Wednesday, 6 November 2013

Pingat

Hari ni 4 November 2013, suami mendapat pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dari Jabatan Penjara Malaysia Sabah. Beliau mula bertugas di Jabatan Penjara Sabah pada 14 Januari 1991. Sudah lebih kurang 22 tahun bertugas di organisasi berkenaan. 



Kebiasaannya, penerima pingat PPS adalah penjawat awam yang bertaraf tetap yang telah bertugas lebih 20 tahun setelah dinilai berdasarkan mutu perkhidmatan yang cemerlang serta memuaskan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan. Penerima juga mestilah tiada rekod tindakan tatatertib dan bebas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Alhamdulillah, setelah lebih 20 tahun berkhidmat, dapat juga pengiktirafan dan nampak juga hasil penat lelah bertugas. Faham-faham ja lah, tugas di jabatan berkenaan bukannya tugas di dalam bilik penghawa dingin (seperti saya sekarang ni...hehe). Tugasnya agak berat, sebab menjaga orang-orang yang bermasaalah. Beliau pernah menyatakan bahawa senang lagi menjaga binatang ternakan di kandang jika dibandingkan dengan tugas menjaga orang-orang salah ni. Apapun  ianya tetap satu amanah yang perlu dilaksanakan. 

Setelah lebih 20 tahun bertugas sebagai seorang penjawat awam beruniform, sebagai seorang isteri (dalam 9 tahun pemerhatian saya), saya dapat lihat kepuasan hati setelah diberikan pengiktirafan ini. Lumrah kita manusia, mungkin bukan pujian yang kita pinta, tetapi hanya pengiktirafan bahawa penat lelah kita selama ini masih lagi diberi perhatian dan dilihat oleh majikan kita. Bagi saya, itu lah sebenarnya kenapa pingat perkhidmatan setia ini diberikan kepada penerimanya. 

Saya, lama lagi mahu mencapai 20 tahun perkhidmatan ni. Mungkin kalau panjang umur, dalam 5 tahun lagi. Apa pun, tahniah kepada semua yang menerima pingat sempena sambutan hari Penjara Sabah yang lepas ok. Kerja rajin-rajin ya, jangan ponteng-ponteng pulak selepas dapat pingat. 

Mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Maal Hijrah, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan dan saudara-mara yang membaca blog ini. Apa azam baru anda semua?     

2 comments:

  1. Terima kasih kerana menghadiahkan saya kek sempena hari lahir sy yang lepas...tiada kata yang dapat diucap..hanya Allah S.W.T yang dpt membalas jasa baik anda itu....oh ya...biasanya jika ada apa2 hajat atau permintaan (azam) sy akan melakukannya semasa solat hari raya..kerana saya biasanya dapat fokus dan yakin bahawa doa2 pada hari istimewa itu akan dimakbulkan...hehehe...jd sepanjang bulan Ramadhan itu bolehlah start memikirkan apa hajat yang anda mahu untuk tahun yang mendatang.....haha..sekalung tahniah kepada anda sekeluarga di atas penganugerahan ini...

    ReplyDelete