1. 6 langkah untuk mencapai kejayaan adalah:
- Minat yang mendalam : Apa pun yang kita hendak capai, kita mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap perkara atau aktiviti tersebut. Tanpa minat, kita hanya seperti hangat-hangat tahi ayam.
- Kepercayaan : Kepercayaan kepada Allah yang memberi rezeki serta keyakinan kepada diri kita untuk melaksanakan sesuatu itu adalah sangat penting.
- Strategi : Setiap pelaksanaan kita perlu ada strategi yang baik.
- Nilai-nilai dalaman yang bermakna : Sucikan hati, jangan berdendam, hasad dengki, pilih kasih, tamak haloba. Niat kita mesti baik. Jangan bersangka buruk dengan orang.
- Tenaga dan keupayaan : Kita perlu ada tenaga dan keupayaan untuk melaksanakan apa yang kita inginkan. Jika kita tidak mampu untuk melakukan sendiri, bagaimanakah cara kita untuk memohon pertolongan orang lain, seperti saudara mara kita untuk sama-sama mencapai cita-cita yang kita impikan bersama. Semangat bekerjasama, tolak ansur perlu ada.
- Kebijaksanaan komunikasi : Komunikasi amat penting dalam menyampaikan keinginan serta hasrat kita. Komunikasi berkesan hendaklah dilaksanakan kepada pelanggan serta stakeholders kita.
- Yakin 500% Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Pemberi
- Kepercayaan itu pasti jadi kuasa yang amat kuat untuk buat perubahan positif dalam kehidupan
4. Hubungan kekeluargaan adalah amat penting dalam mencapai sesuatu impian. Walau seburuk mana pun keluarga kita, jangan pernah cuba untuk memutuskan hubungan silaturrahim. Walau sindiran dan kejahatan yang kita terima, balaslah setiap perbuatan itu dengan kebaikan.
5. Untuk berjaya kita mestilah berusaha, dan berusaha dan terus berusaha. Fikiran yang positif mestilah dipupuk di dalam diri.
6. Kunci kelapangan hidup adalah kesabaran. Kunci kejayaan, kecemerlangan, dan keterbilangan adalah ketinggian ilmu dan selalu beristiqamah. Kunci kebahagiaan adalah selalu bermuhasabah diri dan kunci keindahan dan kemantapan kasih sayang adalah saling percaya dan menerima kelemahan dan kelebihan diri sendiri dan orang lain seadanya.
Sesiapa yang berminat untuk membaca buku ini, bolehlah pinjam di perpustakaan atau beli di kedai-kedai buku. Selamat membaca! Dengan itu, marilah kita berdoa agar kita mencapai kejayaan kita serta dimurahkan rezeki. Amin.
No comments:
Post a Comment