Alhamdulillah. Pada 16 Oktober 2013 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1434 Masihi, kereta ketiga ku telah dikeluarkan dan pada jam 4 petang aku bersama suamiku mengambil kereta berkenaan di Fook Loi Kepayan. Yang banyak membantu dalam proses pembelian kereta ini adalah ejen atau pekerja di Fook Loi tersebut iaitu Ms. Erin. Thank you Erin for your hard work dan telah berpenat lelah membantu dalam merealisasikan impian kami. hehe Semasa mengambil kereta berkenaan, sungguh detail Erin terangkan mengenai kereta tersebut. Selepas tu, masa first time mau kasih jalan atau bawa kereta tu, macam first time driving pulak. First time bawa kereta besar.... yg sendiri punya... :-) Takut pun ada oooo Bukan takut apa, takut melanggar orang sebab kereta besar sangat... hahaha
Destinasi pertama semasa membawa kereta ni ialah ke stesen minyak. Terpaksa mau set balik2 di fikiran, isi minyak diesel. Selama ni sudah biasa isi Ron95 dan Ron97 kan. Silap2 isi, nanti ndak jalan kereta haha. Kereta pertama aku beli ialah pada tahun 1997, kereta proton Wira. Masa orang gawat ekonomi, masa tu lah aku beli kereta pertama aku. Selepas lebih kurang 10 tahun gunakan kereta tu, aku pun jual, kerana maintenance tinggi sangat. Kereta kedua ku dan aku gunakan sehingga sekarang ialah kereta Gen2. Banyak jasanya kereta aku ni. Berulang alik ke Kudat dan KK sudah banyak kali. Ke Paitan sudah 2 kali. Sehingga bocor minyak hitam dek terhentak semasa dalam perjalanan tersebut. Itu lah juga punca kenapa kami beli kereta baru ni. Lebih tinggi dan besar. Mudah-mudahan akan lebih banyak jasanya kepada aku dan keluarga ku kelak.
Destinasi seterusnya ialah ke kampung Contoh. hehehe Mau tunjuk sama mama dan bapa lah kereta baru kami ni.... Berkat doa kedua ibu bapa ku, dapat juga kami beli kereta tersebut. Teringat, semasa membeli kereta pertama, mama lah yang kasi deposit untuk beli kereta tersebut. Mama juga yang tolong bayarkan insuran kereta pada tahun pertama untuk kereta pertama ku. Dari mana duit mama tu? dari bapa lah, sebab mama pun surirumah sahaja. Ha, begitulah kan pengorbanan ibu bapa. Semasa di Kg. Contoh, sempat lagi penumpang pertama yang menaiki kereta ni ialah anak buah ku, Dina.
Setelah tunjuk kan sama mama dan bapa, aku pun balik ke rumah. Ha, di rumah ada satu masalah lagi. Di mana mahu parking kereta ni? Beberapa minggu sebelum, kami dimaklumkan di kawasan perumahan kami tu, ada kecurian kereta. Kereta tu, kereta 4WD juga. Oleh itu, awal pagi suamiku sudah bersiap-siap menyusun rak-rak kasut agar kereta besar ni dapat masuk ke ruang letak kereta di dalam rumah kami yang kiut tu. Ha, ambik kau, lebih besar kereta dari rumah kan. hehe ngam ngam saja kereta tu di tempat parking.
Ok lah, dengan adanya kereta baru ku ini, di harap akan bertambah lagi rezeki kami. Mudah-mudahan akan dapat membantu dalam perniagaan koperasi kami juga. Terima kasih semua.... Alhamdulillah, aku bersyukur di atas rezeki mu.

Yeabedabedooo. ..merasa jugak aku naik kreta baru mmg best....mula2 jak ndak biasa tu...lepas tu gerenti berdesuppp...kami di belakang cuma jgn memandu laju..dibimbangi boleh hilang kawalan...aisyeh jgn nnt ndak biasa bawak kereta kecil pulak..hehe..jika dari awal mmg bawak kreta besar..bila bawak kreta kecil rasa seriau semacam jak..hehehe....ok aku doakan ko berjaya dalam business ko..bleh nanti kita bli lori pulak kann...insyaAllah. .baca doa naik kenderaan ok..
ReplyDeletebukan beli lori.... beli bas hehe 2-3 hari ni bila bawa kereta besar, rasa pening sikit. Macam kena lambung ombak tu hehe tu yang ndak berani bawa laju tu.
ReplyDelete