Sunday, 15 September 2013

100 Tahun Pendaftaran Harta Intelek di Malaysia 1913 -2013

Pada hari Khamis, 5 September 2013 yang lepas saya dan empat orang lagi kawan sepejabat telah berpeluang mengikuti satu seminar mengenai kesedaran harta intelek di Magellan Sutera, Kota Kinabalu. Ini kali ke2 saya mengikuti seminar berkaitan harta intelek, sejak saya berada di SaBC. Peserta kali ini agak ramai juga, mungkin dalam 500 orang (semasa majlis pembukaan atau perasmian). Namun dari muka-muka peserta berkenaan, saya dapati, tidak ramai muka-muka yang biasa saya kenali. Mungkin ramai dari jabatan-jabatan persekutuan. 


Acara dimulakan agak lewat, dekat jam 10 pagi di mana Ketua Menteri Sabah, YAB Datu Seri Panglima Musa Hj. Aman yang merasmikan. Kami tertanya-tanya kenapa kita menyambut 100 tahun pendaftaran harta intelek di Malaysia, sedangkan usia negara Malaysia sendiri baru 56 tahun dan Sabah di dalam Malaysia juga baru 50 tahun. Rupa-rupanya Sabah atau pada masa itu Borneo Utara telah dulu mendaftarkan harta intelek pada tahun 1913.
Lebih tepat lagi, pada 29 mac 1913, pendaftaran pertama Cap Dagangan di Malaysia dilakukan oleh sebuah syarikat yang berasal dari Negara Italy iaitu Madiano Industrie Cartotecniche Societa per Azioni yang menjalankan perniagaan berasaskan tembakau (cigarette paper). Ianya didaftarkan di Sabah atau Borneo Utara pada masa itu. 

3 dara pingitan
 
Cap dagangan ini penting untuk didaftarkan terutama jika kita salah seorang ahli perniagaan. Ia menunjukkan barangan tersebut adalah hak kita dan tiada orang yang boleh meniru atau mengambilnya. Penerangan yang diberi oleh penceramah-penceramah mengenai cap dangan, petunjuk geografi fan rekabentuk perindustrian sangant padat dan terperinci dan mudah difahami. Syabas kepada pihak penganjur. Cuma yang sedihnya, bila selepas acara perasmian dan makan tenghari, para peserta semakin kurang. Mungkin pihak penganjur perlu menjemput ahli-ahli perniagaan dan bukan sahaja tertumpu kepada orang-orang kerajaan. 

ni penceramah... tapi bukan mau tunjuk penceramah pun, cuma kahu ambil gambar jam hehehe

2 comments:

  1. Bilalah dpt beli jam tissot spot yang aku minat tu..???..mmmm..

    ReplyDelete
  2. Boleh bah tu... insya Allah. kena jimat, kurangkan makan dan kurangkan jalan-jalan hehe

    ReplyDelete