Sunday, 21 July 2013

Kerepek Sukun

Tahu buah sukun? Pernah tak makan buah sukun? Sesapa yang tak pernah makan buah sukun tu, ha rugi lah tak pernah menikmati salah satu lagi nikmat dunia. hehe Pokok sukun ni, tinggi kalau sudah matang. Bila pokoknya tinggi, jadi buah-buahnya pun tinggi-tinggi lah kan. Daunnya besar-besar. Buahnya juga besar macam buah kelapa. 

Selalunya buah sukun ni, boleh juga di buat sayur masak lemak kalau buahnya tu belum matang. Kalau cukup matang, selalunya di goreng begitu sahaja ataupun digoreng dengan tepung (macam goreng pisang tu). Kalau sudah terlebih masak, boleh pulak di buat jemput-jemput. Kalau terlebih masak, rasanya manis-manis sikit. Memang sedap dibuat jemput-jemput.  Tak perlu letak gula.

Selain dari yang disenaraikan di atas, buah sukun ni boleh juga di buat kerepek. Selalunya kalau nak di buat kerepek, kenalah parut sukun tu nipis-nipis. Kerja memarut ni, nampak ja senang, tapi kalau buat, susah juga. Kalau parut tidak sekata, tidak lah cantik. Nampak hancur. Kalau silap sikit, boleh patah pemarut tu. Jadi, untuk memarut sukun ni, mesti ada skil. 

Kerepek sukun ni, sedap di makan di depan TV. Kalau makan ja, tak sedar dah habis....

Dirumah mak, ada 2 ja pokok sukun ni. Tapi buahnya ni bermusim. Kalau musim buah sukun, sampai kepuasan makan buah ni. Sebab, sekali berbuah, buahnya memang banyak. Sebelum ni, kalau musim buah sukun, kami akan memberi kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Tetapi, sejak mak membuat kerepek sukun ni, kami pun mulalah menjual kerepek berkenaan. Setakat ni, ada lah sikit-sikit hasil sukun tu. Sesapa yang berminat nak mengorder kerepek sukun ni, ha, jangan segan, jangan malu, bagi tahu ja bila-bila k. 


Oh ya, ada satu lagi yang selalu mak buat dari sukun ni.... iaitu puding sukun. Setakat ni, belum ada gambarnya, nantilah kalau sudah ada gambar saya akan upload. Puding sukun ni pun kalau nak order, boleh juga, bagi tahu ja. Sesapa yang tak pernah rasa ni, memang sedap, sampai menjilat jari...hehe Semasa bulan Ramadhan ni, kalau mak sihat, mak akan buat, dan adik saya menjualnya di bazaar Ramadhan di Kepayan. Sesapa yang nak rasa, yang malu nak order, boleh cari kat sana k.

Tuesday, 16 July 2013

Bubur lambuk

Tahu bubur lambuk? Di Sabah, bubur lambuk ndak berapa famos. Ada tu memang ada lah. Tapi tidak lah macam di Semenanjung. Walaupun begitu, ianya semakin dikenali dan disukai juga. Aku memang suka juga makan bubur lambuk ni. Mungkin sebab ada rempah ratus yang dicampur dalam bubur tersebut. hmmm ok lah. Dulu semasa di Semenanjung, selalu juga makan bubur lambuk ni. ye lah kan, selalunya, dibahagi-bahagi di masjid semasa iftar atau murih. 

Kelmarin, semasa hendak balik ke rumah selepas waktu Asar, limpas di hadapan masjid melihat anak bulan, Masjid Al-Hilal Tg Dumpil, ada beberapa budak sedang mengagihkan bubur lambuk. Ingatkan apa yang diagihkan sebabnya, budak-budak tu melambai-lambai agar kereta yang lalu lalang di situ berhenti, agar membolehkan mereka memberi bubur tersebut. Bila limpas ja, ingatkan tak mahu berhenti, tetapi, bila tengok diaorang agihkan bubur lambuk, saya pun berhenti lah juga. Budak tu berlari-lari memberikan bubur lambuk tersebut. Alhamdulillah. Dah lama juga tak makan bubur lambuk. Dapat lah berbuka puasa dengan bubur lambuk kemarin. 

Di rumah, suami memang tak berapa suka dengan bubur atau bubur nasi. Jadi, saya dan seorang anak saya sahaja yang habiskan bubur lambuk tersebut. Kalau ada daging dalam bubur lambuk tu lagi sedap.... hehe 

ok lah itu ja nak beritahu pasal bubur lambuk ni. Tapi kalau makan bubur ja semasa berbuka dan sahur pun makan bubur lambuk juga... ha, nanti tak bermaya pulak. Kena lah juga makan nasi kalau nak elak rasa lapar masa berpuasa ya. Ok, selamat berpuasa kawan-kawan dan selamat berbuka puasa. 

