Wednesday, 19 June 2013

Green fingers

Apa aktviti di masa lapang yang sering kawan-kawan lakukan? Walaupun saya bukan "green hand" atau "green finger" atau "green thumb", tapi aktiviti yang kadang-kadang saya lakukan adalah menanam atau menyapu daun-daun kering. Saya suka menanam pokok-pokok bunga. Sekarang ni pokok-pokok bunga saya tiada sudah, yang ada yang di bawah ni ja lah yang tinggal lagi.

Walaupun rumah yang saya diami sekarang ni, tanahnya hanyalah sekangkang kera, tetapi dapat juga kami nikmati hasil dari tanaman di tanah tersebut. Sebelum ini, kami pernah tanam sayur kacang bende atau kacang tanduk. Dapatlah dalam 5 - 6 kali masak dan dapat juga diberikan pada mak dan bapa. Selepas tu kami tanam pula ulam raja dan sayur labu air. Sayur labu kami tidak menjadi, tumbuh dan berbuah di rumah jiran pulak. Di tempat kami, tiada. Ulam raja yang kami tanam, hidup subur. Dalam beberapa bulan, ulam raja memang jadi makanan harian kami bersama sambal belacan. Di hadapan pulak kami ada tanam ubi kayu. Sempat juga buat bingka ubi kayu. Selepas banyak betul serangga putih menyerang pokok ubi kayu, kami pun tebang semua ubi-ubi tersebut.

Pokok buah pulak, di depan rumah dan di belakang rumah, kami tanam buah mangga. Selepas 5 tahun baru berbuah. Tanam dari bijilah katakan. Tahun ini, banyak  betul mangga kami berbuah. Kedua-dua pokok mangga berbuah tahun ni. Memang puas lah makan buah mangga juga minum jus mangga.


Sekarang ni, pokok pisang pulak sudah berbuah. Sebelum ni, kami tanam pokok pisang di belakang rumah. Adalah dalam beberapa pokok, pisang emas, pisang keling dan pisang hijau. Tetapi sejak anak buah ternampak sesuatu di belakang rumah (pada sebelah malam), kami pun tebang semua pokok-pokok pisang tu. Tinggallah pokok pisang yang depan rumah ja ni. Tengah berbuah tu...Ndak lama lagi boleh lah makan tu. 


Di depan tu, selain pisang, ada juga kami tanam lada. Tapi lada ni, baru 1 pokok yang berbuah. Yang lain masih kecil-kecil lagi. Belum ada buahnya. Sumber yang sebanyak itu, untuk menampung keperluan 6 orang yang menetap di rumah tu, memang tidak mencukupi. Kuat juga kan makan lada. Ye lah, kalau tiada lada, tidak ada ehmmm ba. Yang masih hijau pun kena ambil juga.


Bunga orkid memang kegemaran saya. Tapi ye lah kan, lama mahu tunggu bunga orkid ni keluar. Setahun sekali berbunga, memang bersyukur sangat. Sekarang ni, tinggal orkid liar ni ja di rumah yang berbunga. Pokok orkid lain banyak yang mati sudah. 


Ok lah tu ja... Harap-harap jadi hijau tangan ni, mau balik menanam ni...

2 comments:

  1. mmm...tangan hijau ya..biasanya perkataan yang aku dengar ialah tangan sejuk..ndak pulak aku percaya semua tu..yang aku tau ialah tangan rajin dan tangan malas heheheh..aku pun memang minat jugak tanam menanam ni..tapi memandangkan masa pun tiada...mmm..malaslah aku memberikan alasan lagi...biasanya kalo btul2 minat tu..tentu kita akan buat masa kan..hehehe...dulu2 memang aku ada 2, 3 batas di rumah...tanam sayur2 yang simple jak...tapi beberapa menjak ni..aku main tipu sbb beli anak pokok yang sudah besar instead of semai sendiri benih2 tu..wahh..best la kutip hasil dari tangan sendiri...dan yang penting bulih save budget .. dengan keadaan ekonomi sekarang..atau mungkin suatu hari nanti kita boleh jadi petani yang berjaya..hehehe

    ReplyDelete
  2. Insya Allah amin..... bila lah mau jadi petani yang berjaya tu....lepas pencen ka? hehe

    ReplyDelete