Ini isu yang berat ni untuk suri rumah - suri rumah... haha Untuk suri rumah sahaja ya... Bila masa mau dekat raya, isu ini lah yang sering timbul. Tahun ini tukar langsir baru? hehe kepada suri rumah, pernah kena tanya soalan tu? hmmm tadi dah kena tanya soalan tu. Selepas menjawab yang tahun ini tak nak tukar langsir baru.... dalam hati, masih ok kah langsir tu ahh? patutkah tukar? hmmm fikir 2 - 3 kali pulak, samada patut kah tidak mahu tukar langsir.
Memang langsir tu lah yang dipakai selama setahun. Kalau tak tukar, kena lah cuci biar nampak cantik macam baru ye tak? Tadi di rumah mak, mak mengeluh, langsir tak di cuci lagi. Dia pulak lenguh-lenguh kaki dan tak dapat berdiri lama. Mak ingat nak buat langsir baru, tapi, sempatkah kalau sudah puasa ni nak buat langsir baru? Kalau sebelum puasa mungkin sempat lagi nak tempah. Mahu tidak mahu terpaksalah cuci ja langsir kan. Bapa yang ada di situ ketika itu hanya menyatakan, tak perlulah cuci, biar ja. Raya, orang datang bukan tengok pun langsir tu.... hehe begitulah kan lelaki tidak ambil berat mengenai perkara-perkara ni.
Tetapi, sebagai perempuan, kita rasa malu juga kalau orang datang rumah, langsir kita berabuk-abuk tak bercuci, sudahlah tidak bertukar. Sebab tu lah saya katakan di atas tadi, isu langsir ni, isu besar ni. hehe Nak menyuci langsir, satu hal pulak. Kalau langsir jenis kain cotton, ok lah, ringan ja, senang cuci, Tetapi kalau jenis kain yang berat, aduh mak, lenguh jugak pinggang walaupun mesin yang mencuci.
Bagi yang belum ada rumah dan tangga tu senang lah. Tak perlu nak fikir pasal langsir ni. Langsir oh langsir, patutkah aku tukar kau dengan yang baru? hehehe ada dermawan yang mahu sponsor?
iyakah orang bujang tidak perlu pikir pasal langsir??..ahh..aku rasa pada bulan puasa nilah masa idea-idea kreatif akan muncul..mungkin sebabnya kita ada banyak masa yang terluang...kadang saya fikir mungkin dapur gas, rice cooker, sudu, pisau, chopping board, garfu dll mengucapkan ribuan terima kasih sebab benarkan dia berehat sama halnya macam digestion system kita...tu la aku selalu tersengeh sorang sorang tanda ucapkan "sama-sama" kepada *mereka2 ini...walaupun pun petang bz balik la kat dapur.
ReplyDeleteAku pun malas la komen pasal langsir melangsir ni..ko pun cakap org bujang tau apa pasal langsir??..hehehe..kononnya merajuk la ni...
Aku cuma mo bagitau bulan Ramadhan ni la kita akan ada masa untuk mengelap tingkap ruang tamu rumah..mengelap almari..menyusun perhiasan..dll..sambil jeling jam dinding apsal lambat pulak jam ni bergerak..heheh..pastu pulak masa bulan ramadhan jugaklah paling seronok tidur...rasa btul2 rileks...uihh..nikmat tidur..pahala pun dapat..Allhamdulillah.
Baiklah..janganlah disusah-susahkan pasal langsir ni..jika ada rezeki lebih belilah yang baru *ready made pun ada..jika budget kurang mengizinkan..pakai saja yang lama...cuci2 skit oklah tu...pasal sponsor tu ndak taulah aku menjawab..nantilah aku calling2 dulu abang Najib k.
Betul kah kau ada mengelap tingkap, mengelap almari dan menyusun perhiasan ni? Macam ndak percaya. Mungkin tidur ja tu. Ya, walaupun tidur tu pahala, tapi ndak kan lepas sahur tidur sampai waktu penghujung Asar... hehe ada ka tu ahhh? Hari ni aku ndak dapat tidur siang lah. Sibuk mengemas sambil tengok tv dan baca buku cerita kau tu. Harap esok aku bangun sahur. Semalam dek kerana seorang ja, hampir terlepas sahur, sempat minum air dan makan ban ja...
ReplyDelete