Wednesday, 25 September 2013

Pertama kali ikut memukat

Semua perkara mesti ada pengalaman kali pertama kan. Pengalaman semasa pertama kali tu lah yang akan selalu kita ingat dan kenang sampai bila-bila. Samada ianya pengalaman manis, masam, pahit dan masin.... hehe Sebelum ini ada aku ceritakan pengalaman memancing dalam perahu kan. Itu pengalaman memancing yang memang tidak dapat aku lupakan. Selepas itu macam fobia mau naik perahu. Ni kali mahu kasi cerita pengalaman ikut keluarga suamiku pergi memukat pulak.

Aktiviti memukat memang telah menjadi aktiviti yang biasa dilakukan oleh keluarga suamiku, memandangkan mentuaku adalah nelayan separuh masa dimana beliau juga bekerja sebagai jurumudi di JPS sebelum bersara wajib. Dari kecil suamiku memang sentiasa ikut ibu bapanya memukat. Ianya menjadi hobi yang sukar untuk ditinggalkan sehingga kini. Aku pulak, inilah pertama kali aku ikut mereka memukat. 

Kami menaiki perahu yang memuatkan lebih 10 orang. Ipar-ipar dan anak-anak buah suamiku juga ikut serta. Kami menuju ke tepi pantai di pulau berhampiran. Perjalan mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit sahaja. Sesampai di tepi pantai berkenaan, air laut surut. Kami terpaksa tinggalkan perahu jauh sikit dari tepi pantai agar perahu berkenaan tidak ketuhuran, dan masih dapat bergerak. Sauh atau pemberat diturunkan. Suamiku dan iparnya akan memukat ikan di situ. Kami pulak yang lainnya akan mencari selisip atau siput-siput yang terdapat di pesisir pantai berkenaan.

Bersama-sama dengan anak-anak buah, kami pun mencarilah selisip di pantai tersebut. Berjalan di atas pasir "berkaki ayam" di pulau berkenaan memang amat mendamaikan. Sambil tu, kami menguis-nguis pasir mencari selisip dan siput. Menguis-nguis bukan dengan kayu, tetapi dengan tangan atau jari jemari.... Tiba-tiba aku ternampak seperti buih-buih kecil. Dalam hatiku mesti ada sesuatu ni, ndak pun mungkin ada siput besar. Aku pun terus lah menguis tempat berkenaan. Tiba-tiba aku menjerit dengan amat kuat sekali "Mak!!!" semua yang lain berkejar ke tempat aku. Ketam tu masih lagi mengetap atau mengepit jariku. Air mata mengalir keluar dari mataku. Mentuaku cepat-cepat melepaskan ketam tersebut dari jariku dan mengasingkannya dari hasil tangkapan yang lain. Tidak dapat ku bayangkan kesakitannya selepas dilepaskan kepitan ketam berkenaan. Itulah kali pertama dalam hidupku aku dikepit ketam. Rasanya sungguh dan amat sakit sekali. Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan kesakitan tersebut.

Ni ketam yang dapat di pesisir pantai Putatan. Ketam yang mengepit tanganku macam ketam yg paling besar tu di atas.


Sebenarnya, kesilapan dari diri ku sendiri juga, sepatutnya aku menggunakan kayu untuk menguis mencari selisip berkenaan. Tetapi, aku yang nak tunjuk hero ni, hanya menggunakan tangan dan jari ku sahaja. Sesampai kami di rumah, mentuaku merebus ketam berkenaan, dan disuruhnya aku makan ketam tersebut. Balas dendam katanya haha... hehe

Itulah pengalaman semasa pertama kali aku ikut suamiku memukat. Banyak juga ikan, ketam, siput dan selisip yang kami dapat. Tetapi semua itu tidak bermakna sebab kesakitan tanganku masih terasa beberapa hari.

2 comments:

  1. Hahaha..sungguh berani.....wooo...nasib baik pakai jari...kalo pakai hidung. ...??? Nnt bolehlah daftar sebagai peserta program fear factors. ..hehehe

    ReplyDelete
  2. ya memang lah berani....hehehe kalau pakai hidung, mancung lah hidung aku nanti haha

    ReplyDelete