Ramai kita beranggapan bahawa kita perlu kaya raya sebelum kita dapat memberi sesuatu atau bersedekah. Kita lupa bahawa pemberian tersebut boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan situasi. Tidak semestinya orang yang kaya sahaja yang patut bersedekah.
Saya teringat buku yang baru sahaja saya baca mengenai manfaat memberi, yang bertajuk "Aku terima nikahnya". Penulisnya, Ustaz Hasrizal ada menyatakan di dalam bukunya itu bahawa perkahwinan adalah medan untuk memberi. Di dalam perkahwinan, kita hendaklah banyak memberi untuk mendapatkan kebahagiaan yang kita inginkan. Misalnya memberi masa untuk anak-anak atau suami/isteri dan kasih sayang kita. Pemberian kasih dan sayang ibu bapa kepada anak-anaknya adalah suatu pemberian tanpa syarat. Ibu bapa sahaja yang dapat memberi kasih sayang tanpa syarat kepada anak-anak berbanding dengan kasih anak-anak kepada ibu bapanya. Mereka akan sanggup bergadai nyawa dan harta hanya untuk kebahagiaan anak-anak. Itulah kelebihan kasih sayang daripada ibu dan bapa kita. Oleh itu kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu dan bapa, kasih dan sayanglah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini. Hanya mereka yang dapat memberi anak-anak seribu kenikmatan.
Saya juga teringat satu artikel yang mempersoalkan bilakah masa yang paling sesuai untuk kita memberi atau bersedekah? Artikel tersebut ada menyatakan bahawa masa yang paling tepat untuk bersedekah ialah pada masa kita rasa kesempitan duit atau rezeki, bila kita rasa gaji kita tidak perna cukup, banyak yang perlu di bayar dan macam-macam lagi masalah yang bertimpa-timpa. Masa kita kesempitan ini lah masa yang paling tepat untuk bersedekah. Insya Allah Tuhan akan menggantikan nya dengan yang lebih baik lagi. Tetapi bila kita sudah keluar dari kesempitan tersebut, teruskan lah sedekahmu itu. Nescaya Allah akan memperluaskan lagi pintu rezeki kita.
Ada ketikanya bila kita dapat memberi sesuatu kepada binatang juga akan membuat hati kita tenang. Misalnya di rumah saya ada menanam cili padi. Suamiku pernah berkata, janganlah dipetik lada tu, biarlah bagi burung makan lada tu. Saya pernah mempersoalkan perkara tu, kenapa pulak di biarkan lada-lada tersebut untuk di makan burung? Bukan kah sayang tu, habis lada tu di makan oleh burung. Tetapi, setelah saya terbaca sebuah artikal di majalah Mastika bahawa terdapat seorang petani yang meninggal dunia yang di iringi oleh pelbagai jenis burung semasa beliau hendak dikebumikan. Semasa hayatnya beliau sering memberi burung-burung tersebut makanan. Di situlah baru saya tersedar bahawa, bersedekah untuk binatang juga memberi manfaat untuk diri kita, samada di dunia atau pun di akhirat.
Alhamdulillah dengan kesedaran ini, aku sedekahkan segala bentuk pembayaran atau pembiayaan persekolahan sehingga kini kepada semua anak-anak tiriku. Tiada balasan apa-apa yang ku pinta sebagai balasan, hanya aku berdoa agar mereka menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Aku juga berharap Tuhan akan mengampunkan semua dosa-dosa ku juga dosa-dosa kepada semua anak-anak tiriku kerana kurang memberi kasih sayang kepada mereka sebagai seorang ibu. Seperti kata Ustaz Hasrizal lagi, ibu bapa juga mempunyai dosa kepada anak-anak. Iaitu dosa ibu yang sibuk bekerja untuk membiayai kecukupan mereka untuk belajar dan menjadi orang yang berguna.
Mmmm...sedekah adalah punca untuk menjemput rezeki..mudah mudahan sedekah tersebut dikira sebagai amal yang akan menerangi kubur kita nnt..Aminn..
ReplyDelete