Saturday, 10 August 2013

Satu hari di bulan Ramadhan

Ramadhan masuk hari ke 18 dah (pada hari yang ingin aku ceritakan ni). Suasana hari Raya juga semakin terasa. Di sana sini kelihatan orang ramai membeli baju-baju raya serta pelbagai persiapan untuk hari raya. Lebih-lebih lagi bila sudah musim gaji. Berduyun-duyunlah orang ke shopping complex. Tidak terkecuali juga kami sekeluarga. 

Anak-anak dah bersiap sedia mencari baju kesukaan masing-masing. Selalunya begitulah, 2 orang anak perempuan ni kami belikan baju yang dah siap ja. Anak yang lelaki pun begitu juga, beli baju yang dah siap ja. Yang 3 orang lagi yang sudah besar panjang, sudah hantar lebih awal lagi kain mereka untuk tempahan jahit baju raya. Bila beli baju yang dah siap, ha, bersiap sedia lah dengan ongkos yang mencukupi. Sebab, selalunya, mereka ni "high taste" juga. hehe Harga baju aku sendiri pun tak pernah semahal pilihan mereka ni. Tetapi, kalau memang ada duit lebih tu, kira sedekah lah pada mereka, untuk menggembirakan hati mereka kan. Bukan kah begitu? Bukan juga duit tu di bawa mati kan, lebih baik di sedekahkan. Jadi, tak apa lah jika baju pilihan mereka tu, rasa-rasanya mahal juga lah, kita niat ja sedekahkan kepada anak-anak supaya mereka rasa gembira di hari yang mulia ni kan.

Mengenai hal anak-anak ni, tak lah juga kita pening memikirkannya. Asalkan mereka dapat baju dan kasut pilihan hati mereka, mereka suda cukup happy. Kita pun, tak lah perlu risau sangat. Yang pening sikit memikirkan ialah si bapa anak-anak ni. Di kala anak-anak mencari baju mereka, dia pun nak mencari peralatan kerjanya. Walaupun peralatan pekerjaannya, memang disediakan oleh majikan, tetapi, sejak dipindahkan ke bahagian baru ni, ada perlatan yang tidak mencukupi. Terpaksalah beli sendiri dulu, kemudian, claim. 

Kami pun mencarilah kedai menjual peralatan tersebut. Kawannya menyebut di Asia City. Asia City mana pulak? Bukan kah sana tempat bazaar Ramadhan? macamana nak cari kedai tu? Beberapa kali kami pusing asia city tak juga jumpa kedai tersebut. Tak puas hati kami pun turun dari kereta, dan mencari pulak dengan berjalan kaki. Bila tak jumpa, kami pun give up lah. Kami cari di kedai lain pulak, di karamunsing. Bila di karamunsing, jumpa kedai yang menjual peralatan tersebut, peralatan tu pulak tiada. Marahlah si bapa ni. hatinya pun tak senang. Bad mood ja. Memandang, anak-anak nak membeli baju-baju mereka, didahulukan lah anak-anak dulu. Terpaksalah si bapa, menahan hati yang gundah gulana, untuk mencari peralatannya.  Akur dengan kehendak anak-anak.

Namun, dalam rela keterpaksaan, perasaan begitu sensitif. Semasa berbuka puasa, 4 ketul ayam KFC boleh habis!! Kalau hati tidak tenteram begitulah kan. Di rumah pun, dia diam ja. Begitulah sepanjang malam, tiada sepatah pun perkataan yang keluar. Aku pulak terlalu banyak lagi perkara yang perlu di fikirkan. Malam tu kena juga buat kek tempahan orang untuk di hantar esok pagi. Masak untuk sahur lagi supaya tak kelam kabut awal-awal keesokan pagi nya. Walaupun badan terasa sangat penat kerana telah seharian berjalan, ku gagahkan juga membuat kek yang telah awal ditempah. Setelah siap memasak base untuk kek batik, sementara menunggu sejuk, tidur lah dulu sekejap, dan akan bangun balik jam 3 untuk bersahur. Bila hendak tidur, ku lihat si bapa belum lagi tidur, membaca. Memandangkan aku terlalu penat, ku biar kan ja. Dia pun mengatakan yang hendak menonton TV dan keluar.

Jam 2 pagi, bila terjaga, ku dapati si bapa belum juga tidur lagi. Sambil baring di hadapan TV, tidur-tidur ayam. Aku terus panaskan lauk untuk bersahur. Kemudian, ku tanya si bapa kenapa tidur depan TV? Dia hanya katakan " di mana kedai tu ahh"? Aku terus tersentak dan terkejut. Dia tak dapat tidur kerana corta tu? Sedangkan aku, sudah terlupa perkara tu dek sibuk dengan hal anak-anak dan kek. Baru lah ku sedar, aku tidak prihatin pulak dengan kehendaknya. "Esok pagi kita cari lah k, cari sampai dapat." Ku cuba memujuk nya.  Semasa sahur, dia katakan lagi, dia mesti dapatkan corta tu, sebab anak-anak buahnya semua dah ada. hmmm dalam hati, esok kena mesti tolong dapatkan juga. Kalau tak, esok malam pun tak dapat tidur ni... Lebih teruk ni, dari anak yang tak dapat baju raya. Begitulah, esoknya, ku pastikan, dia dapat apa yang diingininya. Kami mencari semula di asia city, tetapi, masih tidak jumpa kedai tersebut. Nasib baik, jumpa juga di Wisma Merdeka. 

 

3 comments:

  1. bila baca entry post ko ni..bersyukur aku sampai sekarang masih membujang kalo tidak .....ntahlah tidak dapat dibayangkan..heheh..taulah syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami kan..lagipun usia perkahwinan ko pun sudah melepasi zon kritikal > 5 tahun means korang dah masak dengan perangai masing2..bah semoga berbahagia la....k..

    ReplyDelete
  2. Hehehe itu lah kemanisan berumahtangga, kenapa pulak mahu takut sampai masih membujang hehe mungkin nanti satu hari kita pulak yang mahu jam tissot yang mahal tu, boleh lah dia sama-sama simpan duit untuk belikan untuk kita pulak.

    ReplyDelete
  3. Kebahagiaan dalam rumahtangga adalah menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan masing2. .urusan jodoh adalah kerja Allah S.W.T..hehehe

    ReplyDelete