Friday, 30 August 2013

Bendera Jalur Gemilang

Bilakah nama Jalur Gemilang digunakan untuk bendera Malaysia? hehe soalan cepumas. Haaa Nama Jalur Gemilang digunakan untuk Bendera Malaysia sejak sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 40 yang telah dilancarkan pada 31 Ogos 1997.

Sudah mengibarkan jalur gemilang di kereta, di rumah dan di pejabat? Kepada sesiapa yang belum lagi mengibarkan bendera jalur gemilang tu.... ha cepat-cepat lah kibarkan. Bukan susah pun, tak pun mahal sangat mau beli bendera tu. Boleh dapat free lagi.

Pagi ni, saya lambat sikit datang ke pejabat. Sesampai di jalan Teluk Likas, kereta berderet, jem. Dalam hati, ada sekatan jalan ka ni? Malam ni, malam kemerdekaan kan. Ndak lama lepas tu limpas pulak kereta peronda polis dan anggota RELA. hmmm mesti ada sekatan jalan ni. Cek, dulu lesen memandu, ada ka tidak dalam beg hehe, baru mau cek. Walau perlahan, tetapi kereta tetap bergerak. Tidak lama kemudian, nampak banyak kereta yang di pasang bendera di letak di siring-siring jalan dan terdapat ramai juga orang yang memegang bendera berada di tepi jalan dan di tengah-tengah jalan.

oooo rupa-rupanya, diaorang mengagihkan bendera kepada pemandu kereta sambil yang lain melekatkan bendera kepada kereta tersebut. Aku tengok kereta yang berderet di hadapan ku, di belakang dan di lorong sebelah, semuanya tiada di pasang bendera, termasuklah kereta ku sendiri. Malu juga ni, padahal, suda balik-balik di ulang di radio suruh pasang bendera di kereta, di rumah dan di pejabat. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas tersebut yang telah memberiku bendera.

Walaupun begitu, ada juga insan-insan yang tidak menghargai dan menghormati bendera tersebut. Salah satu kenderaan yang berada di hadapan ku misalnya, telah membuang bendera negeri Sabah tersebut setelah melimpasi petugas-petugas yang mengagihkan bendera. Sakit juga hati ku bila melihat perkara tersebut berlaku di hadapan mataku. Kalau pun tak mahu di pasang bendera tu, simpan ja lah, janganlah di buang di tengah-tengah jalan.



Memang hari tu (seminggu yang lepas) suamiku sudah membeli bendera, tetapi untuk di pasang di rumah sahaja. Setiap tahun, begitulah bersemangat dan patriotiknya dia bila masuk bulan Ogos. Seawal bulan Ogos, itulah tugas dan aktivitinya di rumah. Menghias rumah kami dengan bendera.

 

Jadi, sanak saudara dan sahabat handai di luar sana, jika masih belum mengibarkan bendera tu, marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan negeri dan negara kita pada tahun ini dengan mengibarkan bendera jalur gemilang dan bendera negeri Sabah di kereta, rumah dan pejabat kita. Salam hari kemerdekaan untuk semua pembaca.    

Monday, 26 August 2013

hantu

Percaya adanya hantu? Takut hantu? Pernah nampak hantu?

Haa, saya ni, alhamdulillah, tidak pernah dan tidak mahu nampak hantu atau sesuatu yang serupa dengannya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Kadang-kadang, makhluk ini suka untuk mengganggu manusia. Walaupun tidak pernah nampak, saya percaya wujudnya makhluk ini di muka bumi kita. 

Beberapa orang telah melihat sesuatu di belakang rumah yang saya diami sekarang. Seperti yang pernah saya ceritakan, anak buah saya pernah nampak sesuatu di pokok pisang belakang rumah kami. Selepas itu, kami tebang semua pokok pisang di belakang rumah. Anak saya juga pernah nampak seperti seseorang melalui tingkap dapur. 

Sementara itu, suami saya juga telah beberapa kali bermimpi. Kali pertama dia mimpi, wajah perempuan berambut panjang baring di atas siling memandang ke arah suami saya yang sedang tidur. Rambutnya yang panjang tu mengurai jatuh hampir menyentuh muka, dengan mata yang merah menyala. Sambil itu satu lagi keluar masuk bilik tidur kami melalui dinding pintu yang tertutup. Suamiku kejut kan aku menyuruhku menutup dan mungunci pintu bilik kami. Aku memberitahunya, pintu bilik tu sudah di tutup dan dikunci. Dia kemudian menyatakan 'hantu' tu dapat masuk ke dalam bilik kami. Tak puas hati dengan pernyataan ku, dia sendiri memeriksa pintu tersebut. memang ternyata, pintu tersebut telah dikunci. tetapi dia masih tidak puas hati kerana katanya "hantu" tu masih ada di dalam bilik. Masalahnya, saya tidak nampak hantu tersebut, hanya suami yang nampak. Dia seperti susah hati. Lama-kelamaan, aku menyuruhnya membaca surah apa-apa sahaja dari al-Quran agar "hantu" tersebut hilang. 

