful, motivated
orange : happy, joyful, energetic, friendly
White : detailed person, organised
Yellow: optimistic, attention
Purple : royal color (macam kaya)
grey : intelligent (macam pandai) tapi warna ni warna makcik-makcik. patut pun setiap kali pakai warna baju kelabu, ada saja orang panggil makcik hahaha
brown : reliability, honest, conservative
pink : calmer

Yin dan Yang face: 
Yin face adalah muka yang lembut.
Yang face adalah muka yang garang.
Kadang kita mempunyai bentuk muka semulajadi yang garang. Bila kawan-kawan melihat muka saya, mereka cakap saya mempunyai bentuk muka yang face. Bukan juga garang, tapi confident kawan cakap. Haha. jadi, bagi muka yang Yang face, untuk melembutkan, kita kena pakai warna baju yang cool sikit.  Tidak semestinya, warna-warna yang lembut (pastel colors) itu warna yang cool. Sebagai petunjuk, di bawah ni saya berikan contoh warna yang lembut. Warna merah yang gelap (merah kebiru-biruan) adalah warna yang cool, manakala warna merah yang kekuning-kuningan adalah warna warm. Pandai-pandai lah main warna k. 



 Lagi satu, warna yang clean adalah lebih baik dari warna yang muted. Warna muted ni warna yang macam lumpur (kabur-kabur), warna yang tidak terang/jelas (seperti di atas tu - warna yang clean). (dalam hati ku - semua baju yang aku ada warna muted, jarang aku beli baju yang clean color)... haha hmmm

sebelah kiri clean color. Penceramah cakap ada sinar sikit kalau pakai clean color haha

Warna-warna yang kita pakai boleh dipadankan dengan warna-warna yang bertentangan. (rujuk gambar di bawah). Triadic untuk yang lebih dari satu warna. seperti- oren dengan biru, merah dengan hijau...

Maksud patterns :

Bunga-bunga : approachable
Geometrical : confident
animal prints : confidence (small amount)
classic prints : macam datin2 


What you think, you become 
Selalulah fikir, benda-benda yang positif. Jika kita fikirkan perkara-perkara yang baik-baik, maka itu yang akan berlaku kepada kita.

What you feel, you attract
 Apa yang kita rasa, itu yang akan datang kepada kita. Jika kita sering merasa marah, sakit hati, dendam maka perkara-perkara yang paling dekat dengan kemarahan kita, kesakitan hati kita dan perasaan dendam itu yang sering datang dalam kehidupan kita. tetapi kalau kita sentiasa happy dan bersyukur, maka hati kita akan sentiasa tenang dan senang.

What you imagine you create
Apa yang kita hajati, itu yang akan muncul di hadapan kita. Jika kita inginkan kesenangan, ketenangan dan kekayaan, maka itu lah yang akan kita cipta. Kita hanya perlu fikir yang baik-baik sahaja untuk menjadi apa yang kita impikan.

Above the line
Kita perlu sentiasa above the line. Maksud above the line adalah, kita perlu ada rasa ownership, accountable dan responsible. Jika kita below the line maknanya kita sering ingin menyalahkan orang lain, kita sering mencari berbagai-bagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu dan kita sering mengelak untuk membuat sesuatu (sila rujuk di bawah). Oleh itu, adalah penting kita jalani kehidupan kita dengan mengamalkan prinsip above the line iaitu sifat tanggungjawab (responsible), boleh dipercayai dan berani membuat pengakuan.


Ownership
Accountable
Responsible
_____________
Blame
Excuses
Denial

Fine Dining
Mari belajar macamana set sudu garfu. First course, sudu yang paling luar. 
  
