Heavynya tajuk di atas kan. Haha, teringat semasa di UST. Ini lah inspirasi kami semasa di situ. Apa maksudnya tu? Kalau mengikut fahaman saya sendiri, (bukan dari wikipedia ya), maksud tajuk di atas tu adalah untuk mengaplikasikan atau menggunakan sains dalam kehidupan. Unsur-unsur yang ada kaitan dengan sains ini termasuklah ilmu, kemahiran serta nilai-nilai sains yang akan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Memangpun kehidupan kita atau sekeliling kita ni dipenuhi dengan sains. Cuma, samada kita sedar dan tahu atau tidak saja. Misalnya, kita masak, membasuh, berjalan, tidur, menaiki kereta,
menonton tv dan sebagainya, semua melibatkan unsur-unsur sains dalam
kehidupan kita.
Selalunya, untuk mengadakan sesuatu aktiviti di luar bandar, kami membawa bersama kami peralatan-peralatan, bahan pameran interaktif serta poster-poster dan risalah-risalah yang berkaitan untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami lebih mendalam. Jangan terkejut jika lori yang membawa peralatan-peralatan tersebut di sangka kapal angkasa yang membawa angkasawan kita ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Selain itu, di luar bandar juga banyak terdapat inovasi-inovasi yang digunakan yang tanpa mereka sedari adalah satu inovasi yang boleh dikomersilkan dan digunakan secara meluas di tempat lain. Mereka ini, telah mengaplikasikan sains dalam kehidupan mereka, tanpa mereka sedari. Uniknya pereka inovasi tersebut tidak mempunyai pengalaman atau akademik yang tinggi. Hanya pengalaman hidup, idea kreatif dan logik sahaja, mereka dapat mencipta suatu peralatan dalam usaha untuk menambah baik kualiti hidup mereka. Misalnya, cara mengawet makanan agar tahan lebih lama, mesin pelerai padi, mesin pengupas halia, mesin pengupas nenas, pelbagai produk berasaskan halia, kincir air, menghasilkan tenaga dari bahan buangan binatang dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sejauh manakah pembudayaan sains dalam kehidupan kita seharian? Boleh kah kita simpulkan bahawa, dengan memahami konsep-konsep sains secara mendalam, akan dapat menambah baik kualiti kehidupan kita seharian. Siapakah yang akan dapat membantu pelajar-pelajar serta masyarakat Sabah dalam membudayakan sains dalam kehidupan mereka?
Oleh yang demikian, sejauh manakah pembudayaan sains dalam kehidupan kita seharian? Boleh kah kita simpulkan bahawa, dengan memahami konsep-konsep sains secara mendalam, akan dapat menambah baik kualiti kehidupan kita seharian. Siapakah yang akan dapat membantu pelajar-pelajar serta masyarakat Sabah dalam membudayakan sains dalam kehidupan mereka?
No comments:
Post a Comment