Sunday, 15 September 2013

Chicken Soup for the soul

Cipta Kebahagiaan Kita

Semasa kursus video di Wisma MUIS, saya berkesempatan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk di atas. Terdapat 100 cerita inspirasi mengenai mencipta tujuan, semangat dan kebahagiaan hidup kita dalam buku ini. 

Setakat ini saya belum habis membaca buku ini lagi. Baru baca 2 kisah iaitu mengenai seorang yang menghidap kanser tapi masih bersemangat untuk hidup. Satu kenyataan yang menarik hati saya dalam kisahnya ialah "Hargai setiap hari dalam kehidupan kita". Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersyukur kehadrat Allah atas nikmat kehidupan yang telah diberikan kepada kita. Ramai lagi orang lain yang hidupnya menderita tetapi kita diberikan kenikmatan hidup yang aman, senang, tenteram, sihat dan harmoni. 

Kita janganlah sentiasa merungut dengan apa yang kita hadapi. Merungut ni adalah salah satu sifat negatif yang mesti kita kurangkan atau hapuskan sama sekali, kalau boleh. Misalnya kita selalu merungut mengenai gaji tidak naik-naik, bos tidak adil, bosan dan sebagainya. Salah satu cara untuk mengurangkan sifat negatif ini adalah dengan mencatat setiap kesyukuran yang kita dapat. 

Misalnya: 

 1. Syukur bos telah meringankan tugas saya dengan meneri tugas tersebut kepada kawan saya. 
 2.  Syukur saya masih mempunyai pekerjaan kerana ramai lagi belia-belia di luar sana yang masih menganggur. 

Dan sebagainya. Buatlah rekod setiap hari setiap kesyukuran yang kita rasakan dan hadapi. Ini adalah petua yang saya baca dari buku yang telah saya beli ini. Marilah kita cuba bersama-sama ok. Bah, itu sahajlah sup ayam untuk santapan rohani anda pada hari ini.

100 Tahun Pendaftaran Harta Intelek di Malaysia 1913 -2013

Pada hari Khamis, 5 September 2013 yang lepas saya dan empat orang lagi kawan sepejabat telah berpeluang mengikuti satu seminar mengenai kesedaran harta intelek di Magellan Sutera, Kota Kinabalu. Ini kali ke2 saya mengikuti seminar berkaitan harta intelek, sejak saya berada di SaBC. Peserta kali ini agak ramai juga, mungkin dalam 500 orang (semasa majlis pembukaan atau perasmian). Namun dari muka-muka peserta berkenaan, saya dapati, tidak ramai muka-muka yang biasa saya kenali. Mungkin ramai dari jabatan-jabatan persekutuan. 


Acara dimulakan agak lewat, dekat jam 10 pagi di mana Ketua Menteri Sabah, YAB Datu Seri Panglima Musa Hj. Aman yang merasmikan. Kami tertanya-tanya kenapa kita menyambut 100 tahun pendaftaran harta intelek di Malaysia, sedangkan usia negara Malaysia sendiri baru 56 tahun dan Sabah di dalam Malaysia juga baru 50 tahun. Rupa-rupanya Sabah atau pada masa itu Borneo Utara telah dulu mendaftarkan harta intelek pada tahun 1913.
Lebih tepat lagi, pada 29 mac 1913, pendaftaran pertama Cap Dagangan di Malaysia dilakukan oleh sebuah syarikat yang berasal dari Negara Italy iaitu Madiano Industrie Cartotecniche Societa per Azioni yang menjalankan perniagaan berasaskan tembakau (cigarette paper). Ianya didaftarkan di Sabah atau Borneo Utara pada masa itu. 

3 dara pingitan
 
Cap dagangan ini penting untuk didaftarkan terutama jika kita salah seorang ahli perniagaan. Ia menunjukkan barangan tersebut adalah hak kita dan tiada orang yang boleh meniru atau mengambilnya. Penerangan yang diberi oleh penceramah-penceramah mengenai cap dangan, petunjuk geografi fan rekabentuk perindustrian sangant padat dan terperinci dan mudah difahami. Syabas kepada pihak penganjur. Cuma yang sedihnya, bila selepas acara perasmian dan makan tenghari, para peserta semakin kurang. Mungkin pihak penganjur perlu menjemput ahli-ahli perniagaan dan bukan sahaja tertumpu kepada orang-orang kerajaan. 

ni penceramah... tapi bukan mau tunjuk penceramah pun, cuma kahu ambil gambar jam hehehe

Kursus Pembangunan Video Korporat

Saya telah berpeluang mengikuti kursus pembangunan video korporat pada 9 hingga 13 September 2013 di Makmal IT INSAN di tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Objektif kursus ini adalah untuk memberi para peserta kemahiran dalam membuat atau menyunting video beserta dengan audio serta mengeksport ke media lain. Proses dia memang agak panjang dan lama, namun selama 5 hari kami berkursus masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Kami hanya di ajar secara umum atau basic sahaja. Software yang digunakan untuk membuat video ini adalah dengan menggunakan software adobe primier pro cs4.


Hari Pertama: 

Hari pertama kami belajar bagaimana untuk menghasilkan atau menaip satu skrip untuk tujuan membangunkan sesebuah video atau movie yang baik. Software yang digunakan untuk menaip skrip di beri nama Caltex. Agak mudah juga penggunaan perisian ini. Ini adalah salah satu cara lain untuk menaip skrip selain dari menggunakan "Word". Semasa membuat skrip ni kita tentukan apa penggambaran yang diperlukan samada di lokasi luar atau dalam. Semasa hari pertama kami juga belajar mengenai storyboard. Setiap video mesti ada storyboard. Storyboard penting untuk memberi gambaran jelas mengenai video yang akan dibuat.


Hari Kedua dan Ketiga

Hari Kedua dan ketiga kami belajar mengenai warna, transition, audio dan cara untuk membuat video yang ringkas. Kami sambungkan video-video pendek untuk menjadikannya satu cerita yang menarik. Di bawah ni ada hasil video yang di buat selepas hari ketiga.

(malangnya ada masalah untuk upload video.... cuma dapat bagi link ja, setelah upload di utube  ni link dia:
http://youtu.be/xvuYKUCwgjw )



Hari Ke-4

Selepas hari ketiga, kami sudah boleh membuat video. Beberapa video pendek, termasuk gambar-gambar berkaitan serta skrip dan audio yang telah disediakan oleh penganjur, kami telah membuat jalan cerita kami dan menghasilkan satu video pendek selama 3 - 5 minit. Boleh lah, kalau setakat amateur.



Kalau ada kesempatan, saya akan upload video tersebut. Buat masa ini, ada masalah pulak mau upload video tersebut ke blog ni. Amacam caranya ya.... sudah beberapa kali cuba tapi masih belum berjaya upload... sabar peminat... heheh

semasa upacar penutup

Selepas ini boleh lah buat video untuk ofis kan. Haaa sesiapa yang ada telefon canggih tu (untuk kawan seofis yaaa), atau camera atau videocam, ambil lah video atau gambar banyak-banyak. Boleh kita buat video production lepas ni....