Saturday, 6 July 2013

Mati itu pasti

Kita sedia maklum, mati itu adalah pasti bagi semua makhluk di dunia ini. Dalam surah al-A'raaf ayat 34 "Tiap-tiap yang mempunyai jiwa pasti akan merasakan kematian". 

Mulanya aku dikejutkan dengan kematian pangkat mak cik ku. Tidak tahu pun dia ada sakit sebelum ni. Tetiba ja, adikku memberitahu bahawa dia telah pergi untuk selama-lamanya. Apabila di tanya sakit apa, mak ku hanya cakap, sakit darah tinggi. Ada darah beku di otaknya. Begitulah, sakit itu hanya penyebab kematian.

Kemudian aku dikejutkan lagi dengan pemergian salah seorang ketua di pejabat utama kami. Pemergiannya disebabkan oleh sakit kanser payu dara. Sudah lebih kurang 3 tahun lebih dia melawan penyakitnya itu. Tetapi Allah lebih sayangkan dia.

Belum lagi kami putus menceritakan mengenai ketua kami, aku dikejutkan lagi dengan pemergian seorang lagi kenalan yang banyak menyumbang kepada ilmu astronomi di Sabah. Seorang yang begitu rendah diri dan tidak sombong, yang banyak menghabiskan masa mendidik belia-belia dan pelajar-pelajar mengenai bintang dan planet di langit. Sabah kehilangan satu bintang yang sedang berkilau.

Begitulah kan, mereka semua telah selamat pergi ke alam akhirat. Kita yang masih di sini, entah bila pulak masa kita. Semoga kita semua telah bersiap sedia dengan bekalan kita untuk ke alam tersebut. Jika belum, maka, bersiaplah.

2 comments:

  1. Mmmm...insaf aku..aku pun baru balik dari bersihkan kuburan nenek sblh mak aku...sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan bersihkan tanah perkuburan apabila menjelang ramadhan dan akan datang kembali semasa Hari Raya nanti..Allhamdulillah dapatlah aku sedekahkan bacaan surah Yassin dan Al fatihah buat orang kesayangan kita yang sudah mendahului ....ya btul Mati tu pasti. .dan perlu kita sediakan bekalan buat perjalanan kita seterusnya....aku harap bila aku sudah tiada nanti akan ada saudara mara..sahabat dan rakan taulan yang sudi membacakan doa untuk aku kelak.....mmmm...apa perasaan orang dalam kubur tu aaa....ntahlah..Allah lebih mengetahui...harap2 semua oklah kan..hehe..

    ReplyDelete
  2. ya, sama-samalah kita membacakan al fatihah untuk yang sudah pergi buat selama-lamanya. Insya Allah sama-sama lah kita mendoakan sesama kita. Kau doa utk aku dan aku doa utk kau... ok... :-)

    ReplyDelete