Saturday, 13 July 2013

Langsir oh langsir

Ini isu yang berat ni untuk suri rumah - suri rumah... haha Untuk suri rumah sahaja ya... Bila masa mau dekat raya, isu ini lah yang sering timbul. Tahun ini tukar langsir baru? hehe kepada suri rumah, pernah kena tanya soalan tu? hmmm tadi dah kena tanya soalan tu. Selepas menjawab yang tahun ini tak nak tukar langsir baru.... dalam hati, masih ok kah langsir tu ahh? patutkah tukar? hmmm fikir 2 - 3 kali pulak, samada patut kah tidak mahu tukar langsir. 

Memang langsir tu lah yang dipakai selama setahun. Kalau tak tukar, kena lah cuci biar nampak cantik macam baru ye tak? Tadi di rumah mak, mak mengeluh, langsir tak di cuci lagi. Dia pulak lenguh-lenguh kaki dan tak dapat berdiri lama. Mak ingat nak buat langsir baru, tapi, sempatkah kalau sudah puasa ni nak buat langsir baru? Kalau sebelum puasa mungkin sempat lagi nak tempah. Mahu tidak mahu terpaksalah cuci ja langsir kan. Bapa yang ada di situ ketika itu hanya menyatakan, tak perlulah cuci, biar ja. Raya, orang datang bukan tengok pun langsir tu.... hehe begitulah kan lelaki tidak ambil berat mengenai perkara-perkara ni. 

Tetapi, sebagai perempuan, kita rasa malu juga kalau orang datang rumah, langsir kita berabuk-abuk tak bercuci, sudahlah tidak bertukar. Sebab tu lah saya katakan di atas tadi, isu langsir ni, isu besar ni. hehe Nak menyuci langsir, satu hal pulak. Kalau langsir jenis kain cotton, ok lah, ringan ja, senang cuci, Tetapi kalau jenis kain yang berat, aduh mak, lenguh jugak pinggang walaupun mesin yang mencuci.

Bagi yang belum ada rumah dan tangga tu senang lah. Tak perlu nak fikir pasal langsir ni. Langsir oh langsir, patutkah aku tukar kau dengan yang baru? hehehe ada dermawan yang mahu sponsor?

Friday, 12 July 2013

Kesesakan lalulintas

Kesesakan lalulintas atau lebih dikenali dengan "jem" semakin menjadi-jadi di Kota Kinabalu ni. Mungkin kenderaan semakin banyak di jalan raya. Jalan raya pulak lambat untuk di perbesarkan dan diperbaiki ataupun dinaik taraf. Akibatnya, haaa jem lah. Bikin sakit kepala kalau jem kan. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni. 

Semasa bulan puasa ni, staf wanita yang bekerja di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dapatlah berpeluang balik awal. Seawal jam 3 petang. ehm ehm....Tapi ada juga tu yang balik lebih awal... haha kedapatan. Jika staf wanita balik awal sedikit, sepatutnya, kuranglah sikit jem bah kan. Ini, tidak. Beberapa hari ni, sejak balik awal, saya perhatikan, dalam jam 4 kereta semakin banyak yang masuk ke bandar. Yang balik pun ramai juga. Bikin bingung kepala, kenapa banyak betul kereta bah... 

Tadi, anak saya seorang balik jam 4 dan seorang lagi jam 4.30 petang. Bayangkan dari KK jam 4:40 petang sampai rumah di Putatan dalam jam 6 petang sudah! Berapa jam di jalan raya saja. hmmm memang masih sakit kepala saya disebabkan oleh kesesakan jalan raya ni. Bikin panat pun iya. 

ok lah itu saja update untuk hari ni. Pasal ini jem. Nasib lah saya bukan engineer. Kalau ndak, mahu buat plan lagi macamana mahu kasi supaya tidak jem... Cuba dulu, kasi cadangan sesapa yang ada idea tu... kasi tolong dulu kita punya pakar-pakar engineer  di Sabah ni kenapa macam ini. 

Nasib ja puasa. OK, esok jangan lupa sahur dan puasa ok.

Wednesday, 10 July 2013

Puasa di bulan Ramadhan

Syukur Alhamdulillah, kerana Tuhan masih menemukan aku dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini. Amacam semua kawan-kawan, puasa tak hari ni? Semoga kita akan dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dengan penuh keimanan. Walaupun dari kemarin, selsema dan seperti hendak demam, ku gagahkan juga untuk menunaikan sembahyang terawih dan seterusnya berpuasa untuk hari yang pertama hari ini. Semoga dipermudahkan. 

