Tahu bubur lambuk? Di Sabah, bubur lambuk ndak berapa famos. Ada tu memang ada lah. Tapi tidak lah macam di Semenanjung. Walaupun begitu, ianya semakin dikenali dan disukai juga. Aku memang suka juga makan bubur lambuk ni. Mungkin sebab ada rempah ratus yang dicampur dalam bubur tersebut. hmmm ok lah. Dulu semasa di Semenanjung, selalu juga makan bubur lambuk ni. ye lah kan, selalunya, dibahagi-bahagi di masjid semasa iftar atau murih.
Kelmarin, semasa hendak balik ke rumah selepas waktu Asar, limpas di hadapan masjid melihat anak bulan, Masjid Al-Hilal Tg Dumpil, ada beberapa budak sedang mengagihkan bubur lambuk. Ingatkan apa yang diagihkan sebabnya, budak-budak tu melambai-lambai agar kereta yang lalu lalang di situ berhenti, agar membolehkan mereka memberi bubur tersebut. Bila limpas ja, ingatkan tak mahu berhenti, tetapi, bila tengok diaorang agihkan bubur lambuk, saya pun berhenti lah juga. Budak tu berlari-lari memberikan bubur lambuk tersebut. Alhamdulillah. Dah lama juga tak makan bubur lambuk. Dapat lah berbuka puasa dengan bubur lambuk kemarin.
Di rumah, suami memang tak berapa suka dengan bubur atau bubur nasi. Jadi, saya dan seorang anak saya sahaja yang habiskan bubur lambuk tersebut. Kalau ada daging dalam bubur lambuk tu lagi sedap.... hehe
ok lah itu ja nak beritahu pasal bubur lambuk ni. Tapi kalau makan bubur ja semasa berbuka dan sahur pun makan bubur lambuk juga... ha, nanti tak bermaya pulak. Kena lah juga makan nasi kalau nak elak rasa lapar masa berpuasa ya. Ok, selamat berpuasa kawan-kawan dan selamat berbuka puasa.
Saya suka bubur lambuk...hari sabtu lepas sudah saya beli di bazzar ramadhan..nampak jak bubur lambuk terus beli..sudah la time tu hujan lebat..kakak india yang jual tu mmg baik hati cedukkan saya yang baru biar panas2 katanya..hehehe...sedap sehhh.....tapi kalo dapat yang free lagi la sedap..hehe..
ReplyDeleteYa, makanan yang paling sedap di dunia ialah makanan free haha
ReplyDeletePada sabtu dan ahad lepas aku mengambil kesempatan ke bazar ramadhan untuk mencari bubur lambuk tempoh hari...; lama aku tunggu siap buat tawaf 2, 3 kali lagi manatau kakak tu pindah tempat; aku obatkan hati mungkin esok (ahad) kakak tu akan datang....esoknya aku datang awal sket dari hari sebelumnya..mmmm..hampa..inilah nasib perindu bubur lambuk....Waaa walaupun tidak dapat merasa bubur lambuk aku cuba mencari hikmah tuhan dari apa yang berlaku..(banyak yang aku fikirkan; tidak boleh cerita sini).."mungkin aku kena masak sendiri la, bila lagi mau try kebolehan aku"..hehehe
ReplyDeleteba bila lagi kau mahu masak ni? dari bergedil dan kek pisang.... belum lagi aku merasa masakan kau ni.
ReplyDelete