Tuesday, 10 September 2013

Arca Mobail

Tahu arca mobail? saya pun baru tahu arca mobail ni. Itu pun sebab membantu anak saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek seni untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Dalam membantu menyiapkan kerja kursus tersebut, kita pun belajar juga mengenai arca mobail ni. 

Mengikut definisi arca ni bermaksud boleh bergerak sendiri, berputar, berpusing-pusing dan biasanya terawang-awang di siling atau di udara. Ia selalunya digantung atau disangkut di siling. Keindahan arca ini dapat dilihat apabila ianya bergerak-gerak atau berputar-putar. Begitulah, biasanya ia dibuat dari hidupan laut, burung-burung, kupu-kupu dan sebagainya. Arca mobail yang ditugaskan oleh anakku untuk dibuat adalah dari hidupan laut. Tetapi, dia hanya memilih ikan sahaja, dan secara spesifik, ikan nemo. Disuruh lukis 4, dibuatnya 2 sahaja. Sabar ja lah dengan perangai budak seorang ni.

 Apa pun , disebabkan kita risau yang dia tidak dapat siapkan projek tersebut, terpaksalah dibiarkan sahaja. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Mana taknya, cikgunya sampai datang ke rumah untuk dapatkan kerja kursus tersebut. Masa tu, satu apa pun belum di buatnya lagi. Untuk membolehkan dia lulus subjek ni, kena lah juga tolong dia menyiapkan kerjanya. Kemungkinan besar, dia tidak tahu bagaimana untuk membuatnya. Jadi, sebagai ibu bapa, tidak boleh juga kita memarahi dia sahaja, tanpa memberi tunjuk ajar.  Sementara itu semua adik-adiknya juga dikerah untuk membantunya menyiapkan kerja kursus tersebut. Haaa tu lah buat lagi last minit.

Alhamdulillah, siap juga arca mobail tersebut. Mungkin tidaklah secantik seperti contoh-contoh di atas. Tetapi dia berusaha juga membuatnya setelah ditegur dan diarah oleh cikgu yang tidak bertauliah ni. Saya pun, bantu untuk membuat folio nya dan kajian mengenai arca mobail. Begitulah, bila terdesak, ibu bapa juga yang menolong anak-anak menyiapkan kerja sekolah kan. Itu pun budak-budak sekarang macam susah betul hendak berterima kasih kepada ibu bapa. Sayangilah ibu bapa anda......

2 comments:

  1. Budak2 sekarang..sangat advance dengan IT jadi aku berharap suatu hari nnt anak2 ko akan baca blog ni supaya dorang tahu betapa besarnya pengorbanan seseorang individu yang berani untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu...

    ReplyDelete
  2. ya, mudah-mudahan ko pun akan merasa juga jadi ibu ni. hehehe

    ReplyDelete