Baru-baru ini, suami ku bermimpi lagi. Ni kali dia bermimpi pintu pagar rumah kami digoncang. Seperti orang yang tidak dapat masuk ke rumah. Suami ku mengejutkan ku, ada orang di luar rumah katanya. Aku kebingungan, sebab tiada dengar pun apa-apa. Kami kemudian, menjenguk ke luar rumah dari pintu kaca rumah kami. Pada mulanya, hanya menyelak tabir. Tidak puas hati, kami buka pintu rumah. Apa bila pintu rumah di buka, terdengar bunyi anjing yang seperti nampak hantu...auuuuuu   anjing tu berbunyi. Seram juga ku rasa. Aku kemudian, masuk ke bilik. Kami tidak nampak sesiapa pun di pintu pagar rumah kami.

Itu baru sebahagian cerita mengenai hantu yang dapat diceritakan di sini....


Thursday, 22 August 2013

2 Syawal 1434

Sambungan dari post sebelum ini: 

Setelah seharian beraya di rumah, hari kedua Syawal, kami semua bersiap sedia untuk beraya di rumah sanak saudara pulak. Mak bapa, adik beradik dengan anak-anak masing-masing, kesemuanya 33 orang yang menaiki 6 buah kereta telah menyerbu ke rumah Pakcik Jamir, seawal jam 9:45 pagi. Kereta kami yang sampai dulu. Pintu pagar pun belum buka lagi. Hujan renyai-renyai pulak tu sejak awal pagi.

Mungkin awal sangat kami sampai, muka pakcik dan makcik macam muka penat. Makanan memanglah belum siap lagi. Rupa-rupanya, semasa mereka masak sejak semalam, gas pulak habis. Memandangkan banyak kedai yang masih tutup kerana cuti hari raya, susah lah untuk mencari gas, sehingga awal pagi. Itu yang nampak macam kelam kabut ja diaorang. Kesian pulak dan rasa bersalah pulak. Apa pun, semangat raya berkobar-kobar. Makan ja apa yang ada kan. Kuih pun banyak. Yang penting bukan makanan, tetapi suasana raya tu.


Selesai makan soto dan nasi kuning dengan ayam serta dapat duit raya, kami pun bertolak ke Sembulan. Hujan renyai-renyai masih lagi turun. Sesampai di Sembulan di rumah Tua Inah (kakak bapa), kereta kami juga yang sampai dulu. Selepas kami sampai, adikku Wati dan Abg. Lan pun sampai. Bila bersalam dengan Tua Inah, faham-faham lah... Tua Inah cakap, "haaa ni yang setahun sekali ja ni datang. Kalau ndak raya, ndak pandai datang rumah". Aku hanya tersenyum. Ndak mahu menambah apa-apa yang dicakap. Nanti bertambah bising lagi dia. Bila wati sampai, dia belikan tudung dan baju untuk Tua Inah. Tua Inah pun cakap, "ni baru lah anak buah aku yang paling bagus, aku sakit pun di kasi beli semangka... " hehe aku hanya tersenyum. Dalam hatiku, lupa pulak kan mahu bawa buah tangan untuk Tua Inah.... sudahlah setahun sekali ja datang jenguk dia. Apa boleh buat, kasi duit raya ja lah. 

Memandangkan hari tersebut hari Jumaat, yang lelaki semua ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Tinggal lah kami yang perempuan di Sembulan berlepak-lepak sambil menunggu mereka. Kami di jamu makanan lagi. Selesai semua sembahyang jumaat dan zohor, kami terus menyerbu rumah Makcik Milah pulak (sepupu bapa) di Taman Rainfield. Dengarnya diaorang ni baru balik dari Gadong, Beaufort. Memandangkan mereka baru sampai ke rumah juga, kami hanya dijamu kuih raya dan minuman. Alhamdulillah. Yang penting, anak buah sempat baring-baring.


 
 Selesai di Rainfield, selepas mendapat duit raya, kami ke Taman Seri Gaya, ke rumah adik mama. Di sini kami dihidang nasi katok. Tokeh nasi katok lah katakan. Masa ni, ramai yang mula rasa kepenatan.



 
sempat buat gwiyomi lagi
Yang uniknya, masa di sini, anak-anak buah ndak di kasi duit raya, tetapi di kasi bunga api. haaa seronok semua anak-anak buah bila dapat bunga api. Mak-mak buah pun tumpang seronok juga. Terima kasih uncle Ijal & auntie Lin.


Selepas itu, kami ke Tanjung Aru, ke rumah arwah Wak Norati. Dengar khabar dari kak Fauziah yang kami jumpa di Taman Seri Gaya, bapanya sakit. Jadi, kami pun serbu lah rumahnya. Target sebelum habis asar, kena balik rumah lah.

Sebelah malam pulak, kami ke rumah Kaslan (sepupu ku). Ni rumah yang terakhir lah ni untuk hari ni. Seharian, makan di luar ja, dan sehari juga tidak masak di rumah.


Alhamdulillah, tahun ni, dapat beraya sambil mengunjung ke rumah sanak saudara bersama semua keluarga. Selalunya suami kerja, jadi, mahu join beraya pun rasa tidak seronok. Tahun ni, beraya sakan lah namanya kan.

Mohon ampun dan maaf jika tiada kesempatan untuk berkunjung ke rumah. Jangan lah marah ya kalau tidak dapat datang ke rumah semasa raya hari tu. Ada lah sebabnya tu tak dapat datang. Akhir kata, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kami sekeluarga.