Tuesday 9 August 2016

Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru telah banyak mengalami perubahan berbanding dahulu. Kurang pasti apa yang hendak dibangunkan di sini. Dulu kami tinggal di Tanjung Aru juga. Sekolah tadika di Stella Marris dan sekolah rendah di SK Tanjung Aru. Masa tu belum lagi ada SK Tanjung Aru 1 dan 2. Yang ada cuma SK Tanjung Aru sahaja. Memang banyak kenangan dan jauh berbeza Tanjung Aru dahulu dan sekarang. Apa pun kita harap semuanya untuk kebaikan kita dan anak-anak cucu kita nanti.

Pantai Tanjung Aru memang terkenal cantiknya. Jalan-jalan atau sekadar duduk-duduk di sekitar kawasan sudah cukup mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi menyapa di pipi. Pasir yang terbentang memanjang. Ombak yang tidak henti beralun memukul pasir dan membawa sampah-sampah ke pesisir pantai yang entah dari mana datangnya. Sungguh mencemarkan mata yang memandang.



dulu-dulu selalu main buah ni.... main masak-masak haha


Kalau siapa yang tidak kenal ni Pokok Ru. Nama saintifik atau spesis casuarina . Macam seram tengok pokok ru ni kan. Kalau malam masa angin kuat, bersiul-siul pokok ni. Memang seram bunyinya... hahaha
Daunnya pokok ru juga selalu buat mainan kami dulu-dulu ni. Cari di mana yang dipatahkan. Selepas dipatahkan daunnya tu, seorang lain akan cuba meneka di mana ianya dipatahkan.

cantikkan corak yang di buat oleh anak-anak ketam. Bila kita menghampiri, berlarian semua anak-anak ketam tu masuk dalam lubang.



Ini satu-satunya cucu. Macam best ja bila dapat main pasir begini.
 Pada hari minggu yang baru lepas ni kami makan-makan di sini. Piknik lah konon. Awal pagi masak mee goreng untuk di bawa makan di sini. Saja ja bawa budak-budak makan di luar sambil ambil-ambil angin. Memang sedap kalau makan-makan di luar rumah. Sampai tambah dua tiga kali hahaha Selalunya kami duduk saja di atas rumput berpiknik. Tetapi hari tu kami tidak bawa tikar atau alas jadi, kami cari tempat duduk lah di pondok-pondok.



Tengok sampah sarap di pesisir pantai tu. Bikin malu ja kan... sedih ... sedih






Si Hirzi baring-baring sudah di pantai tu... Siok betul dia mandi walaupun ndak berapa sihat




No comments:

Post a Comment