Monday, 4 April 2016

Memukat di pantai Putatan

Putatan ada pantai ka? Rasanya tiada bah kan. Bukan juga di pantai, tapi di tepi perairan Putatan lah. Hobi suami ialah memukat. Sejak ada bot ni, 2 minggu sekali, mesti ada aktiviti memukat. Anak dan menantu akan jadi teman memukat beliau.

Lama bot ni tersadai depan rumah
Ini lah bot yang dibelinya di jalan ke Papar. Bot yang sudah siap bukan tempah. Bot yang mula-mula dibelinya ditempah di Weston, sudah dijualnya.

kalau di darat dia mabuk, tapi di laut tidak. Itu kata-katanya
Kadang-kadang ok juga, sebab sekarang harga ikan pun sudah naik. Kalau dulu di jeti Putatan tu, ada juga ikan di jual dalam RM3 atau RM5 setompok. Sekarang tiada sudah harga begitu. Paling murah pun dalam RM7 setompok atau sekilo. Memang lah ikan baru semuanya.

hasil tangkapan


Ada beberapa jenis ikan yang selalu mereka dapat semasa memukat di sini. Mari kita tengok beberapa jenis ikan yang sempat saya ambil. Ada yang saya tidak tahu namanya hihi Kalau ada yang silap atau tersalah nama ikan bagi tahu lah ya. Saya pun bukannya kenal sangat jenis-jenis dan nama ikan ni. Saya tukang masak ja haha


Ikan lami-lami
 Ikan lami-lami (ikan yang besar tu). Isinya lembut sangat. Masak sup atau goreng sahaja. Hari tu pernah saya tanya harganya di pasar ikan Putatan. Harganya dalam RM12 sekilo. Terkejut sekejap. Ingatkan murah ja ikan ni. Rupanya mahal juga.

Ikan belanak
Ikan belanak ni kadang kala boleh dapat yang besar juga. Kalau musim, boleh dapat banyak. Saya suka makan ikan belanak ni kalau di sup. Harganya pun mahal juga ni kalau yang besar. Boleh dalam RM15 sekilo juga. 

Ikan kapas-kapas



ikan kekek
Ini lah pulak ikan yang dalam lagu "ikan kekek mak iloi-iloi". Ada cerita mengenai ikan kekek ni. Pernah mereka pergi memukat di kawasan pantai lok kawi. Semasa sekali buang, dapat banyak ikan rumahan dan ikan kekek ni. Oleh kerana terlalu gembira sebab dapat banyak, suami pun tak nak pulang. Dalam hatinya, banyak ni ikan rumahan. Kalau di buang sekali lagi, tentu dapat banyak. Oleh itu, mereka pun membuang sekali lagi pukat. Alangkah terkejut mereka, bukan ikan rumahan yang mereka dapat tapi ikan kekek ni yang banyak sangat tersangkut di pukat. Memang dapat banyaklah, tetapi bukan ikan rumahan, tapi ikan kekek. Untuk membuka satu persatu ikan tersebut dari pukat memang memakan masa yang agak lama. Ikan-ikan tersebut pulak, seakan-akan mentertawakan mereka dengan bunyi "kekekekek".  Setelah itu mereka pun balik ke rumah, Mereka membuka satu persatu ikan tersebut dari pukat di halaman rumah sahaja. Setelah habis di buka, boleh dapat 4/5 bakul beras 10 kg tu . Begitulah banyaknya ikan tersebut... Itu juga menjadi pengajaran kepada suamiku agar jangan temahak. Kalau sudah dapat tu, balik lah ke rumah....

ikan belais


orang ckp ikan jenjulung. suami cakap ikan tambilawang. muncung tajam macam todak.
ikan kerapu
Ikan kerapu ni sedap kalau di masak stim atau kukus. 

 




suami cakap ikan tito. Macam Ikan sembilang. Ikan sembilang laut mungkin





Ikan Tito ni sedap di masak ampap. Balik sahaja dari memukat terus suami minta masakkan ikan ampap. mmmm kalau ampap pedas sedap ni.








ikan jenahak ka ni? aku panggil ikan merah ja walaupun ndak merah pun haha

Itu adalah antara ikan-ikan yang mereka dapat. Memang ada antara nya saya tidak tahu nama. Siapa yang tahu bagi tahu ok. Nanti saya ambil lagi gambar-gambar ikan yang lain.

1 comment:

  1. Ikan kunyit atau ikan pisang2 klu kat atas tu.Keluarga ikan merah juga tu.

    ReplyDelete