Teringat semasa puasa di asrama. Selalunya puasa di asrama ni pack sudah aktiviti. Sebelum Subuh, kena turun makan sahur. kawan-kawan lain ada yang malas mau bersahur. Tapi, aku cuba sedaya upaya untuk bangun sahur. kalau tak, seharian rasa penat ja, sebab banyak aktiviti kalau di sekolah asrama ni, walaupun bulan puasa. Kalau sebelah petang selepas sekolah dan selepas asar akan ada tadarus Al-Quran. Baca bergilir-gilir ikut masa yang ditentukan dan ada partner lagi tu. Jadi, salah silap kita baca, partner kita akan betulkan. Kalau berbuka puasa, semua kasi set dulu di atas meja. Makanan memang sudah siap di masak. Masing-masing ambil makanan siap-siap sebelum sama-sama berbuka. Selepas berbuka, semua gi sembahyang terawih di dewan besar. Di sinilah aku belajar bagaimana untuk sembahyang terawih.

Semasa di perantauan pulak, suasana berpuasanya agak berbeza. ye lah kan, orang omputih mana ada berpuasa. Ke kelas, kami perlu berjalan lebih kurang 15 - 20 minit. Kelas pulak ada yang di atas bukit. Kalau kelas sampai ke petang, stay ja lah di kawasan Uni. Tapi kalau kelas cuma ada satu atau dua ja....ha, dapat lah balik rumah. Di rumah kami bergilir-gilir masak. Tapi kalau bulan puasa, kalau masa terluang, kami semua join masak. berbuka puasa dengan semua seisi rumah, walaupun makanannya sederhana, tetapi cukup bermakna. Selepas berbuka, kami akan sembahyang terawih bersama. Di sinilah aku belajar sembahyang terawih secara sendirian. Kadang-kadang, kalau ada kenderaan, kami akan ke islamic centre, masjid kami di sana. 

Begitulah, suasana berpuasa bersama rakan-rakan berbeza dengan keluarga. Bersama rakan-rakan, semuanya sederhana. Kalau bersama keluarga, berbagai jenis juadah ada. Masing-masing membeli makanan sendiri. Mak pulak akan masak juga. Kadang-kadang dengan bubur kacang. Bukan juga hendak membazir tetapi, begitulah, mungkin rezeki bulan puasa. Cakap saja mahu makan apa, esok, mak akan masak... haa best kan. Kalau ndak masak pun, sekarang ni dah kahwin, cari ja di bazaar ramadhan. Mesti ada tu.

Apa pun, semasa bulan ramadhan ni, walau banyak manapun makanan, jangan lupa beribadat ok. Itu yang penting. Sembahyang terawih jangan lupa. dan berusahalah untuk khatam al-Quraan dalam bulan Ramadhan ini. Serta, banyakkan lah bersedekah, terutama kepada yang tidak mampu. insya Allah.

Saturday, 6 July 2013

Mati itu pasti

Kita sedia maklum, mati itu adalah pasti bagi semua makhluk di dunia ini. Dalam surah al-A'raaf ayat 34 "Tiap-tiap yang mempunyai jiwa pasti akan merasakan kematian". 

Mulanya aku dikejutkan dengan kematian pangkat mak cik ku. Tidak tahu pun dia ada sakit sebelum ni. Tetiba ja, adikku memberitahu bahawa dia telah pergi untuk selama-lamanya. Apabila di tanya sakit apa, mak ku hanya cakap, sakit darah tinggi. Ada darah beku di otaknya. Begitulah, sakit itu hanya penyebab kematian.

Kemudian aku dikejutkan lagi dengan pemergian salah seorang ketua di pejabat utama kami. Pemergiannya disebabkan oleh sakit kanser payu dara. Sudah lebih kurang 3 tahun lebih dia melawan penyakitnya itu. Tetapi Allah lebih sayangkan dia.

Belum lagi kami putus menceritakan mengenai ketua kami, aku dikejutkan lagi dengan pemergian seorang lagi kenalan yang banyak menyumbang kepada ilmu astronomi di Sabah. Seorang yang begitu rendah diri dan tidak sombong, yang banyak menghabiskan masa mendidik belia-belia dan pelajar-pelajar mengenai bintang dan planet di langit. Sabah kehilangan satu bintang yang sedang berkilau.

Begitulah kan, mereka semua telah selamat pergi ke alam akhirat. Kita yang masih di sini, entah bila pulak masa kita. Semoga kita semua telah bersiap sedia dengan bekalan kita untuk ke alam tersebut. Jika belum, maka, bersiaplah.

Friday, 5 July 2013

Control cholesterol & fat

Bila mengemas-ngemas terjumpa pulak artikel ni. Artikel ni telah lama di beri oleh doktor semasa saya buat medical check up di Sabah Medical Centre (SMC) lebih kurang 15 tahun yang lalu. Artikel ni dalam omputih, jadi saya ringkas-ringkas kan sikit lah ya, untuk panduan kita semua. Bila umur semakin meningkat ni, kita kena jaga diet kita. Semoga panduan ni akan sama-sama kita manfaat kan. Daripada tersimpan di fail ja, lebih baik saya sebar-sebarkan agar ramai kawan-kawan di luar sana yang boleh gunakan maklumat yang ada dalam artikel ini. 

