Adat suku kaum Bajau di Sabah, semasa bertunang, pihak lelaki perlu bawa ayam jantan, gelang loyang dan keris serta cincin. Kurang pasti pulak untuk apa. Tapi itu la adat. Ada yang masih diamalkan sehingga kini, ada yang tidak. Semasa tunang hari tu, memang itulah barang-barang yang di bawa oleh pihak lelaki.
Majlis Perkahwinan anakku Nur Fatihah diadakan secara sederhana sahaja. Majlis berinai diadakan pada 25 September 2015, pada sebelah malam Jumaat. Dan majlis pernikahan diadakan pada 26 September 2015 pada sebelah petang.
Ni masa majlis berinai |
Mak bapa dan adik ku bersama anak-anak mereka juga datang ke majlis tersebut. Tetapi mereka datang sebelah siang, pada hari majlis pernikahan. Ndak sempat lah dorang mo tengok majlis nikah, sempat datang sahaja.
Majlis akad nikah dilakukan pada sebelah petang sebab tidak berapa panas. Kalau rumah di atas air ni, sebelah tengahari memang panas sangat.
Ni baju terakhir, warna hitam. Masa ni, crown pun patah. |
Ini acara yang terakhir, Sempat lagi bapa pengantin perempuan mendendangkan beberapa lagu bersama adiknya. |
No comments:
Post a Comment