Sunday, 6 October 2013

Bengkel Penyediaan dan Penulisan Laporan

Minggu lepas, saya baru sahaja menghadiri bengkel di atas pada 23 - 24 September 2013 di Hotel Horizon, Kota Kinabalu. Ni pertama kali saya menghadiri kursus di tempat berkenaan. Boleh tahan juga hotel dia. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan kami sendiri. Tetapi hanya 2 orang yang diberikan nama untuk menghadiri bengkel ini iaitu kawan sebilik saya Honey dan saya sendiri.

Hari pertama, kawan saya Honey, lambat sikit datang. Saya yang datang dalam jam 8 pun mendapati, meja-meja di belakang telah diduduki peserta. Maka, saya memilih meja yang paling hadapan sekali. Selepas itu Alijah pun duduk sesama kami di meja hadapan. Memandangkan kami hanya 3 orang sahaja, untuk aktiviti-aktivit seterusnya terpaksa kami bergabung dengan meja di belakang. Last-last kami pun join lah meja di belakang.

Penceramah memperkenalkan dirinya sebagai Steph. Aktiviti pertama ialah ice breaking atau mengenali antara satu dengan yang lain. Peserta diminta untuk memilih satu warna berdasarkan warna-warna yang terdapat dalam himpunan penceramah. Tiada warna yang menjadi minat saya, tetapi saya memilih biru hijau. Apa maksud warna tersebut? saya pun sudah lupa. Kalau saya dapatkan nota tu nanti saya upload ok. 

Kemudian penceramah menerangkan mengenai bagaimana untuk memulakan sesuatu laporan, masalah-masalah apabila menulis laporan.... dan sebagainya. Untuk menghilangkan keboringan kami, penceramah telah membuat satu aktiviti, iaitu membina bangunan menggunakan sekeping kertas. Kami dikehendaki berbincang di dalam kumpulan untuk menghasilkan bangunan tersebut. Bangunan yang tertinggi akan diberikan hadiah hamper yang mengandungi coklat, gula2 dan sebagainya. Di akhir permainan ini, dua kumpulan telah mencipta bangunan yang hampir sama tinggi. Jadi, kedua-dua telah menerima hadiah. salah satu kumpulan tersebut adalah kumpulan kami... yea... berkat idea kawan aku juga, aku dapat buat bangunan tu...

ni lah hadiah yg kami dapat....


Semasa bengkel ini, kami di ajar bagaimana cara-cara yang terbaik untuk membuat laporan. Kami menggunakan microsoft word dan excel. Kami juga di ajar untuk menggunakan carta dan jadual, serta susunan laporan. Kami telah diminta untuk membuat satu laporan yang ringkas. Saya telah membuat laporan mengenai Kota Kinabalu Wetlands. Di bawah ni, adalah rangka untuk membuat sesuatu laporan. Secara umumnya rangka ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis laporan.



Rangka untuk penulisan laporan adalah seperti berikut: 

1. Ringkasan Eksekutif
2. Pengenalan
  • Latar belakang 
  • Pernyataan Masalah 
  • Objektif Laporan 
  • Rasional 
  • Justifikasi 
3. Kandungan utama
  • Laporan prestasi 
  • Penggunaan sumber 
  • hasil 
  • Halangan 
 4. Penutup 
  • Rekomendasi 
  • Kesimpulan 
 5. Rujukan dan Lampiran

ok itu sahaja laporan mengenai bengkel yang telah saya ikuti. Harap, ianya bermanfaat untuk kawan-kawan di luar sana.

Di akhir kursus, semua peserta kursus dikehendaki memberi sedikit ucapan.... Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment