Tuesday 10 December 2013

Hari-hari yang bermakna

Lama pulak tidak update blog kan. Semenjak dua menjak ni, terdapat banyak hari-hari yang bermakna dalam kehidupan aku. Sebab tu lah, lama tidak update blog ni. Cuba menghayati hari-hari tersebut dengan lebih bermakna. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk melaluinya bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Pada 27 November 2013 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9. Syukur Alhamdulillah, telah 9 tahun kami hidup bersama mengharungi suka duka, manis pahit perit alam berumahtangga. 9 tahun diibaratkan atau dilambangkan dengan tembikar (US) atau ada juga kata tembaga (UK). Bagi saya 9 tahun, kita sudah cukup faham dengan pasangan kita. Apa yang disukainya, apa yang dibencinya, apa rutin sehariannya dan sebagainya.


Kadang-kadang, bila tengok pasangan kita, kita sudah tahu dia marah kah atau tidak. Tidak perlu lagi kata-kata. Tetapi ada juga masa-masa yang kita tidak tahu, dia suka ka, benci ka atau marah. Bila dia cakap, baru lah tahu kan.... haha itu lah pengalaman suami isteri. Pernah juga saya merenung muka pasangan ku dan berkata-kata di dalam hati, syukur ke hadrat Allah kerana diberikan pasanganku ini, yang mungkin tidak 100% memahami ku tetapi cukup untuk menemani ku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran.


Teringat pada awal perkenalan kami, dia sering memanggilku "mawar" sebab tidak tahu nama ku pada masa tu.  Kawan-kawannya sehingga kini memanggil ku mawar... haha mereka masih tidak tahu nama ku mungkin sehingga kini. Sebab tu semasa bercuti baru-baru ni, sempat lagi saya membeli pokok bunga mawar. Mungkin, itu lah lambang ikatan perhubungan kami sehingga kini.  Tetapi bagi ku, memang aku sukakan bunga mawar atau ros ni. Wangi baunya sungguh mendamaikan. hmmmm warna ni pun warna yang paling saya suka yeay... Cantik kan... hehe


    
Malangnya bunga tersebut ndak sempat mahu kembang sudah dipatahkan. Hmmm Apapun, harap-harap lepas ni dia akan berbunga lagi.... dengan bunga yang lebih cantik dan besar. (saja ja untuk senangkan hati sendiri ni....)

Pada 3 Disember yang baru lepas ni pulak adalah hari ulangtahun kelahiran suamiku. Ngam-ngam kami di Kundasang pada masa tu. Biasanya memang dia ni tidak mahu celebrate. Selalunya saya hanya berikan dia hadiah sahaja. Tetapi tahun ni, dapat bersama di Kundasang sudah pastinya meninggalkan memori yang indah buat kami berdua serta kedua ibu bapa ku. Harapan ku semoga selepas ni, bertambah erat hubungan antara suami ku dan kedua orang tua ku.... Bukan apa.... ala macam cerita P.Ramlee ibu mertuaku lah... Ibu mertua garang tapi baik hati hehehe


Keesokkan harinya pulak iaitu pada 4 Disember 2013 adalah hari ulangtahun perkahwinan kedua ibu bapa ku. Hmmm Belanja bermalam di Kundasang ja lah untuk kedua orang tua ku tu. Celebrate dengan cucu-cucu nya yang nakal. hehe Semoga kedua ibu bapa ku diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi RahmatNya sentiasa.


Ni pertama kali kami cuti-cuti bersama family. Harap di lain kali kami akan diberi lagi peluang untuk cuti-cuti Malaysia bersama dan menikmati hari-hari yang lebih bermakna. 



1 comment:

  1. Yeahhh...best...saya pun suka bercuti meluangkan masa bersama keluarga yang saya slalu anggap sebagai mengumpul kenangan...iyalah sekurang kurangnya ada jugaklah yang diceritakan pada suatu hari nanti....Mmmm...

    ReplyDelete