Tuesday, 2 July 2013

Ramadhan menjelang

Ramadhan kian hampir. Bulan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan penuh barakah. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, "Syaaban adalah bulan ku, dan Ramadhan adalah bulan umatku".

Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

 
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Ya Allah, tetapkan lah aku dalam iman. Semoga aku dapat menyempurnakan puasa dan amalan-amalan di atas dengan baik pada tahun ini dan seterusnya pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah, Amin. 

Menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelang, selang beberapa hari lagi ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua atas kesalahan-kesalahan yang sengaja dan yang tidak sengaja saya lakukan. Selamat berpuasa.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aik... kenapa delete comment ustazah? hehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha...sebab terlampau terharu aku membaca hasil coretan aku sendiri berkenaan Ramadhan..haha..semasa menulis reply ni saya baru balik dari melihat kelip2 di kampung kuantan..mmg cantik ....sayangnya kamera yg dilengkapi infrared ndak akan dpt capture cahaya kelip2 tu..maksudnya memang kena dtg sini la kalo mo tinguk kelip2 ni...mmmm...hebat.

    ReplyDelete