Tuesday 25 June 2013

Hari Konvokesyen Nur Intan Sarafinah

 

Selama 16 tahun saya bersekolah dan melanjutkan pelajaran, tidak pernah saya berpeluang menghadiri hari konvokesyen. Segulung Ijazah saya hanya dikirim melalui pos. Namun saya bersyukur telah lulus dengan jayanya. 

Alhamdulillah, sudah selamat menghadiri konvokesyen yang kedua untuk Intan. Pelajar-pelajar sekarang beruntung. Sekarang ni di setiap tahap persekolahan diperkenalkan Majlis Konvokesyen. ala ala konvo kerana mendapat ijazah. Mula-mula dulu konvo sebab telah menghadiri tadika. 

Dalam 7 orang adik beradik, Intan beruntung sebab dia 2 tahun menghadiri tadika sebelum masuk ke tahun 1 pada umur 7 tahun. Walaupun begitu setelah 2 tahun menghadiri tadika, perasaan takut dan tiada keyakinan diri masih lagi menghantuinya. Semasa di tadika, ada ketikanya, dia tidak hadir ke sekolah, walaupun sekolah hanya di bawah rumah sahaja. Kalaupun dia ke sekolah terpaksa di tunggu sehingga dia habis sekolah. Sehinggalah dia memasuki Tahun 1 di SK Putatan, dia belum pandai menulis namanya sendiri dan belum pandai untuk membaca.

Pada minggu awal persekolahan di tahun 1, dia sering menangis apabila ditinggalkan di sekolah. Guru kelasnya ingatkan dia sakit, dan menyuruhku membawanya pulang. Aku kemudian memberitahu guru tersebut, dia tidak sakit tetapi mahu ikut pulang. Guru-guru pun macam malas pulak mahu mengurus dan membantu pelajar-pelajar Tahun 1 untuk menyesuaikan diri di sekolah. Ada ketika, aku mencubit atau membiarkan saja dia menangis. Tetapi dia mengejar pulak ke luar kelas. Ada sekali tu, guru besar yang menangkap dan menahannya dari mengikutiku balik. Guru besar tersebut mengatakan bahawa mereka akan mengurusnya dengan baik dan menyuruhku balik ke rumah. Begitulah kisahnya, setiap hari ada saja drama yang dilakukannya sehingga lebih kurang 2 bulan persekolahan.

Saya pun berusaha juga untuk memberi keyakinan kepadanya agar dia minat dan suka untuk ke sekolah. Sehinggalah aku terbaca artikel mengenai cara-cara untuk menasihatinya, iaitu semasa dia tidur. Di umbun-umbunnya aku berdoa dan bercakap secara berulang-ulang agar dia rajin ke sekolah, tidak menangis lagi dan menjadi pelajar yang berjaya. Jangan lupa juga baca selawat atas Nabi dan baca Al-Fatihah. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, dia tidak menangis lagi jika ditinggalkan di sekolah. Di akhir tahun dia telah dianugerahkan pulak pelajar terbaik di kelasnya dan mendapat nombor 1.

Masuk tahun 2 dan tahun-tahun seterusnya, aku lihat kelemahannya adalah Matematik dan Sains. Pernah aku cuba mengajarnya di rumah, tetapi, tidak boleh. Akibatnya, dia selalu aku marah kerana tidak dapat menjawab dengan betul. Untuk tidak memberi tekanan kepadanya, aku biarkan dia belajar sendiri. Mungkin bukan bidang aku untuk mengajar. Aku tiada kesabaran untuk mengajar walau aku mahu melihat dia lulus dengan jayanya dalam mata pelajaran Matematik. Untuk membantunya aku hanya belikan buku-buku ulangkaji agar mereka dapat belajar sendiri.


Syukurlah, sekarang dia sudah berjaya mengharungi tahap ke dua untuk menghadapi masa hadapannya yang masih lagi terlalu panjang untuk dilalui. Semoga berjaya. Insya Allah.    

    

2 comments:

  1. generasi y memang camni la perangainya....hendak dibiarkan...ndak sampai hati (takut spoil)..bila ditegur..panjang pulak rajuknya..heheheh..orang cakap anak-anak ini ibarat kain putih dan ibubapalah yang perlu mencorakkannya.. doa dan harapan akan terus mengiringi perjalanan mereka agar cemerlang dalam setiap peperiksaan dan yang lebih penting melengkapi jiwa mereka dengan bekalan untuk menelusuri universiti kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Amin... terima kasih auntie unknown hahaha

    ReplyDelete