  
 

My Vision Board 
Vision board ini ialah gambar2 dan perkataan yang ingin kita capai dalam kehidupan kita. Kita letakkan my vision board kita di tempat2 yang strategik, yang setiap hari kita nampak. Ia menjadi sumber aspirasi atau inspirasi kita setiap hari. Semasa kursus tersebut, vision board saya belum berapa siap, sebab tidak banyak gambar yang di bawa. Oleh itu, kalau sudah siap vision board saya, saya akan upload. Setiap kita mesti mempunyai aspirasi yang ingin kita capai dalam kehidupan. Kita boleh juga letakkan vision board kita di komputer yang setiap hari kita gunakan.

Salah seorang peserta kursus telah memberi ceramah pagi mengenai kepelbagaian kaum di negeri Sabah. Penceramah juga sama-sama mendengar
 
Majlis penutup dilaksanakan oleh Pengarah INSAN. Di atas itu adalah beberapa perkara yang saya pelajari semasa kursus tempoh hari. Mencari ilmu itu penting. Saya pelajari sesuatu yang baru semasa kursus 2 hari tersebut.
 

Monday, 4 November 2013

Kursus Pembuatan Coklat

Coklat buatan tangan atau homemade chocolate ni memang sedap dan senang di buat. Yang penting rajin hehe. Kepada peminat-peminat coklat.... mari kita belajar buat coklat sendiri. Pada 1 - 3 November yang baru lepas ni, saya telah mengikuti kursus pembuatan coklat yang dianjurkan oleh pihak Angkasa. Terima kasih Angkasa sebab bagi peluang saya untuk mempelajari teknik pembuatan coklat ni. Sekarang ni, macam berkobar-kobar pulak mahu buat coklat sendiri. Selepas ni, mahu pigi kedai Bake with me di Putatan untuk beli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat. 



Di sini, saya kongsikan bersama pengalaman saya semasa menghadiri kursus pembuatan coklat berkenaan. Ya lah kan, mana lah tahu ada kawan-kawan di luar sana yang ingin mempelajari cara-cara pembuatan coklat yang sedap sehingga menjilat jari tu....

Jenis coklat yang digunakan: 
Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan untuk menghasilkan coklat buatan tangan ni. (ni yang kami belajar di kursus ni, mungkin ada lagi jenis yang lain)
1. Coklat couverture : coklat ni lebih sedap jika dibikin coklat buatan tangan. Biasanya sebelum dibuat coklat, ianya perlu di temper selepas dicairkan. Cara temper.... tengok gambar di bawah. Macam menemper simen tu... lebih kurang lah tu. Di temper sampai suhunya turun. Tempat menemper ni pun mesti lah di meja yang khas seperti di meja marmar (atau marble) yang sejuk dan rata.


2. Coklat compound : coklat yang biasa di buat untuk coklat buatan tangan. Caranya simple ja... cairkan coklat, dan masukkan dalam acuan yang diingini. 

proses mencairkan coklat
Setelah coklat cair, boleh lah letakkan inti coklat. Atau, masukkan sahaja ke dalam acuan yang disukai. Samada bentuk lolipop ka, atau coklat biasa, yang senang masuk mulut. 





Kalau mahu buat yang ada inti, perlu buat kelonsongnya dulu. 




Biskut yang dicelup dengan coklat pun boleh juga. Biasanya orang gunakan bislut oreo. 
Dalam banyak-banyak coklat yang dibuat. Yang paling sedap ialah coklat truffle. Biasanya campuran dalam truffle ni corn flake, almond, kekacang... apa-apa ja lah yang sedap, boleh ja kasi masuk.

Dan yang last sekali yang kami buat ialah coklat bar. Ni macam coklat kit kat sikit.


Amacam? adakah anda teruja untuk membuat coklat? Saya memang bersemangat ni mahu buat coklat. Marilah ramai-ramai kita buat coklat. :-) Sebabnya, memang ramai peminat coklat di luar sana kan... ya, jom... Selamat mencuba kawan-kawan. Kalau ada sesapa yang sudah buat coklat tu... kasi tahu k. sama-sama kita share pengalaman.


