Monday, 4 November 2013

Kursus Pembuatan Coklat

Coklat buatan tangan atau homemade chocolate ni memang sedap dan senang di buat. Yang penting rajin hehe. Kepada peminat-peminat coklat.... mari kita belajar buat coklat sendiri. Pada 1 - 3 November yang baru lepas ni, saya telah mengikuti kursus pembuatan coklat yang dianjurkan oleh pihak Angkasa. Terima kasih Angkasa sebab bagi peluang saya untuk mempelajari teknik pembuatan coklat ni. Sekarang ni, macam berkobar-kobar pulak mahu buat coklat sendiri. Selepas ni, mahu pigi kedai Bake with me di Putatan untuk beli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat. 



Di sini, saya kongsikan bersama pengalaman saya semasa menghadiri kursus pembuatan coklat berkenaan. Ya lah kan, mana lah tahu ada kawan-kawan di luar sana yang ingin mempelajari cara-cara pembuatan coklat yang sedap sehingga menjilat jari tu....

Jenis coklat yang digunakan: 
Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan untuk menghasilkan coklat buatan tangan ni. (ni yang kami belajar di kursus ni, mungkin ada lagi jenis yang lain)
1. Coklat couverture : coklat ni lebih sedap jika dibikin coklat buatan tangan. Biasanya sebelum dibuat coklat, ianya perlu di temper selepas dicairkan. Cara temper.... tengok gambar di bawah. Macam menemper simen tu... lebih kurang lah tu. Di temper sampai suhunya turun. Tempat menemper ni pun mesti lah di meja yang khas seperti di meja marmar (atau marble) yang sejuk dan rata.


2. Coklat compound : coklat yang biasa di buat untuk coklat buatan tangan. Caranya simple ja... cairkan coklat, dan masukkan dalam acuan yang diingini. 

proses mencairkan coklat
Setelah coklat cair, boleh lah letakkan inti coklat. Atau, masukkan sahaja ke dalam acuan yang disukai. Samada bentuk lolipop ka, atau coklat biasa, yang senang masuk mulut. 





Kalau mahu buat yang ada inti, perlu buat kelonsongnya dulu. 




Biskut yang dicelup dengan coklat pun boleh juga. Biasanya orang gunakan bislut oreo. 
Dalam banyak-banyak coklat yang dibuat. Yang paling sedap ialah coklat truffle. Biasanya campuran dalam truffle ni corn flake, almond, kekacang... apa-apa ja lah yang sedap, boleh ja kasi masuk.

Dan yang last sekali yang kami buat ialah coklat bar. Ni macam coklat kit kat sikit.


Amacam? adakah anda teruja untuk membuat coklat? Saya memang bersemangat ni mahu buat coklat. Marilah ramai-ramai kita buat coklat. :-) Sebabnya, memang ramai peminat coklat di luar sana kan... ya, jom... Selamat mencuba kawan-kawan. Kalau ada sesapa yang sudah buat coklat tu... kasi tahu k. sama-sama kita share pengalaman.


3 comments:

  1. Mmmmm...aku minat makan jak...tp tunggulah keboringan tahap gila aku keluar nnt...tiba2 sedja aku akan bertungkus lumus menghasilkan coklat sampai berasap oven mamak aku...hehehe...

    ReplyDelete
  2. buat coklat ni ndak perlu guna oven. Yang penting ada peti sejuk. Jadi ndak susah sampai berasap oven mamamu. :-)

    ReplyDelete
  3. Rumah aku ada 3 peti sejuk daging beku...mmmm...buli jd taukeh ni...

    ReplyDelete