Friday, 30 August 2013

Bendera Jalur Gemilang

Bilakah nama Jalur Gemilang digunakan untuk bendera Malaysia? hehe soalan cepumas. Haaa Nama Jalur Gemilang digunakan untuk Bendera Malaysia sejak sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 40 yang telah dilancarkan pada 31 Ogos 1997.

Sudah mengibarkan jalur gemilang di kereta, di rumah dan di pejabat? Kepada sesiapa yang belum lagi mengibarkan bendera jalur gemilang tu.... ha cepat-cepat lah kibarkan. Bukan susah pun, tak pun mahal sangat mau beli bendera tu. Boleh dapat free lagi.

Pagi ni, saya lambat sikit datang ke pejabat. Sesampai di jalan Teluk Likas, kereta berderet, jem. Dalam hati, ada sekatan jalan ka ni? Malam ni, malam kemerdekaan kan. Ndak lama lepas tu limpas pulak kereta peronda polis dan anggota RELA. hmmm mesti ada sekatan jalan ni. Cek, dulu lesen memandu, ada ka tidak dalam beg hehe, baru mau cek. Walau perlahan, tetapi kereta tetap bergerak. Tidak lama kemudian, nampak banyak kereta yang di pasang bendera di letak di siring-siring jalan dan terdapat ramai juga orang yang memegang bendera berada di tepi jalan dan di tengah-tengah jalan.

oooo rupa-rupanya, diaorang mengagihkan bendera kepada pemandu kereta sambil yang lain melekatkan bendera kepada kereta tersebut. Aku tengok kereta yang berderet di hadapan ku, di belakang dan di lorong sebelah, semuanya tiada di pasang bendera, termasuklah kereta ku sendiri. Malu juga ni, padahal, suda balik-balik di ulang di radio suruh pasang bendera di kereta, di rumah dan di pejabat. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas tersebut yang telah memberiku bendera.

Walaupun begitu, ada juga insan-insan yang tidak menghargai dan menghormati bendera tersebut. Salah satu kenderaan yang berada di hadapan ku misalnya, telah membuang bendera negeri Sabah tersebut setelah melimpasi petugas-petugas yang mengagihkan bendera. Sakit juga hati ku bila melihat perkara tersebut berlaku di hadapan mataku. Kalau pun tak mahu di pasang bendera tu, simpan ja lah, janganlah di buang di tengah-tengah jalan.



Memang hari tu (seminggu yang lepas) suamiku sudah membeli bendera, tetapi untuk di pasang di rumah sahaja. Setiap tahun, begitulah bersemangat dan patriotiknya dia bila masuk bulan Ogos. Seawal bulan Ogos, itulah tugas dan aktivitinya di rumah. Menghias rumah kami dengan bendera.

 

Jadi, sanak saudara dan sahabat handai di luar sana, jika masih belum mengibarkan bendera tu, marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan negeri dan negara kita pada tahun ini dengan mengibarkan bendera jalur gemilang dan bendera negeri Sabah di kereta, rumah dan pejabat kita. Salam hari kemerdekaan untuk semua pembaca.    

No comments:

Post a Comment