Thursday, 12 December 2013

Flowers in my heart

There is always flowers in my heart and soul. I love flowers. I am a very soft hearted person. I like to have a lot of flower plants around my house. I like to visit places with flowers all around the places. I like roses and orchids the most, compare to others. I wish that my house will fill with so many flowers. Hahaha  my dream

Looking at flowers is like a therapy to me. I feel relax, happy and excited. Luckily my husband like gardening. Sometimes he helped me to plant the flowers.

Antara koleksi bunga-bungaan yang pernah saya tanam di halaman / kawasan rumah saya. 

   

Mula-mula pindah rumah dulu, banyak jenis bunga raya yang saya tanam. Ada pink, kuning, merah, putih, oren. Macam-macam jenis ada. Tetapi masa tu belum ada lagi camera. Dan handphone pun belum ada yang ada camera. Jadi banyak koleksi bunga-bunga tersebut tidak dapat dirakamkan.  Masa tu lah saya baru tahu yang bunga raya ni hanya berkembang 1 hari ja.  Mula kembang sebelah pagi dan layu pada sebelah petang.Memang teruja kalau ada bunga raya yang berkembang di waktu pagi, kerana ianya hanya dapat dilihat sehari sahaja.


 Satu lagi jenis bunga yang banyak saya tanam sebelum ini adalah orkid. Tapi kebanyakan orkid ni tidak tahan. Mungkin kawasan perumahan kami tu terlalu panas. Ya lah kan, rumah di tepi laut. Jadi, mungkin tidak berapa sesuai untuk tanaman orkid. Walaupun kami suda buatkan rumah-rumah untuk orkid tersebut, tetapi masih juga tidak bertahan lama. Lama kelamaan ianya layu dan mati. Mungkin juga kurang baja.... hehe Orkid liar yang berwarna kuning di atas tu ja yang bertahan sehingga kini. Beranak pinak lagi tu. Sekarang ni ada beberapa pasu sudah.Bunga orkid ni jarang-jarang berbunga. Kalau dapat berbunga setahun sekali pun sudah ok. Kalau cukup baja, boleh berbunga 2 atau 3 kali setahun. Kalau sudah berbunga, ianya tahan dalam seminggu atau seminggu lebih. Saya memang suka tengok bunga orkid ni... cantik macam batik.


Di atas tu semua bunga seri / kembang pagi. Bunga akan kembang sebelah pagi sahaja setiap hari. Petang kuncup, esoknya akan kembang balik. hmmm best tengok kalau banyak2 tanam di halaman rumah. masa masih ada ruang di halaman depan rumah, memang banyak tanam di hadapan. tetapi selepas suda renovate rumah, teda lagi. 

Ni bunga melur. Suka juga bunga ni sebab wangi betul baunya. Kalau malam-malam masa angin sepoi-sepoi bahasa, buka tingkap bilik, memang masuk ke dalam bilik baunya ni....

Ini beberapa pokok-pokok bunga yang terdapat atau pernah terdapat di halaman rumah ku. Ada yang masih ada dan ada yang teda suda. Yang teda bunga pun ada juga ba...

Yang di atas tu ada orang cakap bunga fengshui atau bunga duit. Ada yang cakap kalau nak tahu rezeki kita, tengok berapa lembar daunnya, kalau 7 ke atas kira ok lah tu. Tapi saya tanam untuk suka-suka ja. Tak faham fengshui ni. Tapi, bunga tu terpaksa di tebang sebab renovation juga. Lagi pun akar dia sudah macam ubi kayu besar nya. kalau boleh makan , ok juga, ni tak boleh. Jadi, ditebanglah, tiada lagi ruang untuk menanamnya. Tinggal bunga di bawah tu ja dan satu lagi tu, yang sebelah kiri. Orang cakap bunga kuburan kah tu... hehe

Dan yang terbaru ialah bunga ros dan bunga carnation ku... Syoknya tengok bunga-bunga ni... haha Syok sendiri. Apa ku kisah.... suka hati aku lah kan...

Ok lah tu ja lah, beberapa bunga yang ada di halaman rumah ku... Saya memang penggemar bunga... Bunga oh bunga... :-)

2 comments:

  1. Hahaha...iya..bunga ni mendamaikan jiwa dan menyejukkan hati...saya juga suka bunga....hahahha...dalam hati ada taman ok..heheheh

    ReplyDelete
  2. macam lirik lagu ja tu... apa pun tq. :-)

    ReplyDelete