Sunday 21 July 2013

Kerepek Sukun

Tahu buah sukun? Pernah tak makan buah sukun? Sesapa yang tak pernah makan buah sukun tu, ha rugi lah tak pernah menikmati salah satu lagi nikmat dunia. hehe Pokok sukun ni, tinggi kalau sudah matang. Bila pokoknya tinggi, jadi buah-buahnya pun tinggi-tinggi lah kan. Daunnya besar-besar. Buahnya juga besar macam buah kelapa. 

Selalunya buah sukun ni, boleh juga di buat sayur masak lemak kalau buahnya tu belum matang. Kalau cukup matang, selalunya di goreng begitu sahaja ataupun digoreng dengan tepung (macam goreng pisang tu). Kalau sudah terlebih masak, boleh pulak di buat jemput-jemput. Kalau terlebih masak, rasanya manis-manis sikit. Memang sedap dibuat jemput-jemput.  Tak perlu letak gula.

Selain dari yang disenaraikan di atas, buah sukun ni boleh juga di buat kerepek. Selalunya kalau nak di buat kerepek, kenalah parut sukun tu nipis-nipis. Kerja memarut ni, nampak ja senang, tapi kalau buat, susah juga. Kalau parut tidak sekata, tidak lah cantik. Nampak hancur. Kalau silap sikit, boleh patah pemarut tu. Jadi, untuk memarut sukun ni, mesti ada skil. 

Kerepek sukun ni, sedap di makan di depan TV. Kalau makan ja, tak sedar dah habis....

Dirumah mak, ada 2 ja pokok sukun ni. Tapi buahnya ni bermusim. Kalau musim buah sukun, sampai kepuasan makan buah ni. Sebab, sekali berbuah, buahnya memang banyak. Sebelum ni, kalau musim buah sukun, kami akan memberi kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Tetapi, sejak mak membuat kerepek sukun ni, kami pun mulalah menjual kerepek berkenaan. Setakat ni, ada lah sikit-sikit hasil sukun tu. Sesapa yang berminat nak mengorder kerepek sukun ni, ha, jangan segan, jangan malu, bagi tahu ja bila-bila k. 


Oh ya, ada satu lagi yang selalu mak buat dari sukun ni.... iaitu puding sukun. Setakat ni, belum ada gambarnya, nantilah kalau sudah ada gambar saya akan upload. Puding sukun ni pun kalau nak order, boleh juga, bagi tahu ja. Sesapa yang tak pernah rasa ni, memang sedap, sampai menjilat jari...hehe Semasa bulan Ramadhan ni, kalau mak sihat, mak akan buat, dan adik saya menjualnya di bazaar Ramadhan di Kepayan. Sesapa yang nak rasa, yang malu nak order, boleh cari kat sana k.

4 comments:

  1. Saya suka sukun rebus...sedap rasanya macam makan ubi keladi (yam)..nnt saya order k..

    ReplyDelete
  2. Ya sukun rebus.... letak kelapa. ssedap

    ReplyDelete
  3. Saya nak order kerepek sukun. Ada lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Lama tak tengok blog. Musim buah sukun baru abis. Tapi, boleh diusahakan kalau betul-betul nak. Bagi details di inbox saya ya, mimiekhamis27@gmail.com dan berapa banyak nak. Terima kasih

      Delete