Saturday, 7 September 2013

Kejadian suatu petang

Suatu petang apabila dalam perjalanan balik dari pejabat ke rumah, hujan turun dengan lebatnya.Sesampai di rumah aku pun bersiap-siap untuk menyediakan makanan untuk makan malam. Sedang mengupas dan memotong bawang, dari ekor mata, aku dapat melihat ada sesuatu di pintu masuk dapur rumah ku. Jarak aku berdiri dari pintu berkenaan hanya dalam 2 - 3 meter sahaja. Tanpa menoleh ke pintu, dalam hatiku berkata bahawa kucing hitam tu dah datang. Sekejap lagi mesti mengiau-ngiau dan menggesel-gesel di kaki minta makan.  Tapi, beberapa minit berlalu, "kucing" berkenaan tidak mengiau, hanya diam berada di pintu dapur berkenaan. Aku masih memotong bawang tanpa menoleh. 

Seketika kemudian, terniat untuk memanggil "kucing" berkenaan dan memberinya makan. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat di muka pintu dapur berkenaan, bukannya kucing tetapi biawak. "Maaaakkkkkk" mama juga di panggil. hehe walaupun tiada mamaku di rumahku pada masa tu. "Abaaaanggggg" aku panggil suami ku pulak.

Suamiku cuba untuk menghalau biawak tersebut. Namun, biawak tu bukannya keluar ke pintu dapur, tetapi masuk terus ke dapur dan aku yang berdiri di dapur tu terpaksa melompat-lompat kerana ianya menuju ke arah ku. Walaupun hujan masih turun dengan agak lebat di luar, aku rasa sungguh panas, berpeluh-peluh. Perasaan aku pada masa tu, takut, geli, terkejut dan bermacam-macam lagi. Biawak tersebut terus bergerak ke ruang tamu. Anak-anak semua menjerit dan masuk ke dalam bilik masing-masing.

Setelah, dia tidak dapat lari ke mana-mana, suamiku terus menangkap ekornya dan di angkat ke atas. Ia kemudiannya kami lepaskan di parit depan rumah. Mungkin juga ia kelaparan kan, semasa hujan turun dengan agak lebat. Namun nasib juga dia tidak mencederakan sesiapa dan ayam kami di belakang rumah juga tidak di makannya.

"Moral nya: kalau semasa hujan turun, jangan lupa tutup pintu dapur, terutama pada sebelah malam."  






2 comments:

  1. Hehe..Biawak...rupanya..ingatkan hantu tadi...aku terbawak-bawak pada entry post ko sebelum ni..aku pon semasa otw ke Tenom tempoh hari tu pun nyaris2 terlangar sang biawak ni..ingatkan batang kayu..tengah jalan..bila aku sudah begitu hampir tiba2 jak dia meluru ...di laluan aku...aisyeh nasib baik juga tidak laju...teringat org bilang kalo kita terlangar binatang kunun adalah benda ndak bagus tu...aku pun beristigfar jap...dan berdoa semoga semuanya selamat....Allhamdulillah semuanya ok pastu..itu pun sebab beliau kesayangan aku sound aku supaya hati2 memandu. ...hehehe...biawak..biawak...hehe

    ReplyDelete
  2. hantu biawak hehe ba, kalau memandu tu jangan laju-laju.

    ReplyDelete