Monday, 7 October 2013

Saman

Pernah kena saman? Samada saman trafik ka atau saman JPJ ka atau saman DBKK. Hehehe saya semua sudah pernah rasa. Saman polis trafik ka, JPJ ka atau pun DBKK.

Saya selalu balik kampung suami di Kudat, sudah beberapa kali kena saman. Selalunya kalau jalan jauh ni, samannya ialah kerana tiada lampu brek atau tiada lesen memandu. Jangan heran, selalunya orang yang campin bawa kereta ni, tiada lesen memandu. Entah lah kenapa. Tapi kengkadang begitulah. Kalau setakat polis trafik di kawasan Kota marudu atau Kudat, boleh lagi runding-runding kalau kena saman. Sebab, selalunya suami kenal diaorang tu. Tetapi kalau JPJ yang saman, hehe tiada ampun. 

Kalau di kawasan KK ni, kalau ndak pakai tali pinggang keleder, boleh kena saman juga. Pernah aku terlupa mahu pakai tali pinggang keledar. Suamiku pulak di sebelah penumpang, memang pakai tali pinggang. Tetiba, datang polis trafik dari sebelah kanan suruh berhenti kereta. Panik jap. Rupa-rupanya aku terlupa pakai tali pinggang. Melayang lah duit pada hari tu bikin bayar saman. 

Kalau di dalam kawasan bandaraya KK pulak, jaga-jaga dengan DBKK. Jangan parking sembarangan. Pernah aku parking di tepi-tepi pembahagi jalan (memang bukan tempat parking lah). Aku parking mungkin tidak sampai dalam 10 minit sebab aku naik sekejap ke bangunan great eastern yang berhampiran. Apabila balik ja ke tempat tu, kereta sudah kena rantai. Terpaksa bayar RM20 on the spot untuk membuka rantai dan bayar saman lagi. hehe 

Pernah sekali lagi, kami hantar kereta untuk servis di Lok Kawi. Sementara tunggu kereta siap di baiki, kami mau balik ke rumah naik motosikal. Di tengah jalan, kena tahan JPJ. Sudahlah tiada lesen memandu, lesen motor pun tiada... kantoi betul. Terpaksalah terus bayar di JPJ supaya dapat diskaun sikit. Kalau ndak hmmm abis lah. Kalau kita kena saman, dan terus bayar pada hari tersebut juga, boleh dapat diskaun.

Begitulah kan kalau sudah di saman. Kalau betul kesalahan kita, janganlah kita mempertikaikan atau melawan pulak kalau sudah kena saman tu. Sebenarnya, ada satu kisah mengenai saman menyaman ni yang berlaku semasa kami ke tamu Putatan hari Sabtu yang lepas. Kereta yang kena saman tu, kereta Mercedes. (jenis lama lah, tapi faham-faham lah kalau kereta Mercedes kan). Sudah tentu orang yang membawa kereta tersebut berpelajaran, berpendidikan atau kalau tidak pun, faham lah mengenai peraturan jalan raya kan. Kesalahan dia, menghalang lalu lintas. Parking di tepi jalan raya. Kalau di kawasan tamu Putatan, janganlah parking di tepi-tepi jalan raya. Selalunya polis trafik rajin tu menyaman, walaupun hari Ahad. Jadi, disebabkan kena saman oleh polis trafik, pemandu kereta Mercedes tadi, tidak puas hati. Pemandu tersebut, marah-marah pulak dengan 3 orang polis trafik yang pada masa tersebut sedang berjalan di hadapan kereta kami menuju ke kereta mereka. Sudah salah sendiri, kenapa pulak mahu marah kan.... Bayar ja lah saman tu. Itu sebahagian dari zakat juga tu... hehe Polis trafik tu hanya menjalankan tugas mereka, janganlah marah-marah.

Kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hati membawa kenderaan dan sentiasalah mematuhi peraturan jalan raya kalau tidak mahu kena saman.     


No comments:

Post a Comment