Sunday, 15 September 2013

Kursus Pembangunan Video Korporat

Saya telah berpeluang mengikuti kursus pembangunan video korporat pada 9 hingga 13 September 2013 di Makmal IT INSAN di tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Objektif kursus ini adalah untuk memberi para peserta kemahiran dalam membuat atau menyunting video beserta dengan audio serta mengeksport ke media lain. Proses dia memang agak panjang dan lama, namun selama 5 hari kami berkursus masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Kami hanya di ajar secara umum atau basic sahaja. Software yang digunakan untuk membuat video ini adalah dengan menggunakan software adobe primier pro cs4.


Hari Pertama: 

Hari pertama kami belajar bagaimana untuk menghasilkan atau menaip satu skrip untuk tujuan membangunkan sesebuah video atau movie yang baik. Software yang digunakan untuk menaip skrip di beri nama Caltex. Agak mudah juga penggunaan perisian ini. Ini adalah salah satu cara lain untuk menaip skrip selain dari menggunakan "Word". Semasa membuat skrip ni kita tentukan apa penggambaran yang diperlukan samada di lokasi luar atau dalam. Semasa hari pertama kami juga belajar mengenai storyboard. Setiap video mesti ada storyboard. Storyboard penting untuk memberi gambaran jelas mengenai video yang akan dibuat.


Hari Kedua dan Ketiga

Hari Kedua dan ketiga kami belajar mengenai warna, transition, audio dan cara untuk membuat video yang ringkas. Kami sambungkan video-video pendek untuk menjadikannya satu cerita yang menarik. Di bawah ni ada hasil video yang di buat selepas hari ketiga.

(malangnya ada masalah untuk upload video.... cuma dapat bagi link ja, setelah upload di utube  ni link dia:
http://youtu.be/xvuYKUCwgjw )



Hari Ke-4

Selepas hari ketiga, kami sudah boleh membuat video. Beberapa video pendek, termasuk gambar-gambar berkaitan serta skrip dan audio yang telah disediakan oleh penganjur, kami telah membuat jalan cerita kami dan menghasilkan satu video pendek selama 3 - 5 minit. Boleh lah, kalau setakat amateur.



Kalau ada kesempatan, saya akan upload video tersebut. Buat masa ini, ada masalah pulak mau upload video tersebut ke blog ni. Amacam caranya ya.... sudah beberapa kali cuba tapi masih belum berjaya upload... sabar peminat... heheh

semasa upacar penutup

Selepas ini boleh lah buat video untuk ofis kan. Haaa sesiapa yang ada telefon canggih tu (untuk kawan seofis yaaa), atau camera atau videocam, ambil lah video atau gambar banyak-banyak. Boleh kita buat video production lepas ni....




5 comments:

  1. Yeayy..best..nanti ajar saya k..dulu saya ada blajar edit video menggunakan perisian sony vegas..tapi blum habis khatam cikgunya pulak meni***.. hehehe

    ReplyDelete
  2. boleh... insya Allah. senang ja ni. Boleh masuk dalam team untuk buat video untuk ofis nanti.

    ReplyDelete
  3. boleh tahu cara-cara nak buat video korporat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba dapatkan software adobe premier pro dan cuba. Lebih kepada click and drop saja tu.

      Delete