Sunday, 6 October 2013

Bengkel Penyediaan dan Penulisan Laporan

Minggu lepas, saya baru sahaja menghadiri bengkel di atas pada 23 - 24 September 2013 di Hotel Horizon, Kota Kinabalu. Ni pertama kali saya menghadiri kursus di tempat berkenaan. Boleh tahan juga hotel dia. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan kami sendiri. Tetapi hanya 2 orang yang diberikan nama untuk menghadiri bengkel ini iaitu kawan sebilik saya Honey dan saya sendiri.

Hari pertama, kawan saya Honey, lambat sikit datang. Saya yang datang dalam jam 8 pun mendapati, meja-meja di belakang telah diduduki peserta. Maka, saya memilih meja yang paling hadapan sekali. Selepas itu Alijah pun duduk sesama kami di meja hadapan. Memandangkan kami hanya 3 orang sahaja, untuk aktiviti-aktivit seterusnya terpaksa kami bergabung dengan meja di belakang. Last-last kami pun join lah meja di belakang.

Penceramah memperkenalkan dirinya sebagai Steph. Aktiviti pertama ialah ice breaking atau mengenali antara satu dengan yang lain. Peserta diminta untuk memilih satu warna berdasarkan warna-warna yang terdapat dalam himpunan penceramah. Tiada warna yang menjadi minat saya, tetapi saya memilih biru hijau. Apa maksud warna tersebut? saya pun sudah lupa. Kalau saya dapatkan nota tu nanti saya upload ok. 

Kemudian penceramah menerangkan mengenai bagaimana untuk memulakan sesuatu laporan, masalah-masalah apabila menulis laporan.... dan sebagainya. Untuk menghilangkan keboringan kami, penceramah telah membuat satu aktiviti, iaitu membina bangunan menggunakan sekeping kertas. Kami dikehendaki berbincang di dalam kumpulan untuk menghasilkan bangunan tersebut. Bangunan yang tertinggi akan diberikan hadiah hamper yang mengandungi coklat, gula2 dan sebagainya. Di akhir permainan ini, dua kumpulan telah mencipta bangunan yang hampir sama tinggi. Jadi, kedua-dua telah menerima hadiah. salah satu kumpulan tersebut adalah kumpulan kami... yea... berkat idea kawan aku juga, aku dapat buat bangunan tu...

ni lah hadiah yg kami dapat....


Semasa bengkel ini, kami di ajar bagaimana cara-cara yang terbaik untuk membuat laporan. Kami menggunakan microsoft word dan excel. Kami juga di ajar untuk menggunakan carta dan jadual, serta susunan laporan. Kami telah diminta untuk membuat satu laporan yang ringkas. Saya telah membuat laporan mengenai Kota Kinabalu Wetlands. Di bawah ni, adalah rangka untuk membuat sesuatu laporan. Secara umumnya rangka ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis laporan.



Rangka untuk penulisan laporan adalah seperti berikut: 

1. Ringkasan Eksekutif
2. Pengenalan
  • Latar belakang 
  • Pernyataan Masalah 
  • Objektif Laporan 
  • Rasional 
  • Justifikasi 
3. Kandungan utama
  • Laporan prestasi 
  • Penggunaan sumber 
  • hasil 
  • Halangan 
 4. Penutup 
  • Rekomendasi 
  • Kesimpulan 
 5. Rujukan dan Lampiran

ok itu sahaja laporan mengenai bengkel yang telah saya ikuti. Harap, ianya bermanfaat untuk kawan-kawan di luar sana.

Di akhir kursus, semua peserta kursus dikehendaki memberi sedikit ucapan.... Sekian, terima kasih.


