Monday 22 June 2015

Minyak but but

Pernah dengar dengan burung but but? Minyak but but ni asalnya dari burung but but ni lah. Matanya warna merah, dan dikatakan ianya spisis burung hantu. Di bawah ni ada gambar burung but but ni.




Cerita mengenai burung but but ni saya dengar dari mentua saya. Sekarang ni dia kena angin ahmar atau strok sebahagian badannya sebelah kiri. Dia gunakan minyak but but untuk mengurut badannya yang seakan-akan tiada respon lagi. Untuk mengangkat tangan pun tidak dapat. Alhamdulillah, selepas 5 hari mengurut, dari terlantar di atas katil dan tidak boleh berkata-kata, dia sudah boleh bangun sendiri dan berjalan. Cuma tidak secergas sebelum ini. Apa yang digunakan tukang urut adalah minyak but but ni.




Mentuaku ada menceritakan bahawa asal minyak but but ni adalah dari burung but but tu sendiri. Untuk dapatkan burung but but, cari sarangnya. Di sarangnya tu, cuba lihat kalau ada anak burung but but tu. Kalau ada anak burung but but, maka patahkan kaki anak burung tersebut. Selepas tu letakkan semula anak burung tu di dalam sarang. Pada keesokannya atau tunggu 2 atau 3 hari, kaki anak burung tu akan pulih seperti sedia kala. Di kaki anak burung tu akan terdapat ranting2 kayu atau akar2 kayu. Kayu-kayu tu diambil dan direndam dalam minyak supa. Minyak ni lah yang dipanggil minyak but but tu. Sebenarnya, dapatkan kayu-kayu tu pun sudah memadai. Tetapi ada juga yang mengambil anak burung tu dan disembelih, dibuang bulunya dan dimasukkan sebagai sebahagian ramuan untuk membuat minyak but but tu. Tapi rasa kesian pulak kan. Lebih baik, ambil kayu2 yang berada di kaki anak burung but but tu sahaja. hihi


Apa pun, minyak tu memang berkesan untuk mengubati sakit mentuaku. Untuk kegunaan lain, saya pun kurang pasti, tapi orang kata, buli juga mengubati tulang yang patah atau retak (yang baru), lenguh2 urat dan banyak lagi... Cuba dulu baru tau kot .