Sebagai insan biasa, kadang-kadang kita lupa bahawa setiap apa yang berlaku ke atas diri kita pada hari ini atau di masa hadapan adalah kerana perbuatan kita sendiri di masa lalu atau pada ketika dan saat ini. Kita mudah lupa atas apa yang telah kita katakan, atau lakukan terhadap orang lain. Setiap apa yang kita tuturkan biarlah yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya apabila menuturkan atau mendoakan yang baik-baik kepada orang lain, doa tersebut akan juga dimakbulkan untuk diri kita sendiri. MasyaAllah, kenapa masih ada yang tidak sedar akan perkara ini?
Kenapa masih ada kutuk mengutuk di antara satu sama lain, hina menghina antara satu sama lain, benci membenci antara satu sama lain. Padahal saudara mereka sendiri. Kita hanya sementara di dunia ini, kenapa mesti bersangka buruk kepada orang lain. Terima lah dengan hati yang terbuka jika kita di tegur, tidak kira dari orang yang kita tidak kenali atau saudara / kawan rapat kita sendiri. Sesungguhnya, teguran itu adalah dari Allah yang menggunakan kita manusia sebagai perantara. Allah mahu kita memperbaiki diri kita, memperelokkan diri kita sebelum kita di jemput menemuiNya. Bersyukurlah kita jika masih ada orang yang memarahi kita jika kita melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan di muka bumi ini. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Janganlah kita terlalu sombong dan bongkak dan melenting apabila ditegur atau dimarahi.
Ingatlah setiap apa yang keluar dari mulut kita, akan juga kita rasakan suatu hari nanti. Cuma, kita akan rasakannya samada cepat atau lambat sahaja. Jaga tinglah laku, jaga adab sopan kita, jaga maruah diri kita sebelum kita melontarkan kata-kata samada di alam nyata atau alam maya seperti facebook.
Hanya peringatan untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment