Saturday, 26 October 2013

Majlis pernikahan sepupuku

Alhamdulillah, seorang lagi sepupuku dah selamat dijab kabulkan kemarin oleh ayahnya sendiri. Iaitu Pak cik ku, Aceh Man. Kami dimaklumkan bahawa suaminya orang Petaling Jaya. Di mana kerja dan di mana tinggal, belum lagi sempat kami tanya. Tahniah Seri, sudah bergelar isteri. Nampak masih macam budak-budak kan. Ayahnya menitiskan air mata semasa mengakad nikahkan anaknya. Begitu tragis sekali. :-)


Bagi saya mereka sangat comel, terutama Seri, sepupuku.... hehe Begitu serasi bersama. Inilah perkahwinan gen Y. Nampak kesempoian nya.


Selepas akad nikah, acara makan. Tiada sanding-sanding atau merenjis-renjis. Bagus juga ba kan. Merenjis tu sebenarnya bukan adat Islam. 

Pengantin bergambar dengan anak-anak buahku Meera, Sarah dan Tisya




Makanan yang dihidangkan, boleh tahan. Semua katering. Tetapi yang paling sedap ialah air cendol. First time minum air cendol semasa majlis pernikahan. Air cendolnya pun sedap. 

Sebelum balik kami diberi buah tangan. Kek dan bunga telur. 


2 comments:

  1. Haaah..nampak mudah remaja btul sepupumu ini...btul2 kah ni mo kahwin??..aisyeh..hahaha.....comel btul anak buahmu si Sarah tu..macam anak kakak aku yang tua "Khaira"...kalo merajuk menangis anduuu naaa...tidak dapat dipikul berattt....hahaha...bah Tahniahlah selamat melayari Universiti Rumahtangga....semoga berbahagia hingga ke Syorga..InsyaAllah..Aminnn..

    ReplyDelete
  2. apa yg betul mo kahwin? suda pun selamat kahwin.... hehe Sarah memang comel.... mau picit2 pipi nya tu... hahaha

    ReplyDelete