Monday, 16 September 2013

Kursus Penjenamaan

Selepas sahaja menghadiri kursus video hari Jumaat lepas, saya terus mendaftar Kursus Penjenamaan yang dianjurkan oleh ANGKASA. Ianya bukan diwajibkan atau dimestikan, tetapi sejak awal tahun saya ternanti-nanti kursus ini. Dengan menghadiri kursus ini saya berharap akan dapat membuat penjenamaan jika suatu hari nanti saya berpeluang menghasilkan produk untuk koperasi kami. Insya Allah. Doakan saya ya. 

antara peserta kursus. ramai juga kan


Sebenarnya bengkel ini ada kaitan juga dengan seminar yang baru saya hadiri iaitu mengenai Harta Intelek. Semasa kursus ini iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad, pihak penganjur ada menyediakan penginapan, makan dan minum. Namun, ianya tidak dapat saya nikmati oleh kerana saya terpaksa berulang alik ke rumah dan urus anak serta suami saya yang kurang sihat dek aksiden motor tempoh hari. Oleh itu, saya hanya pergunakan masa yang dapat untuk memahami seberapa banyak ilmu yang diajar. Saya pastikan saya faham agar dapat diaplikasikan kemudian nanti. 





Di sini saya kongsikan bersama apa yang telah saya pelajari, supaya saya ingat dan boleh juga digunakan oleh sesaiapa yang meemrlukan di luar sana. 

Perkara pertama yang perlu ditetapkan untuk mencari sesuatu jenama untuk produk kita adalah menetapkan strategi yang digunakan. Kita boleh memilih lebih dari satu strategi untuk sesuatu produk. Beberapa strategi yang ada adalah: 
1. Strategi Penjenamaan pelbagai produk 
      1 nama untuk semua produk 

2. Strategi Penjenamaan Pelbagai jenama 
     1 nama untuk satu produk 

3. Strategi Penjenamaan Individu / Peruncit 
    Beri jenama untuk produk yang tidak dikeluarkan sendiri 

4. Strategi pelbagai jenama 
    1 produk mempunyai pelbagai jenama 

5. Strategi Jenama Ikon 
    Jenama untuk kumpulan tertentu 

6. Mixed branding

Langkah-langkah untuk membuat sesuatu jenama adalah seperti berikut: 
1. Tentukan jenama anda 
     a. Analisa jenama anda - ciri-ciri produk anda yang berbeza dari produk lain
     b. Analisa pelanggan 
     c. Analisa jenama pesaing  - buat SWOT analisis untuk pesaing 

2. Mencari Nama jenama 

3. Menghasilkan Logo dan tanda perniagaan 

4. Menulis mesej jenama 

5. Menghasilkan tagline 

6. membentuk template 
    - kad perniagaan, kepala surat, brosur, blog, website 

7. Jujur dengan jenama 

8. Konsisten

Sunday, 15 September 2013

100 Tahun Pendaftaran Harta Intelek di Malaysia 1913 -2013

Pada hari Khamis, 5 September 2013 yang lepas saya dan empat orang lagi kawan sepejabat telah berpeluang mengikuti satu seminar mengenai kesedaran harta intelek di Magellan Sutera, Kota Kinabalu. Ini kali ke2 saya mengikuti seminar berkaitan harta intelek, sejak saya berada di SaBC. Peserta kali ini agak ramai juga, mungkin dalam 500 orang (semasa majlis pembukaan atau perasmian). Namun dari muka-muka peserta berkenaan, saya dapati, tidak ramai muka-muka yang biasa saya kenali. Mungkin ramai dari jabatan-jabatan persekutuan. 


Acara dimulakan agak lewat, dekat jam 10 pagi di mana Ketua Menteri Sabah, YAB Datu Seri Panglima Musa Hj. Aman yang merasmikan. Kami tertanya-tanya kenapa kita menyambut 100 tahun pendaftaran harta intelek di Malaysia, sedangkan usia negara Malaysia sendiri baru 56 tahun dan Sabah di dalam Malaysia juga baru 50 tahun. Rupa-rupanya Sabah atau pada masa itu Borneo Utara telah dulu mendaftarkan harta intelek pada tahun 1913.
Lebih tepat lagi, pada 29 mac 1913, pendaftaran pertama Cap Dagangan di Malaysia dilakukan oleh sebuah syarikat yang berasal dari Negara Italy iaitu Madiano Industrie Cartotecniche Societa per Azioni yang menjalankan perniagaan berasaskan tembakau (cigarette paper). Ianya didaftarkan di Sabah atau Borneo Utara pada masa itu. 

