Sebagaimana masyarakat Sabah yang lain, saya mempunyai latarbelakang keluarga yang bercampur-campur. Ada Jawa, Cina, Suluk. Adakah saya Melayu? Ramai orang kata di Malaysia ni, kalau kita orang Islam, kita adalah bangsa Melayu. Betulkah begitu?
Bila kita dikejutkan dengan pencerobohan orang-orang Kesultanan Sulu ke Sabah kita sudah mula memandang serong bangsa-bangsa Suluk di Sabah. Sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan bangsa Suluk adalah orang-orang Filipina. Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Tetapi yang pastinya saya dilahirkan di Sabah di mana Malaysia telah terbentuk pada waktu itu. Ibubapa saya juga adalah warganegara memandangkan mereka juga lahir di Sabah pada waktu itu, walaupun pada ketika itu Malaysia belum lagi terbentuk. Jadi mengikut perlembagaan, saya layak diberikan kewarganegaraan. Saya adalah warganegara Malaysia.
Saya difahamkan nenek moyang keluarga sebelah bapa saya telah datang ke Sabah semasa penjajahan British di Sabah semasa tahun 1900 an apabila pekerja imigran diperlukan dalam sektor perladangan seperti ladang tembakau dan getah. Kakek dan nenek saya telah bekerja sebagai penoreh getah di ladang getah di sekitar utara dan bahagian barat Sabah.
Keluarga sebelah mak saya pulak dari sebelah pantai Timur Sabah. Atuk saya seorang Suluk yang hidupnya mencari rezeki di laut. Laut adalah kehidupannya. Nenek saya pulak seorang Cina yang telah dibesarkan oleh keluarga Jawa sejak kecil. Tentunya nenek moyang saya pada masa itu telah datang ke Sabah atas urusan perdagangan. Pada masa dahulu, bagi masyarakat Cina, anak perempuan dikatakan anak yang tidak akan membawa tuah. Berbanding dengan anak lelaki, anak lelaki akan membantu mereka untuk mendapatkan kekayaan. Oleh itu, nenek saya telah membesar bersama dengan keluarga Jawa sehingga dia kahwin dengan atuk saya.
Dengan latarbelakang keluarga saya seperti di atas, menjadikan saya bangsa Malaysia. Janganlah memandang sinis kepada orang-orang Suluk yang telah lama menetap di Sabah. Serta janganlah memboikot orang-orang Cina kerana ketidaksamaan fahaman politik dengan kita. Mereka juga warga Malaysia, sama seperti kita. Sama-samalah kita sebagai bangsa Malaysia membina negara kita untuk masa hadapan kita.
Hehe....Pernah terbaca satu hadis seperti berikut :- "tiada kelebihan di antara orang Arab dengan orang bukan Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam. Begitu juga sebaliknya. Semulia-mulia kamu adalah orang yang bertakwa" -Maksud hadis
ReplyDeletebetul ... betul ... betul ... :-) hehehe
ReplyDelete