Wednesday, 9 March 2016

Pertama kali ke Kuala Lumpur

Kuala Lumpur sebagai ibu kota selalu menjadi tumpuan. Pada saya, ianya tempat yang memenatkan. Dengan jem, kereta, bas dan pengangkutan awam lain yang perlu dihadapi. Jika dapat peluang ke Kuala Lumpur, perlu perancangan yang rapi. Di mana hendak menginap, ke mana hendak pergi. Kena tahu tujuan utama kita ke sana. Ini adalah perjalanan pertama suami saya ke Kuala Lumpur.  First experience lah dia dan anak saya ni. hihi


Pada April 2015, kami ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Konvokesyen anak saya di Shah Alam. Pada mulanya suami seakan berat hati hendak ikut. Tetapi, untuk memenuhi kehendak anak, maka saya dan suami ikut serta untuk menghadiri majlis tersebut. Selain ke MSU, Shah Alam, kami tidak sempat pegi banyak tempat. Hanya 3 malam sahaja kami di sana. Kami ke Sunway Pyramid untuk mencuci mata sahaja.

 



Kami dapati, untuk ke KL ni, kos makan di tempat-tempat shopping complex ni memang mahal. Tiada restoran yang murah-murah, lebih-lebih lagi kalau di sunway pyramid. Kebanyakan, international fast food restaurant ataupun international restoran.  Kami cari restoran indian/pakistan sebab ada nasi. Supaya kenyang sikit haha
 




 Oleh kerana kami menginap di Kelana Jaya, kebanyakan teksi yang kami temui, panggil melalui myTeksi dan telefon semua tidak mahu menghantar kami ke MSU di Shah Alam. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh pemandu teksi. Kadang ada yang sampai di hadapan hotel, tetapi bila tahu hendak ke Shah Alam, terus jalan dan tidak mahu menghantar kami ke destinasi kami. Ini adalah salah satu kesilapan yang besar yang saya lakukan, iaitu menginap di hotel di Kelana Jaya, untuk ke Shah Alam. Lesson learnt. Selepas hari pertama mengalami masalah teksi, kami ada juga rancangan hendak menukar hotel, tetapi, disebabkan leceh, dan tidak pasti hotel mana yang dekat kami atasi masalah tersebut dengan menaiki lrt, commuter dan teksi. Kena naik turun lah sikit. Jika hendak ke Shah Alam kami akan menaiki teksi ke commuter terdekat dan jika hendak ke KL kami akan menaiki lrt. Pernah kami tanyakan kepada pekerja hotel tempat kami menginap, mereka katakan, tiada sebab pemandu teksi tidak mahu menghantar kami ke mana-mana destinasi yang kami kehendaki. Jika lihat di peta, memang tidak pun jauh sangat. Tapi mungkin mereka takut tersangkut di jem. Apa pun, ini pengalaman juga, naik turun lrt, commuter dan teksi.

 
 
Semasa berjalan-jalan dan shopping di KL, tempat shopping yang paling suamiku suka adalah Sogo. haha Pada hari pertama saya bawa mereka ke sana, selepas tu setiap hari balik lagi ke Sogo untuk membeli barang-barang lain, terutama baju dan seluar. haha Memang famos juga ni Sogo kan. Yang penting semua ada.
 

Memang tidak banyak tempat yang dapat kami lawati semasa lawatan pertama suami ke KL. Tujuan utama pun adalah untuk menghadiri kovokesyen. Jadi memang tidak banyak masa untuk melawat. InsyaAllah kalau diberi peluang dan rezeki lagi, saya mahu bawa mereka berjalan-jalan lagi lain kali. 

No comments:

Post a Comment