Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Jururawat

12 Mei : Selamat Hari Jururawat. Terlambat pulak wish kan. Baru teringat mau cerita apa di blog ni.... mengenai jururawat. Ya, ada banyak pulak cerita pasal jururawat ni. Teringat detik-detik saya terlantar di Hospital Wanita Likas selama sebulan lebih. Jururawat-jururawat ni lah penemanku selama sebulan lebih tersebut.

Memang sungguh murni tugas sebagai jururawat ni kan. Bayangkan, tugas bermula seawal jam 6 pagi (sebelum jam 6 pagi mesti sudah sampai) sehingga lebih kurang jam 3 petang, kemudian bertukar syif dengan yang lain. Selalunya sebelum jam 6 pagi tu, kami pesakit-pesakit sudah dikejutkan untuk makan ubat. Ada seorang jururawat pernah bercakap, setiap bulan mesti kena beli kasut, sebab kasut dia cepat haus. Setiap hari semasa bertugas, diaorang berjalan di kawasan hospital sahaja mungkin dalam lebihkurang 10km (kalau di sukat),

Tugas sebagai jururawat memang mencabar. Seingat aku, selain memberi ubat, merekod tekanan darah 3 kali setiap hari, mengiring dan membantu doktor, mereka juga membersihkan pesakit, memasang segala peralatan untuk membantu pesakit serta melayan pelbagai kerenah pesakit. Hanya orang yang betul-betul minat tugas sebagai jururawat sahaja yang dapat melaksanakannya dengan sabar, tulus dan ikhlas. Alhamdulillah, semasa sebulan lebih saya di hospital, semua jururawat yang bertugas adalah yang baik-baik belaka.

Pada suatu ketika, semasa saya selepas melakukan pembedahan, memang susah nak bangun. Beberapa hari tersebut, semua perkara buat di atas katil. Ini termasuklah mandi di atas katil. Memandangkan saya telah beberapa hari tak mandi, sejak pembedahan, jururawat yang bertugas tu telah mengelap dan memandikan ku di atas katil. Nak rasa malu pun tak dapat, sebab, memang tak berdaya nak buat sendiri. Badan terasa amat lemah, dan mau angkat badan pun susah. Jadi relakan ja lah.

Satu lagi kes yang tidak dapat dilupakan ialah apabila saya tidak dapat membuang air kecil. Selepas pembedahan, biasanya, jururawat akan memasang tiub kencing untuk memudahkan pesakit kencing tanpa perlu bangun dari katil. Setiap hari jururawat akan menyukat kencing sebelum membuangnya. Pada suatu ketika apabila saya sudah boleh bangun ke tandas, tiub yang dipasang untuk saya pun dibuka. Tetapi, malangnya, pada malam tersebut, perut saya memulas sakit. Kencing tidak dapat keluar. Setelah saya laporkan kepada doktor, dia pun mengarahkan jururawat untuk memasang semula tiub tersebut untuk saya. Terpaksalah saya tahan rasa malu untuk memudahkan jururawat memasang tiub tersebut. Saya nyaris di suruh bawa balik tiub berkenaan ke rumah, kerana takut tidak dapat kencing dengan normal. Syukur, selepas di buka tiub tersebut, saya dapat juga kencing dengan normal.

Selain dari itu, semasa baru sahaja keluar dari bilik pembedahan, saya telah diarahkan agar tidak memakan dan minum apa2. Minum hanya dari tiub sahaja. Memandangkan suhu badan saya agak tinggi pada ketika itu, jururawat yang bertugas terpaksa memasukkan panadol dari dubur. Itulah pertama kali saya diberi panadol dengan cara demikian. Ingatkan budak-budak sahaja. Memang perkara tersebut tidak dapat saya lupakan.

Terdapat satu lagi kes di mana, jururawat serta doktor tidak dapat lagi mencari urat untuk memasukkan air di badan. Tangan sebelah kanan saya sudah bengkak. Sebelah kiri pulak, beberapa kali cucuk, tidak dapat2 urat berkenaan. Resolusi terakhir, terpaksa masuk balik bilik pembedahan, dan cucuk di leher. Sementara itu, saya juga setiap hari perlu di ambil sampel darah untuk di uji. Jururawat, serta doktor-doktor semua hampir putus asa bila masa untuk mengambil darah. Hanya doktor2 yang pakar sahaja atau jururawat yang taiko yang dapat mengambil darah ku.

Semasa pembedahan saya kali kedua, di dalam operation theatre, ada mungkin lebih 5 orang jururawat yang berada disekeliling saya. Seorang memasang oksigen, seorang memeriksan denyuta nadi, seorang memasang peralatan di tangan, seorang membius dan bermacam-macam lagi yang diperiksa sebelum pembedahan. Pada masa itu, sebelum tertidur oleh bius, sempat lagi saya berfikir bahawa saya dikelilingi oleh bidadari syurga....hehehe 

OK, itulah serba sedikit pengalaman saya semasa di hospital. Memang banyaklah peristiwa yang tidak dapat dilupakan selama sebulan lebih tidur di hospital. Apa pun, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor-doktor dan jururawat yang telah merawat saya, termasuk jururawat pelatih yang membuat eksperimen kepada saya .... haha . SELAMAT HARI JURURAWAT.

2 comments:

  1. Hehehe..saya pernah gak bercita2 mau jadi jururawat ni..bukan kerana minat cucuk org tapi uniform dorang tu bagi saya sangat comel..hehehe...tapi tak boleh la saya jd jururawat sbb saya ni cepat sedeh....dan boleh pitam tgk darah tg keluar membuak buak yg melibatkan kes traumatic. ..eksiden dan bersalin contohnya..hehe..saya pun mau ucapkan selamatlah semua jururawat semua..semoga korang akan naik pangkat jd bidadari bidadari syurga nnt..hehe..terima kasih juga kerana pernah menjaga orang kesayangan saya semasa beliau terlantar di hopital dulu sehinggalah urusan membawa balik jenazah beliau di bawa balik suatu ketika dulu...you all the greatest. ...

    ReplyDelete
  2. Ndak apa tak jadi jururawat. Nanti jadi jururawat untuk orang-orang tersayang saja ;-)

    ReplyDelete