Tuesday, 17 September 2013

Pengalaman Memancing yang tidak dapat dilupakan

Aktiviti memancing adalah satu aktiviti yang menyeronokkan, jika kita betul-betul minat. Disebabkan saya membesar di kawasan bandar, sekolah di asrama sejak umur 12 tahun dan kemudian melanjutkan pelajaran, saya tidak mempunyai peluang untuk menikmati aktiviti ini sebelum ini. Namun, sejak saya berkahwin saya dapat bersama dengan suami mengikuti dan merasai aktiviti ini. Mentua saya seorang nelayan yang juga pesara kerajaan. Memancing dan memukat adalah aktiviti harian atau kehidupan mereka.

Selalunya aktiviti memancing dan memukat ni dilakukan sebelah malam. Selepas maghrib atau isyak. Pernah suatu ketika, semasa di Kudat, saya ikut pergi memancing. Di dalam perahu tu, ada lebih kurang 10 orang keluarga suami yang ikut serta juga, termasuk mentua perempuan. Mentuaku menyuruhku makan nasi sebelum jalan. Jadi saya pun makanlah dahulu. Tetapi, suami ku pulak katanya masih kenyang, nanti sahaja dia makan. Dia lebih berselera makan di perahu, katanya. Jadi aku bekalkan nasi dan lauk untuk suami. Kami pun pergi lah memancing. Baru beberapa ketika kami mencari tempat untuk menjatuhkan pancing masing-masing,  kepalaku telah terasa pening. Tetapi aku diamkan sahaja.Laut yang bergelora seakan-akan lantai perahu yang beralun-alun dan bergerak-gerak. Aku tidak dapat menahan, ku muntahkan kesemua makanan yang ku makan sebelum kami jalan tadi.

Selepas itu, kepala ku seakan berpusing-pusing. Terpaksa aku duduk di penjuru perahu dan tidak melihat keadaan di sekeliling. Tetapi. keadaan ku masih tetap sama. Aku muntah beberapa kali. Setelah melihat keadaan ku yang semakin teruk, suami ku mengambil keputusan untuk menghantar aku balik ke jambatan. Perahu pun di hidupkan kembali untuk menghantar aku balik ke rumah. Tetapi bukan di hantar di jambatan, sebaliknya hanya di tembok. Aku pun tak kisah, yang penting, aku dapat balik ke rumah. Tidak tahan ku rasa untuk lama-lama di perahu berkenaan. mentuaku menemani dan menghantar aku sampai ke rumah. Mereka kemudian, sambung kembali memancing di laut yang bergelora berkenaan.

Begitulah, pengalaman aku ikut memancing bersama keluarga suamiku. Selepas kejadian tersebut, aku tidak lagi ikut mereka memancing, terutama pada sebelah malam. Tetapi sesekala, pada siang hari, ada juga aku ikut memancing, jika tidak memakan masa yang lama.

2 comments:

  1. Haha mabuk laut rupanya kak kiah kita ni...alamat susahlah juga bawak ko ke kinabatangan ni....fuhh..pasal2 terpaksa angkut ko ke spital pulak..hehehe..

    ReplyDelete
  2. kalau setakat naik perahu tu ok lagi.... tapi kalau sudah berhenti dan beralu-alun serta berombak tu yang bikin pening tu.

    ReplyDelete