Musim hujung tahun adalah masa yang paling sesuai untuk bercuti. Ye lah kan, budak-budak pun cuti sekolah. Jadi, ibu bapa pun cubalah mengambil cuti sempena cuti sekolah ni. Namun begitu, semasa cuti sekolah baru-baru ni, bukan pulak anak-anak yang pigi cuti-cuti Malaysia, ibu bapa pulak.... :-) Jarang-jarang kami pigi bercuti. Ni lah ni, masa yang paling sesuai. Itu pun, gara-gara adik ku yang suruh kami ambil mak dan bapa di Kundasang. Diaorang hantar ja mereka ke sana, kemudian balik ke KK. Keesokkannya kami pulak ke sana, untuk ambil mereka.
Di sini lah kami menetap selama 1 malam. Keseluruhan tempat penginapan ni ada 6 buah rumah, 1 rumah ada 2 buah bilik. Satu malam kadar dia dalam RM170. Kalau dikira, memang mahal lah sikit. Tetapi, tempat sudah di booking dan kalau mahu cari tempat lain, belum tentu ada sebab musim cuti sekolah. Memang ramai orang yang mengunjungi Kundasang ni lebih-lebih lagi masa musim cuti sekolah. Di depan rumah ni ada veranda. Jadi, semasa awal pagi, dapatlah melihat gunung Kinabalu yang baru muncul dek awan yang tebal. Dapat juga santai-santai sambil minum kopi panas.
Lokasi penginapan ni, betul-betul di hadapan pasar-pasar sayur di Kundasang. Jadi senang sangat lah untuk pengunjung yang ingin membeli sayur Kundasang. Tempatnya memang strategik. Cuma, di penginapan ni, sebelah malam memang agak sejuk sikit lah. Water heater tidak berapa panas. Selepas mandi kesejukan dan menggigil, saya pun berjalan-jalan di hadapan pasar sayur tersebut untuk memanaskan badan.
Di tempat penginapan ni, ada juga cafe nya. Tapi mama tidak berapa suka masakannya. Hari pertama kami makan tengahari di sini, mak cuma makan sayur sahaja dengan nasi. Ikan masak masam manis, tidak sedap katanya. :-) Ikannya tidak fresh, kata mak lagi. Memanglah, kawasan Kundasang ni kan jauh dari laut, tentunya ikan air tawar yang banyak di kawasan ni. Hari kedua pulak, kami sarapan di sini. (Sarapan termasuk dalam kos penginapan). Bila tanya, jam 8 pagi baru sarapan, kata pekerja di situ. Kami yang bangun seawal jam 5 pagi pun menunggu lah sarapan tersebut. Sebelum jam 8 pagi kami telah duduk-duduk santai menunggu. Sambil anak-anak buah pun, macam-macam jadi permainan mereka. Plastik pun jadi mainan mereka, sambil menunggu sarapan pagi.
Pada jam 8 pagi ada pekerja yang baru sampai. Makanan memang belum ada lagi, tetapi pekerjanya telah mengambil order setelah beberapa kali di tanya.... :-) Untuk sarapan free hanya nasi goreng kata pekerja berkenaan. Jika mahukan yang lain pun ada, tetapi bayarlah. Kami pun order nasi goreng sahaja lah untuk 6 orang, (tidak termasuk budak-budak). Budak-budak share sahaja sebab diaorang pun sudah makan maggie awal pagi lagi.
Pada hari pertama di Kundasang, selepas adikku sampai dari KK, (terpaksa diaorang balik juga ke Kundasang sebab anak-anak dia semua menangis mahu tidur di Kundasang), kami pun mencari tempat untuk minum petang. Mak dan bapa mo makan goreng pisang. hmmm cari punya cari, jumpa goreng pisang di kawasan deretan kedai di Kundasang. Tetapi, disebabkan kawasan sejuk, goreng pisang pun cepat ja sejuk. Keras lagi pulak tu... haha. makan ja lah kan. Situ ja yang ada goreng pisang.
Pada malam tu, kami makan malam di Hotel Perkasa. Kabus tebal dan embun rintik-rintik turun. Memang sejuk sangat kawasan Hotel Perkasa.Malam ni, dinner bapa belanja, sempena anniversary bapa mama dan birthday Abg Atip.
Pada keesokan harinya selepas sarapan, kami pun menuju ke Air Panas Poring. Perjalanan ke Air Panas Poring mengambil masa dalam setengah jam. Sesampai di sana, pengunjung memang ramai sudah. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
Sesampai kami di dalam, kolam mandi di luar memang penuh dengan orang. Tub untuk air panas untuk merendam kaki juga ramai. Nasib ada juga dapat mandi di bilik-bilik ni. Privasi sikit kalau yang bertudung tu mahu mandi. Kadarnya 1 jam RM15. Ok lah juga. Di dalamnya, ada 2 bath tub untuk mandi. Untuk hilangkan tekanan, memang bagus kalau selalu dapat datang ke sini. Sengal-sengal otot pun hilang. Selepas mandi, kami pun balik ke penginapan. Datang sini memang untuk mandi air panas sahaja. Jadi, tiada lah singgah mana-mana.
Selepas balik ke penginapan, kami pun check out. Check out time ialah jam 12 tengahari. Selepas check out, kami pun mencari tempat untuk makan tenghari. Sudah mandi ni, memang terasa lapar. Lebih-lebih lagi tempat sejuk, sekejap-sekejap memang rasa lapar. haha Kami ingat mahu makan di hadapan Taman Kinabalu ni, tetapi tempatnya ramai orang. Penuh, tiada tempat. Oleh kerana kami ada tiket masuk ke Poring, maka, kami pun masuk lah di kawasan Taman negara ni, secara percuma. Kami cari makan dalam ni lah pulak, iaitu di Liwagu restaurant. First time makan di sini. Memang untuk kelas-kelas lah....
Lepas makan, kami pun balik ke KK. Yeay... itulah kisah percutian kami di Kundasang.
Lokasi penginapan ni, betul-betul di hadapan pasar-pasar sayur di Kundasang. Jadi senang sangat lah untuk pengunjung yang ingin membeli sayur Kundasang. Tempatnya memang strategik. Cuma, di penginapan ni, sebelah malam memang agak sejuk sikit lah. Water heater tidak berapa panas. Selepas mandi kesejukan dan menggigil, saya pun berjalan-jalan di hadapan pasar sayur tersebut untuk memanaskan badan.
Ni canggih sikit, main games di hp |
Pada hari pertama di Kundasang, selepas adikku sampai dari KK, (terpaksa diaorang balik juga ke Kundasang sebab anak-anak dia semua menangis mahu tidur di Kundasang), kami pun mencari tempat untuk minum petang. Mak dan bapa mo makan goreng pisang. hmmm cari punya cari, jumpa goreng pisang di kawasan deretan kedai di Kundasang. Tetapi, disebabkan kawasan sejuk, goreng pisang pun cepat ja sejuk. Keras lagi pulak tu... haha. makan ja lah kan. Situ ja yang ada goreng pisang.
Ni di depan Hotel Perkasa, kesejukan |
Pada keesokan harinya selepas sarapan, kami pun menuju ke Air Panas Poring. Perjalanan ke Air Panas Poring mengambil masa dalam setengah jam. Sesampai di sana, pengunjung memang ramai sudah. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
Ni pemandangan dari atas jambatan masuk ke Poring. Memang cantik dan bunyi air nya sungguh menyegarkan. Tidak sabar mahu mandi....