Ini adalah jambatan yang diperbaiki tahun lalu (2015 - kalau ndak silap) di Kg. Landung Ayang Laut, Kudat. Di sini lah mentua ku tinggal. walaupun rumah-rumah di sini didirikan di atas air, setiap keluarga sebenarnya diberikan satu lot. Tetapi sekarang bilangan rumah di kawasan ini semakin bertambah, kurang pasti pulak samada rumah-rumah baru ini diberikan lot atau tidak.
Tahun lalu jambatan yang menghubungkan rumah-rumah di atas air ini telah dinaik taraf. Sejak saya sering ke kawasan ini disebabkan ini adalah kawasan perumahan mentua ku, jambatan ini memang sudah 2 atau 3 kali di naik taraf. Tetapi, kali ini, bahan yang digunakan adalah plywood. Jika di lihat dengan mata kasar, memang licin. Lebih-lebih orang seperti saya yang berbadan besar, jika jalan di atas ni, sangat berhati-hati. Apa lagi jika hari hujan, susah mahu jalan. Jambatan ini juga tidak tahan lama. Disebabkan hujan dan panas, tidak sampai setahun papan tersebut telah mengembang, merekah dan terbuka. Bahaya untuk kanak-kanak, orang tua juga penduduk setempat.
Memang harga plywood ni murah. Ini juga menunjukkan di mana integriti pelaksanaan projek-projek Kerajaan. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan tinggi, tetapi pelaksanaannya sangat mengecewakan. Yang kena rakyat juga. Di harap, pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Jangan melaksanakan projek yang sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Saya bukan hendak menjatuhkan sesiapa, cuma, kita sebagai pegawai kerajaan perlu memantau setiap apa yang kita lakukan untuk orang awam.
No comments:
Post a Comment