The blood fats, cholestrol and triglycerides are normally present in the blood but when the levels are too high, the risk of heart disease increases. Either cholestrol or triglyceride may be raised on its own, or both may be high. Blood cloestrol levels are influenced by body weight, the amount and type of fat, amount of fietry cloestrol & certain types of dietry fibre.

To control high blood cholesterol levels:
1. Control your weight
2. Eat less fat
3. replace some saturated fats with polyunsaturated & monosaturated fat
4. reduce cholesterol intake to a minimum
5. eat more grains, fruits & vegetables

To control high blood triglycerides levels: 
1. Control your weight
2. Avoid alcohol
3. eat less fat
4. replace some saturated fats with polyunsaturated & monounstaurated fats
5. Eat more grains, fruits and vegetables

Suggestions for reducing fat intake: 
1. trim visible fat from meat before cooking
2. Browse through the butchers or supermarket for the meat with the least fat marbling
3. Discard fat and skin on chicken and turkey. Most of the fat is in the skin and in the pads on thighs, tails and near the neck. without this fat, chicken and turkey are low in fat.
4. Do not eat too much meat and poultry. Make rice (and other cereals) and vegetables the centre of your meal.
5. Use low-fat cooking methods e.g. baking, grilling, steaming, boiling, microwaving - without added fats.
6. Use a rack when grilling, roasting or baking meat to drain off fat.
7. Let home-made soups, stews and casseroles cool so that the fat can be removed before they are reheated and served.
8. Discard fat drippings from cooked meat.
9. Instead of eating meat everyday, try to have fish at least twice a week.
10. Avoid deep fried and abttered foods including fatty take-away foods where possible.
11. Ensure vegetable and fruit feature on your daily menu.
12. Include raw vegetable and/or fruits at least once a day. They retain more nutritional value than when cooked.
13. Add vegetables to soups, stew or casseroles after meat fat has been removed.
14. Limit your intake of high cholesterol foods, e.g. offal products to once a week.
15. Avoid packet snacks, biscuits and cakes. Be aware of the high fat content in baked goods (e.g. biscuits, pastries), snacks (e.g. potato chips) and other processed foods.
16. Spread butter or magarine as thinly as possible on bread.
17. Skip butter and magarine in sandwiches or rolls by using a moist filling.
18. Have fruit for dessert.
19. Limit the intake of oil, lard, salad dressing, gravy and cream sauces.
20. Drink more water
21/ Increase your physical activity
22. Limit food products containing palm oil and / or coconut.
23. When you buy supermarket foods, check the labels - if fat, shortening or oil are high on the list of ingredients, look around for an alternative.
24. Experiment with low-fat dairy foods.
25. Experiment with a least one vegetarian meal per week.

Ok, selamat mencuba.

Tuesday, 2 July 2013

Ramadhan menjelang

Ramadhan kian hampir. Bulan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan penuh barakah. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, "Syaaban adalah bulan ku, dan Ramadhan adalah bulan umatku".

Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

 
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Ya Allah, tetapkan lah aku dalam iman. Semoga aku dapat menyempurnakan puasa dan amalan-amalan di atas dengan baik pada tahun ini dan seterusnya pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah, Amin. 

Menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelang, selang beberapa hari lagi ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua atas kesalahan-kesalahan yang sengaja dan yang tidak sengaja saya lakukan. Selamat berpuasa.

Monday, 1 July 2013

Bila kucing tiada tikus berkeliaran

Haaa.... betul ka perumpaan di atas tu. Bila sang kucing tiada, tikus pun berkeliaran. Maksud peribahasa tu, bila boss tiada, apa lagi, bermaharaja lela lah sang tikus.... oppsss jangan lah pulak ada yang terasa. Bukan mahu perli atau apa-apa, cuma, sudah menjadi kenyataan. Lumrah kehidupan kita kan. Bukan kah begitu? 

Kalau diri saya sendiri, tak perlu tunggu kucing tiada. Kalau betul nak jadi bermaharaja, buat ja... haha tu baru lah lawan tokeh nama nya kan.... Bukan apa, kalau setakat 2 atau 3 kali buat tu ndak apa bah. Jangan saja setiap hari buat sehingga satu apa pun tidak buat kan. 

Sendiri buat, sendiri tanggung lah. 

Ok lah, tiada apa yang hendak di update ni. Kepada yang tengah berkursus tu, selamat berkursus. Jangan ponteng-ponteng ke shopping kompleks pulak. 

Oh ya, jangan lupa ole-olenya ya....hahah