3 dara pingitan
 
Cap dagangan ini penting untuk didaftarkan terutama jika kita salah seorang ahli perniagaan. Ia menunjukkan barangan tersebut adalah hak kita dan tiada orang yang boleh meniru atau mengambilnya. Penerangan yang diberi oleh penceramah-penceramah mengenai cap dangan, petunjuk geografi fan rekabentuk perindustrian sangant padat dan terperinci dan mudah difahami. Syabas kepada pihak penganjur. Cuma yang sedihnya, bila selepas acara perasmian dan makan tenghari, para peserta semakin kurang. Mungkin pihak penganjur perlu menjemput ahli-ahli perniagaan dan bukan sahaja tertumpu kepada orang-orang kerajaan. 

ni penceramah... tapi bukan mau tunjuk penceramah pun, cuma kahu ambil gambar jam hehehe

Kursus Pembangunan Video Korporat

Saya telah berpeluang mengikuti kursus pembangunan video korporat pada 9 hingga 13 September 2013 di Makmal IT INSAN di tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Objektif kursus ini adalah untuk memberi para peserta kemahiran dalam membuat atau menyunting video beserta dengan audio serta mengeksport ke media lain. Proses dia memang agak panjang dan lama, namun selama 5 hari kami berkursus masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Kami hanya di ajar secara umum atau basic sahaja. Software yang digunakan untuk membuat video ini adalah dengan menggunakan software adobe primier pro cs4.


Hari Pertama: 

Hari pertama kami belajar bagaimana untuk menghasilkan atau menaip satu skrip untuk tujuan membangunkan sesebuah video atau movie yang baik. Software yang digunakan untuk menaip skrip di beri nama Caltex. Agak mudah juga penggunaan perisian ini. Ini adalah salah satu cara lain untuk menaip skrip selain dari menggunakan "Word". Semasa membuat skrip ni kita tentukan apa penggambaran yang diperlukan samada di lokasi luar atau dalam. Semasa hari pertama kami juga belajar mengenai storyboard. Setiap video mesti ada storyboard. Storyboard penting untuk memberi gambaran jelas mengenai video yang akan dibuat.


Hari Kedua dan Ketiga

Hari Kedua dan ketiga kami belajar mengenai warna, transition, audio dan cara untuk membuat video yang ringkas. Kami sambungkan video-video pendek untuk menjadikannya satu cerita yang menarik. Di bawah ni ada hasil video yang di buat selepas hari ketiga.

(malangnya ada masalah untuk upload video.... cuma dapat bagi link ja, setelah upload di utube  ni link dia:
http://youtu.be/xvuYKUCwgjw )



Hari Ke-4

Selepas hari ketiga, kami sudah boleh membuat video. Beberapa video pendek, termasuk gambar-gambar berkaitan serta skrip dan audio yang telah disediakan oleh penganjur, kami telah membuat jalan cerita kami dan menghasilkan satu video pendek selama 3 - 5 minit. Boleh lah, kalau setakat amateur.



Kalau ada kesempatan, saya akan upload video tersebut. Buat masa ini, ada masalah pulak mau upload video tersebut ke blog ni. Amacam caranya ya.... sudah beberapa kali cuba tapi masih belum berjaya upload... sabar peminat... heheh

semasa upacar penutup

Selepas ini boleh lah buat video untuk ofis kan. Haaa sesiapa yang ada telefon canggih tu (untuk kawan seofis yaaa), atau camera atau videocam, ambil lah video atau gambar banyak-banyak. Boleh kita buat video production lepas ni....