Teringat ada seorang sahabat mengatakan bahawa jika kita mempunyai seorang sahabat, sahabat kita tu akan sentiasa berterus terang dengan kita. Misalnya jika kita mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan atau kita pakai stokin berlainan warna, sebelah merah sebelah biru. Jika kita tidak mempunyai seorang sahabat yang rapat, tidak ada orang yang akan menegur kita kecuali sahabat rapat kita. Maknanya yang betul-betul "kamcing" lah kan.
Haaa... kelmarin saya berjumpa dengan seorang sahabat saya yang telah lebih kurang 11 tahun tidak berjumpa. Sahabat semasa sama-sama menuntut di Tasmania. Saya jemput dia dengan kereta saya yang sudah beberapa hari tidak bercuci dan cermin kereta yang telah retak. Bila dia masuk ja di dalam kereta, apa katanya? Waa... besarnya dah. Tahulah kan kita ni semakin sihat dan happy, cukup makan. Selepas itu, satu persatu dia komen. Patut beli kereta baru, pewangi kereta banyak sangat, bawa kereta slow sangat, kenapa cermin mata tak lap (haha) dan banyak lagi yang censored "tut" .... haha
Masa kami berjumpa kali ini terlalu singkat untuk catch-up banyak. Apa-apa pun, I'm happy that I met her. Begitulah sahabat kan. Once in a while, we need them to remind us about ourselves.
Sayangnya, kerana seronok sangat bercerita, kami terlupa untuk mengambil gambar bersama. Tak pa lah kan, biar kenangan kami berjumpa kali ni tersemat dan terkesan di hati sahaja.
Miss you Noney and all my sahabat.
mmm..memang bertuah ko ada "sahabat" cam tu..bukan mudah untuk dapat title "sahabat" cam tu sehhh...aku pun suka kalo kawan aku dapat berterus terang ngan aku..dan aku pula punya kekuatan untuk berbuat demikian...dan yang paling aku suka....jika kawan aku dapat menerima aku apa adanya...menempuhi susah senang bersama...jerit kat muka aku ketika aku berdegil dengan pendirian aku yang super bodoh..pelangkung aku waktu pagi ketika aku malas bangun solat subuh...menasihati aku ketika aku sedang down tidak tentu pasal..dan bersedih bersama aku ketika aku sedih...sambil bagi kata2 semangat..hehehe..heavennya!!!
ReplyDeleteIya lah kan terpaksa terima ja apa adanya sebab tiada pilihan sudah.... hahaha jangan kau marah ahhh kalau aku jerit kau nanti.
ReplyDelete