Sunday, 21 July 2013

Kerepek Sukun

Tahu buah sukun? Pernah tak makan buah sukun? Sesapa yang tak pernah makan buah sukun tu, ha rugi lah tak pernah menikmati salah satu lagi nikmat dunia. hehe Pokok sukun ni, tinggi kalau sudah matang. Bila pokoknya tinggi, jadi buah-buahnya pun tinggi-tinggi lah kan. Daunnya besar-besar. Buahnya juga besar macam buah kelapa. 

Selalunya buah sukun ni, boleh juga di buat sayur masak lemak kalau buahnya tu belum matang. Kalau cukup matang, selalunya di goreng begitu sahaja ataupun digoreng dengan tepung (macam goreng pisang tu). Kalau sudah terlebih masak, boleh pulak di buat jemput-jemput. Kalau terlebih masak, rasanya manis-manis sikit. Memang sedap dibuat jemput-jemput.  Tak perlu letak gula.

Selain dari yang disenaraikan di atas, buah sukun ni boleh juga di buat kerepek. Selalunya kalau nak di buat kerepek, kenalah parut sukun tu nipis-nipis. Kerja memarut ni, nampak ja senang, tapi kalau buat, susah juga. Kalau parut tidak sekata, tidak lah cantik. Nampak hancur. Kalau silap sikit, boleh patah pemarut tu. Jadi, untuk memarut sukun ni, mesti ada skil. 

Kerepek sukun ni, sedap di makan di depan TV. Kalau makan ja, tak sedar dah habis....

Dirumah mak, ada 2 ja pokok sukun ni. Tapi buahnya ni bermusim. Kalau musim buah sukun, sampai kepuasan makan buah ni. Sebab, sekali berbuah, buahnya memang banyak. Sebelum ni, kalau musim buah sukun, kami akan memberi kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Tetapi, sejak mak membuat kerepek sukun ni, kami pun mulalah menjual kerepek berkenaan. Setakat ni, ada lah sikit-sikit hasil sukun tu. Sesapa yang berminat nak mengorder kerepek sukun ni, ha, jangan segan, jangan malu, bagi tahu ja bila-bila k. 


Oh ya, ada satu lagi yang selalu mak buat dari sukun ni.... iaitu puding sukun. Setakat ni, belum ada gambarnya, nantilah kalau sudah ada gambar saya akan upload. Puding sukun ni pun kalau nak order, boleh juga, bagi tahu ja. Sesapa yang tak pernah rasa ni, memang sedap, sampai menjilat jari...hehe Semasa bulan Ramadhan ni, kalau mak sihat, mak akan buat, dan adik saya menjualnya di bazaar Ramadhan di Kepayan. Sesapa yang nak rasa, yang malu nak order, boleh cari kat sana k.

Tuesday, 16 July 2013

Bubur lambuk

Tahu bubur lambuk? Di Sabah, bubur lambuk ndak berapa famos. Ada tu memang ada lah. Tapi tidak lah macam di Semenanjung. Walaupun begitu, ianya semakin dikenali dan disukai juga. Aku memang suka juga makan bubur lambuk ni. Mungkin sebab ada rempah ratus yang dicampur dalam bubur tersebut. hmmm ok lah. Dulu semasa di Semenanjung, selalu juga makan bubur lambuk ni. ye lah kan, selalunya, dibahagi-bahagi di masjid semasa iftar atau murih. 

Kelmarin, semasa hendak balik ke rumah selepas waktu Asar, limpas di hadapan masjid melihat anak bulan, Masjid Al-Hilal Tg Dumpil, ada beberapa budak sedang mengagihkan bubur lambuk. Ingatkan apa yang diagihkan sebabnya, budak-budak tu melambai-lambai agar kereta yang lalu lalang di situ berhenti, agar membolehkan mereka memberi bubur tersebut. Bila limpas ja, ingatkan tak mahu berhenti, tetapi, bila tengok diaorang agihkan bubur lambuk, saya pun berhenti lah juga. Budak tu berlari-lari memberikan bubur lambuk tersebut. Alhamdulillah. Dah lama juga tak makan bubur lambuk. Dapat lah berbuka puasa dengan bubur lambuk kemarin. 

Di rumah, suami memang tak berapa suka dengan bubur atau bubur nasi. Jadi, saya dan seorang anak saya sahaja yang habiskan bubur lambuk tersebut. Kalau ada daging dalam bubur lambuk tu lagi sedap.... hehe 

ok lah itu ja nak beritahu pasal bubur lambuk ni. Tapi kalau makan bubur ja semasa berbuka dan sahur pun makan bubur lambuk juga... ha, nanti tak bermaya pulak. Kena lah juga makan nasi kalau nak elak rasa lapar masa berpuasa ya. Ok, selamat berpuasa kawan-kawan dan selamat berbuka puasa. 

Saturday, 13 July 2013

Langsir oh langsir

Ini isu yang berat ni untuk suri rumah - suri rumah... haha Untuk suri rumah sahaja ya... Bila masa mau dekat raya, isu ini lah yang sering timbul. Tahun ini tukar langsir baru? hehe kepada suri rumah, pernah kena tanya soalan tu? hmmm tadi dah kena tanya soalan tu. Selepas menjawab yang tahun ini tak nak tukar langsir baru.... dalam hati, masih ok kah langsir tu ahh? patutkah tukar? hmmm fikir 2 - 3 kali pulak, samada patut kah tidak mahu tukar langsir. 

Memang langsir tu lah yang dipakai selama setahun. Kalau tak tukar, kena lah cuci biar nampak cantik macam baru ye tak? Tadi di rumah mak, mak mengeluh, langsir tak di cuci lagi. Dia pulak lenguh-lenguh kaki dan tak dapat berdiri lama. Mak ingat nak buat langsir baru, tapi, sempatkah kalau sudah puasa ni nak buat langsir baru? Kalau sebelum puasa mungkin sempat lagi nak tempah. Mahu tidak mahu terpaksalah cuci ja langsir kan. Bapa yang ada di situ ketika itu hanya menyatakan, tak perlulah cuci, biar ja. Raya, orang datang bukan tengok pun langsir tu.... hehe begitulah kan lelaki tidak ambil berat mengenai perkara-perkara ni. 

Tetapi, sebagai perempuan, kita rasa malu juga kalau orang datang rumah, langsir kita berabuk-abuk tak bercuci, sudahlah tidak bertukar. Sebab tu lah saya katakan di atas tadi, isu langsir ni, isu besar ni. hehe Nak menyuci langsir, satu hal pulak. Kalau langsir jenis kain cotton, ok lah, ringan ja, senang cuci, Tetapi kalau jenis kain yang berat, aduh mak, lenguh jugak pinggang walaupun mesin yang mencuci.

Bagi yang belum ada rumah dan tangga tu senang lah. Tak perlu nak fikir pasal langsir ni. Langsir oh langsir, patutkah aku tukar kau dengan yang baru? hehehe ada dermawan yang mahu sponsor?