Wednesday 10 July 2013

Puasa di bulan Ramadhan

Syukur Alhamdulillah, kerana Tuhan masih menemukan aku dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini. Amacam semua kawan-kawan, puasa tak hari ni? Semoga kita akan dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dengan penuh keimanan. Walaupun dari kemarin, selsema dan seperti hendak demam, ku gagahkan juga untuk menunaikan sembahyang terawih dan seterusnya berpuasa untuk hari yang pertama hari ini. Semoga dipermudahkan. 

Teringat semasa puasa di asrama. Selalunya puasa di asrama ni pack sudah aktiviti. Sebelum Subuh, kena turun makan sahur. kawan-kawan lain ada yang malas mau bersahur. Tapi, aku cuba sedaya upaya untuk bangun sahur. kalau tak, seharian rasa penat ja, sebab banyak aktiviti kalau di sekolah asrama ni, walaupun bulan puasa. Kalau sebelah petang selepas sekolah dan selepas asar akan ada tadarus Al-Quran. Baca bergilir-gilir ikut masa yang ditentukan dan ada partner lagi tu. Jadi, salah silap kita baca, partner kita akan betulkan. Kalau berbuka puasa, semua kasi set dulu di atas meja. Makanan memang sudah siap di masak. Masing-masing ambil makanan siap-siap sebelum sama-sama berbuka. Selepas berbuka, semua gi sembahyang terawih di dewan besar. Di sinilah aku belajar bagaimana untuk sembahyang terawih.

Semasa di perantauan pulak, suasana berpuasanya agak berbeza. ye lah kan, orang omputih mana ada berpuasa. Ke kelas, kami perlu berjalan lebih kurang 15 - 20 minit. Kelas pulak ada yang di atas bukit. Kalau kelas sampai ke petang, stay ja lah di kawasan Uni. Tapi kalau kelas cuma ada satu atau dua ja....ha, dapat lah balik rumah. Di rumah kami bergilir-gilir masak. Tapi kalau bulan puasa, kalau masa terluang, kami semua join masak. berbuka puasa dengan semua seisi rumah, walaupun makanannya sederhana, tetapi cukup bermakna. Selepas berbuka, kami akan sembahyang terawih bersama. Di sinilah aku belajar sembahyang terawih secara sendirian. Kadang-kadang, kalau ada kenderaan, kami akan ke islamic centre, masjid kami di sana. 

Begitulah, suasana berpuasa bersama rakan-rakan berbeza dengan keluarga. Bersama rakan-rakan, semuanya sederhana. Kalau bersama keluarga, berbagai jenis juadah ada. Masing-masing membeli makanan sendiri. Mak pulak akan masak juga. Kadang-kadang dengan bubur kacang. Bukan juga hendak membazir tetapi, begitulah, mungkin rezeki bulan puasa. Cakap saja mahu makan apa, esok, mak akan masak... haa best kan. Kalau ndak masak pun, sekarang ni dah kahwin, cari ja di bazaar ramadhan. Mesti ada tu.

Apa pun, semasa bulan ramadhan ni, walau banyak manapun makanan, jangan lupa beribadat ok. Itu yang penting. Sembahyang terawih jangan lupa. dan berusahalah untuk khatam al-Quraan dalam bulan Ramadhan ini. Serta, banyakkan lah bersedekah, terutama kepada yang tidak mampu. insya Allah.

2 comments:

  1. Bulan ramadhan...sangat indah dan penuh keberkatan...masa nilah saya berusaha untuk balik awal untuk duduk bersama keluarga berbuka puasa....bulan ni jugak doa sangat makbul...ingatkah saya ceritakan ttg saya mimpi terbang di di udara tu.....sangat seronok dan harap akan mimpi2 dan dapat pengalaman yang super best lagi ramadhan tahun ni dan akan datang jugak..insyaAllah. ..jom rebut peluang ni k...

    ReplyDelete
  2. Nak lah juga mimpi terbang...hehe macam israk mikraj ja...berbuka puasa bersama keluarga adalah yang paling best. Bah jom lah rebut peluang.

    ReplyDelete